Selamat Pagi...

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Selamat pagi semua...
Hari ini bangkit dengan hati yang ceria...
Tidur yang secukupnya buat diri jadi lebih bersemangat gitu..hehehe
Tapi...haish....suasananya tidaklah indah sangat...
Masih seperti dulu...
Alangkah sungguh sangat best kalau
Bangun-bangun lihat mak di depan mata (homesick sudah!)

Alhamdulillah kerana masih di panjangkan umur..
Still got another 5 days to go be 24...wakakaka..
Udah tua rupanya saya ni....huhuhu

I has started to cook for dinner..
So more recipe will be shared after this...

Ok la...
Got to go to the lovely hospital...
Hope to get some 'peace'
Pagi-pagi lagi...haish......

Till then, wassalam...

Saya Nak....

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Banyak sungguh perkara di dalam dunia ini yang Cik Kz mahukan...
Jika disenaraikan pun pasti tidak cukup kertas
Tidak cukup ruangan blog ini...
Pendek kata semua Cik Kz mahu..
Tamakkan??
Tapi yang pasti
Tak semua yang kita mahu itu akan kita peroleh..
Tak semua mimpi itu indah..
Tak semua impian mampu menjadi kenyataan....

But,
The ultimate is
I want to be happy..
Here and there after...

Bukan senang mahu bahagia...
Ya, Cik Kzmelalui fasa yang sangat menekan..
In my studies...
Lots...lots..lots of thing happen
For the past few years....
I've been test...
Berat dan ringan..
Macam-macam ada (dah macam astro lak)

Well, this is life isn't it?
Full of colours
Itu menjadi rencah terbaik untuk kita
Mematangkan fikiran
Berani membuat keputusan

Well, hidup tidak selalu indah juga kan
Ada dugaan yang mendatang
Tak jemu berkunjung...

Apalah yang direpekkan ini..
Ini namanya jiwa kacau
Bila teringat kan semuanya
Huhuhu...jadi sebal..sesal..sakit jiwa...
Yakin dengan ujian ini..
Moga lebih kuat...

Jumaat ini got a big-big plan
To be fulfilled..
Hehehe..jeng..jeng..jeng..
Will post that story after Friday...
Gagaga....

Till then, wassalam...

Kembali Pulang...

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Sudah hampir seminggu selamat tiba di bumi India ini. Hari pertama ke hospital sangat memenatkan. Sudah lama tidak berdiri dengan kadar yang lama. Mana tidaknya, pulang ke rumah asyik berbaring-baring di atas sofa. Paling lama berdiri pun 30 minit dek kerana memasak. 4 jam berdiri sungguh meletihkan. Pulang dari hospital rebah di katil dahulu. Penat sungguh lagaknya.

Seperti biasa, balik ke kampung halaman berkilo-kilo stok makanan dibawa. Tempoyak juga dibawa bersama tau, bahan utama untuk masakan ikan patin nanti juga untuk sambal tempoyak yang lazat itu.. hehehe

Terasa a bit kelakar bila mengenangkan peristiwa di klia semasa mahu boarding. Pabila seorang pekerja kastam meng'scan' hand luggage Cik Kz
" Dik keropok lekor yer"
Hahaha... Sengih sahaja Cik Kz ketika itu. Kebetulan orang terakhir yang beratur. Nasib baik kakak itu lepaskan saya. Manalah tahu kalau-kalau keropok lekor tidak dibenarkan dibawa ke atas. Haru dibuatnya. Terkenang-kenangkan kerepok lekor itu.. hihihi...

Kelas sudah bermula dengan jadual yang agak berbeza. Lebih santai tapi masih pack. Jadi padat bila pada hari tersebut ada rotation. Perlu berada di hospital seawal jam 8 pagi dan pulang setelah jam menunjukan pukul 4.30 petang.

Semeter baru bersama azam baru. Moga hati lebih kuat. Apa yang telah dilalui, moga dijadikan sebagai satu sumber kekuatan. Harus lebih berusaha dan terus berusaha. Tidak lama lagi mahu pulang. Cuma secebis kesabaran perlu disandarkan.

Oh ya, Cik Kz tidak rajin memasak sekarang ini. Maka tiada lagi resepi baru buat sementara waktu ini. Tunggu mood itu datang kembali. Mungkin setelah segala penat hilang terlebih dahulu.

Mahu rehat sebentar. Hari ini sungguh penat. Hari Sabtu tetapi berada di hospital hingga lewat jam 3 petang.

Till then, wassalam...

Novels..

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Cik Kz berjaya untuk menangkap gambar novel-novel kesayangan yang telah diborong semasa pesta buku tempoh hari. Seperti tahun lepas jumlahnya tidak kurang daripada 10 buah. Mak pun naik pening kepala dengan hobi anak daranya yang seorang ini. hehehe...

Rak buku semakin penuh. Cik Kz bercadang mahu membeli rak baru. Bila? Itu tidak dapat diputuskan lagi. Mari lihat novel-novel tersebut.. :D


Ya. 10 buah kesemuanya. Ada lagi tambahan bahan bacaan yang saya beli. Untuk mak majalah resepi Cik Kz belikan.

Hanya dua buah novel sahaja berjaya dihabiskan (dari gambar di atas). Yang lain tidak tahu bila akan dibaca. Tunggu cuti akan datang saja lah..hehehe....

Baiklah...

Till then, wassalam

Dugaan...

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Kata orang
Hidup itu penuh dengan ujian
Namun,
Allah tidak menguji hamba-Nya
Jika dia tidak mampu..

Maka,
Harus kuat hati
Harus kuat semangat
Jadi lebih tabah

Trauma melanda lagi
Sungguh tidak kuat
Tapi harus juga menjadi kuat
Sementara masa masih ada
Keluarga menjadi sumber kekuatan

Ya Allah
Kuterima dugaan-Mu
Moga ianya menjadikan aku
Seorang hamba yang lebih bersyukur...
amin....

Till then, wassalam...

Corat-coret Cuti

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Sudah seminggu lebih pulang ke Malaysia, maka sudah seminggu lebih jugalah blog ini bersawang. Nasib baik tidak ada sawang labah-labah muncul..hehehe...


Zoo Negara... Sampai sahaja di KLIA dan bertemu adik-adik, masing-masing sibuk bercerita mahu ke zoo dek kerana Along telah berjanji mahu membaawa mereka ke sana. Usai segala urusan terus sahaja ke zoo. Adik-adik kelihatan sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama mereka ke sana. Itulah hakikatnya. Kalau diikutkan Kuala Lumpur-Temerloh itu tidak jauh tetapi kesempatan itu yang tidak kunjung tiba.

Selesai menjelajah zoo, tiba masa untuk pulang. Adik mula merengek mahu ke Lentang pula. Cik Kz sudah kepenatan. Seharian tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sanggup adik berjaga sepanjang perjalanan semata-mata mahu memastikan abah akan singgah ke Lentang. Dan misi tersebut berjaya. Mandi-manda sesuka hatilah mereka petang itu. Tepat jam 4 kami semua berangkat pulang.

Tiba di rumah, saat paling terindah. Bersantai dan berehat-rehat. Seronoknya. Tetapi tidak lama. Esoknya (Ahad) ke KL. Misi mencari buku-buku dan novel-novel harus diteruskan (gambar dalam next entry ya). Borong novel; sepuluh buah kesemuanya. Al-Quran tajwid juga sempat dicapai.

The best part is I was very tired. Super duper tired sehingga tidak mampu untuk berjalan di Times Square. Just let my sister, Ina and Ainun berjalan-jalan dan shopping. What I did is sitting on the bench, jaga semua barang dan berehat. Ada juga terlentok-lentok. Bahana tidak mendapat cukup rehat dan terlalu mengejar pesta buku..hahaha... :P

Oh ya, cuti ini banyak resepi baru dipelajari. Tapi sayang tidak dapat menangkap gambar kerana my cammy tersayang menunjukkan tanda-tanda kemerajukan. Adakah kerana gurauan mahu membeli SLR terus cammy merajuk??? Jangan merajuk ya cammy. U still the best in my heart. My precious cammy...lalala... :D

Opss.. masa untuk menolong mak membuat kerja di dapur.

Akan bersambung lagi bila kelapangan tiba dan diri tidak letih...

Till then, wassalam...