Perang Bermula!

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Lama tak update blog kan. 
Cik Kz sibuk dengan final exam. 
So here is the time table

THEORY
26/9 - MEDICINE Paper 1
27/9 - MEDICINE Paper 2
28/9 - OBSTETRICS
29/9 - GYNAECOLOGY
30/9 PEDIATRICS
1/10 - SURGERY Paper 1 (including ORTHO)
3/10 - SURGERY Paper 2 (uncommon questions keluar.pengsan!)

PRACTICAL
8/10 - MEDICINE (serious susah gile tak tipu!!!!)
10/10 - SURGERY
11/10 - OBG
12/10 - PEDIATRICS


Doakan Cik Kz dan rakan-rakan ya
Agar kami semua lulus 
amin....


Till then, wassalam.... 

Kisah Hati

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Sesambil study ni jom layan lagu ni sat...
Sadisnyer song but lirik best...
Boleh menang AJL ni.. hehehe...

Selamat mendengar!

Till then, wassalam.. :)

Catatan Aidilfitri 1432H - Day 6 (Last Day at Home)

Labels: ,

0


Assalamualaikum wbt..... 

Last catatan Aidilfitri untuk kali ini. Catatan ni actually Cik Kz buat untuk perjalanan raya Cik Kz sepanjang di Malaysia. Tengah hari tu Cik Kz bersama abah, Ina dan Wani ke Paya Pulai to attend Akram's sister wedding. Adik kawin dulu dari abang tu. Hehehe. Ina tak boleh kawin lagi since angah dia ni tak kawin. Dia pun tak berani nak langkah bendul. Langkah la kalau berani. hahaha. It was a relief for Ina as mak si Akram ni knows bout her and can talk with her (kembang kempis budak tu kot). We went back at 12.45 sebab nak bergegas ke KLIA...

At 2 dah bertolak ke KLIA. Stuck di Lanchang for 2 hours. Manage to enter Ampang at 4.30pm. Lama sangat-sangat kot. Selalunya 2 jam dah nak dekat sampai area KLIA. Nasib baik abah bijak merancang masa. Kami ni standby jer. Nak drive abah kata tak perlu sebab kami tak biasa dengan jalan teruk jam camtu. Tak pandai nak menyelit la katanya. Rehat sebentar di r&r Awan Besar for asar prayer, makan-makan and then proceed with Maghrib prayer...

mak Cik Kz yang ayu...auwww........... :)

Reached at KLIA around 8pm. Ramai manusia. Beratur panjang berjela kot. Abah decided to hantar Cik Kz first then baru hantar Ina sebab takut I'll miss the flight sebab jam kan. Sementara tunggu boarding seperti biasa camwhoring dulu.....

yang tersayangssssssss

Ina is trying to call Along...

buah hati saya... :)

with abah tersayang....

gambar untuk membuat Ija jelous...

Cik Kz masuk boarding awal sebab abah nak hantar Ina takut lewat. Syahdu dengan pesanan abah. Insya Allah abah Angah will do my best for my final exam. Pray for me ye abah! 

Thats all for catatan Aidilfitri. Moga diberi kesempatan untuk bertemu lagi di Syawal yang akan datang. Adakah sendiri? Berdua? hahaha. Entah. But then harapnya masih dapat menyambut bersama keluarga tercinta. Mana lah tau kan tiba-tiba kena kerja di hari raya. Oh syahdu la..........

Till then, wassalam... :)

Masak Lemak Lodeh dan Rendang Daging

Labels: ,

0


Assalamualaikum wbt.....

Entri ini ada la continuation dari entri kuah kacang tersebut. Terasa seperti mahu menepek resepi kuah lemak lodeh dan juga rendang daging. Almaklumlah, kononnya nak pulun menatap lappy lama-lama hari ni before lappy dipandang sepi untuk persediaan final MBBS exam (cuak!!!) . Apa-apa pun jom tengok resepi dulu ye.. Cuak-cuak ni kita layan kemudian je... :)

Masak Lemak Lodeh
Bahan-bahan
1 paket santan serbuk (sini stok santan kotak dah takda..)
1 labu bawang besar *
4 ulas bawang putih *
Sedikit halia *
1 keping tempe - hiris sederhana nipis dan goreng
1 keping fucuk - kerat sederhana kecil dan kemudian rendam
1 genggam su'un - rendam
1 batang lobak - hiris bulat
1 batang serai - dititik
3-4 batang kacang buncis- potong serong
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak
1. Kisarkan bahan bertanda * dengan sedikit serbuk santan. Panaskan periuk dengan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik  bau
2. Bancuh lebihan serbuk santan sedikit pekat. Tuang ke dalam periuk dan jatuhkan serai, sayur, fucuk dan suhun 
3. Masak pada api perlahan sehinga sayur hampir empuk. Jatuhkan tempe dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Bila rasa sudah ok tutup api. 

set makan malam.....

Rendang Daging
Bahan-bahan
200g daging batang pinang
1 labu bawang besar *
5 ulas bawang putih *
2 sudu besar cili giling *
1 batang serai *
1 1/2 inci halia *
1 inci lengkuas
1 paket santan serbuk - bancuh sedikit pekat
2 sudu besar kerisik (boleh kurangkan or tambah sedikit ikut kesesuaian)
1 helai daun kunyit - hiris halus
Sedikit gula melaka (lebih kuang 1/4 daripada saiz yang kecil)
3 sudu besar kicap pekat
Sedikit minyak, garam dan gula 


Cara memasak
1. Kisarkan bahan bertanda * sehingga halus. Panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya. Tumis bahan kicar sehingga garing dan naik bau.
2. Masukkan daging dan tutup kuali degan penutup. Masak pada api perlahan selama 10 minit. 
3. Masukkan gula melaka dan kicap pekat. Kacau sebati. Masukkan santan dan biarkan daging masak pada api yang perlahan.
4. Biarkan sehingga kuah hampir kering. Masukkan kerisik dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Bila kuah hampir kering masukkan daun kunyit. 
5. Masak sehingga rendang menjadi kering dan pecah minyak. Tutup api. 

enak di mkan bersama nasi impit..teringat suasana kampung. rindu!!!!

Alhamdulillah. Memang Cik Kz mengidam. Agaknya bahana seminggu beraya makan menu yang sama (almost sama) so balik India jadi craving for the same meal. Nasib baik bahan-bahan available kalau tak ada yang frust menonggeng tak boleh nak masak kan. Apa-apa pun selamat mencuba. 

Till then, wassalam.... :)

Catatan Aidilfitri 1432H - Day 4 & 5

Labels: ,

0


Assalamualaikum wbt.....

During day 4 of Eid, Cik Kz just duduk rumah tunggu orang datang beraya. But after Zohor Cik Kz ke bandar uruskan hal bank Mijie and bought some stuff untuk rumah and untuk Cik Kz bawa pulang. Cik Kz kena allergic attack lagi. My face, hands and foot swell up like adoi la. Menyakitkan and so gatal. Tu la mak kata banyak sangat makan ayam lagi. 

On day 5, Cik Kz attended a wedding of my relatives which is kiranya 2 pupu Cik Kz which married to sister of my schoolmate dulu in Jasin. Cik Kz tak ingat nama kawan Cik Kz tu, just recognise muka je ye la kan dah almost 8 years tak jumpa. She also like that. Both of us cakap : muka kenal tapi nama sapa eh??. hehehee... So lets see photos during the wed...

bersama Wani...rindu Cik CT di belakang.. sudah tuka nama ka???

ketembanan yang superb...huuuuuuu........

the mempelai....cantik design pelamin tu...

nasi minyak yang so-so and ikan patin yang...adoi...habis bengkak tangan kot!!!

my love.....

mak abah with mak ngah and my cousin, Ida

Wani and mak in front of the hall entrance....

Ok la majlisnya tu. Lepas makan terus pulang ke rumah sebab mak nak masak. Ada orang nak datang beraya. Cik Kz punya tangan macam kena pam aje. Oh tak tahan!. So, Cik Kz stop makan ayam (sedih). Petangnya Cik Kz went out untuk beli barang. Temankan Ina untuk beli hadiah kawin adik kepada her boyfie.  We went to Mentakab and then jalan-jalan around Temerloh. 
with angry birds!!!!!

That all the catatan untuk hari ke-4 and ke-5. Tahun ni memang tak banyak snap pic like the others years sebab semua orang rajin posing cuma tak rajin nak pegang camera je. Pegang hp rajin la.hehehe... 

Baiklah. Till then, wassalam... :)

Catatan Aidilfitri 1432H - Day 3

Labels: ,

0


Assalamualaikum wbt...

Berhenti berehat sebentar dari mengulangkaji pelajaran (ayat skema!). Hari raya ke-3 Cik Kz sekeluarga pulang ke Kampung Embun (kampung belah abah). Dimulakan dengan sesi makan roti canai (kena isi perut dahulu), then baru bertolak ke kampung. Almost semua ahli keluarga abah Cik Kz berkumpul untuk membaca tahlil di kubur arwah atuk (tok nyang)

Ina with mak and abah...

orang kata muka kami sama...heeeeeeeee........... :P

Mijie with his new watch!

sesi bermain angry birds sebelum roti canai tiba...

Semua family berkumpul di rumah Pak Itam pada jam 10.30am and then proceed with bacaan yasin dan tahlil. Alhamdulillah ramai yang pulang ke kampung walaupun ada yang tak pulang. Then, Cik Kz sekeluarga ke rumah saudara terdekat untuk berhari raya. 

sisterhood.. Ija and Ina...

sayang makk!!!!!!!!!!!!!!!! muahhhhhhhh


We managed to go to only 1 house je. Yang lain semua pakat pi jalan raya. Amboi raya sakan na. Since semua rumah pakat tutup pintu apa lagi pulanglah kami semua ke rumah Pak Itam. Sempat menjamah rendang daging with sambal hitam yang super delicious. Makan bertambah-tambah tak hengat dunia kot!. Then bergegas pulang ke rumah sebab Cik Ainun nak datang beraya! yay!!!!

abah with kawasaki ninja which belongs to Syafiq..

Ina with anak kak Nurul..tak salah namanya Eli..

Irfan comel dan cute!!!!

Irfan and Farid Kamil. Glamour nama tu..hehehe.... :P

Sayangnya tak ada gambar both of us di rumah Cik Kz. Masing-masing excited berbual sebab lama dah tak jumpa kan. Takda sesi cam-whore pun. Adoi. Patut tangkap boleh tepek gambar kat sini jadi kenangan kan. 

So, that all catatan untuk hari raya ke-3 Cik Kz. Tahun ni kurang jalan-jalan raya sedikit. Banyak masa habis di rumah sahaja la kan. hehehe... Apa-apa pun Cik Kz sangat happy. yay!

Till then, wassalam... :)

Kuah Kacang

Labels: ,

0


Assalamualaikum wbt...

Masih lagi di dalam mood raya! Hari ni Cik Kz sangatlah mengidam nak makan nasi impit, kuah kacang dan masak lemak lodeh. Memang terbayang-bayang dah di kepala. Baca buku pun tak fokus. Balik je dari kelas Medicine terus Cik Kz siapkan bahan-bahan untuk memasak. Kena cepat sebab kalau boleh nak makan masa berbuka or at least sesudah solat maghrib. Cik Kz letak resepi kuah kacang sahajalah ye dulu for today. Jom semak resepi...

Bahan-bahan
250g kacang tanah - goreng garing tanpa minyak
1 labu bawang besar *
5-6 ulas bawang putih *
2 sudu besar cili giling *
1/2 inci lengkuas *
1/2 inci halia *
1 batang serai *
1 mangkuk santan cair (campur dengan sedikit asam jawa)
Sedikit gula melaka, gula pasir, garam 

Cara memasak
1. Kisarkan kacang tanah sehingga separa lumat. Jangan lupa untuk buang kulitnya terlebih dahulu
2. Kisarkan bahan bertanda *. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan tumis sehingga terbit minyak. 
3. Masukkan santan cair dan kacau sebati. Masukkan gula melaka. Biarkan selama 5 minit.
4. Masukkan kacang tanah. Masak pada api perlahan sehingga kacang masak (or sampai pecah minyak)
5. Perasakan dengan garam dan gula. Bila rasa sudah ok tutup api. 
kuah kacang on the top of nasi impit and kuah lemak lodeh..nyummmm....

Cik Kz suka kuah kacang yang mana kacangnya tak berapa lumat. Bila makan boleh kunyah sikit kacang tu. Makan dengan kuah lemak lodeh dan nasi impit memang sangat best. Terbayangkan suasana raya di kampung. Since ada lagi bakinya esok bolehlah buat rendang daging untuk dimakan bersama menu ni. Waaa...memang teringat kampunglah. Kalau ada ayam masak merah or ayam masak beriyani sah and confirm sama seperti juadah di hari raya ketika di kampung. 

Baiklah, selamat mencuba.

Till then, wassalam... :)

Catatan Aidilfitri 1432H - Day 2

Labels: ,

0


Assalamualaikum wbt....

Untuk hari ke-2 Syawal tahun ini, tak sama macam tahun sebelumnya. Masih berada di Jengka. Selalunya seawal pagi sudah pulang ke Kampung Embun (kampung belah abah). Tetapi memandangkan tahun ni (pada hari ni) Pak Itam sekeluarga telah berangkat ke Taiping untuk merisik dan menghantar cincin bagi pihak anaknya, Syafiq. Kami sekeluarga tidak ikut serta memandangkan pihak perempuan hanya mahu keluarga Syafiq sahaja yang hadir. Banyak pula urusan risik merisik masa cuti raya ni kan. Cik Kz ni bila lagi??? adoiiiii... pening menjawab soalan cepu cemas dari makcik dan sepupu-sepupu semua. 

So, layan pictures dulu ya.. Tak banyak pun pictures yang disnap memandangkan pagi memang duduk di rumah. Usai zuhur baru berangkat ke Jengka 22 ke rumah Mak Ngah sebelah mak. Itu pun tak snap gambar sebab masing-masing terasa so sleepy....

girls with atuk...ija jadi photographer... :)

menanti orang datang merisik..hahahaha..kidding!!!!

with my lovely bonda tercinta....

ija with her pose pula....eh..mana spek mata ???

kimi...peacee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

girls with lovely bonda...

our dinner for tonight..KFC idamanku selalu..hehehe

As usual kalau balik ke Temerloh semula sesudah beraya memang KFC akan jadi menu dinner. Sebabnya mak tak sempat nak masak dan juga tak ada orang rajin nak makan menu raya sebab dah mula rasa kemuakan. Tahun ni macam biasa, family bucket with 7 cheesy wedges. If ada along jadi 8 cheesy wedges.

Cik Kz rasa itu sahaja catatan untuk hari ke-2 raya. Esoknya pula berangkat ke Kampung Embun. Will update bout that after this. Insya Allah. with lots of photos..hehehe...

Till then, wassalam... :)

Catatan Aidilfitri 1432H - Day 1

Labels: ,

0


Assalamualaikum wbt....

uhuk..uhuk..aduhai. Berkepuk sudah blog Cik Kz. Busy dengan jaulah raya dan juga tidak menyempat untuk online. Bukan tiada internet di rumah atuk (yay. Thanks to Acik sebab pasangkan internet kat rumah Atuk Jengka) but Cik Kz sungguh bersemangat bermain Angry Birds! hehehe..

Jom kita tengok gambar ya rakan-rakan. Cik Kz tak tepek banyak-banyak pun sebab gambar raya memang banyak. But cukuplah untuk menceritakan suasana hari raya (untuk hari pertama). Jom tengok gambar..

bersama new anak sedara sepupu..khuzaimi yang tak banyak kerenah..so cuteee....

alalalala......geram!!!!!!!!!!!!

before sesi bersalaman..masa bersalam tak ambil gambar sebab semua orang sibuk bersalam-salam...baju biru tu Mak Itam belah mak.. :)

off to rumah Mak Ngah Som.. jiran sebelah rumah. Seperti biasa datang tidak dengan tangan kosong ye.. :)

peace!!! :D

Cik Kz makan tak hengat dunia.. tu la akibatnya bila bertemu dengan rendang dan nasi impit serta kuah kacang...phewww...best!!!!

atuk sedang merehatkan diri..masa ni dah lengan dah rumah..tengah hari sikit....

Gambar baby comel kat atas tu adalah anak kepada Kak Yan (sepupu belah abah). Cik Kz baru je tengok baby to. So cute. Kitaorang semua berebut nak pegang baby tu. Ruma mak ngah di sungai tekan tak singgah sebab mak ngah beraya ke tempat lain.

After asar kami bergerak ke rumah Mak Ndak di Jengka 23. Masa ni dah tak larat nak bergambar. Tambah pula nampak mee kari (Cik Kz memang mengidam nak makan mee kari). Makan sampai tak pandang orang dah. Before maghrib pulang ke rumah atuk. Malamnya ke rumah best friend mak dan juga best friend Cik Kz. hehee. Ok. Maknya best friend mak Cik Kz and anaknya pula best friend Cik Kz. Almaklumlah sama sekolah di Muadzam dulu. Dah nak bertunang dah (by this time dah jadi tunang orang). huhuhu..

Baiklah. Thats all celoteh for hari raya pertama Cik Kz. Will continue with next catatan Aidilfitri.

Till then, wassalam... :)