Ikan Pari Bakar

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah setelah mengidam teringin sangat-sangat (dah lama pendam keinginan) nak makan ikan pari finally Cik Kz berjaya juga membeli ikan pari di pasar. yay!. heeee.... Alhamdulillah. Mula-mula terfikir mahu buat asam pedas sure marvellousnya lah but then tuka buat bakar je (kita bako je!!!!). Jom tengok resepi ikan pari bakar ni. Resepi untuk perap yang Cik Kz suka hati campak itu ini :)

Bahan-bahan
1/2 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh serbuk kari
Garam, gula secukupnya

Cara membuat
1. Basuh ikan pari sebersihnya. Kelar sedikit di bahagian isi ikan. Rendam seketika dengan air bersama asam keping dan tuskan. 
2.Kisarkan segala bahan di atas (campur semua sekali harung)
2. Masukkan ikan pari ke dalam bekas/mangkuk dan masukkan bahan kisaran. Gaul sebati. Perap selama 2-3 jam.
4. Alaskan frying pan dengan daun pisang. Letakkan sedikit minyak dan letak ikan pari. Bakar sehingga ikan masak. 

Enak dimakan bersama air asam atau sambal kicap. Memang meletoppsssssssss

Alhamdulillah. blurpp. Rezeki untuk hari ini. Cik Kz makan bersama air asam. Sedap hingga menjilat jari. Kenyang. Lama tak makan nasi. hehehe. Ada baki separuh ikan. Cik Kz ingatkan isinya sedikit sekali ya Allah alhamdulillah boleh tahan banyak juga. Kenyang kami berdua. Esok boleh sambung makan lagi tapi kali ini bersama dengan sambal kicap pula. 

Baiklah semua. Ramadhan kian hampir. Apa persiapan kita ye????

Till then, wassalam.. :)

Lanun

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Bila duduk seorang, tengah study (yang tak fokus) mulalah fikiran Cik Kz melayang-layang. Teringat perbualan masa balik tempoh hari. Sembang-sembang kami anak beranak semasa mak and abah berehat-rehat...

Wani: mak kita ni ada darah jawa kan. belah atuk sebelah mak kan
Mak: ha'a betul la tu
Angah: kita pun ada darah bugis
Mak: ha'a belah tuk tina mak
Wani : sebab tu mata kita ni mostly sepet-sepet kan
Mijie : orang bugis tu macam mana mak?
Mak : ala yang orang duk kata orang laut tu..ha..macam lanun gitu la kot
Mijie: jadi kita ni lanun la ye mak???


Dan kami semua pun gelak terbahak.bahak...hahahaha.... :P

Innocent Mijie yang blurr lepas digelakkan dan kemudian merajuk. Ok. Pujuk dengan offer makan KFC dan he can use lappy as long as he want boleh senyum semula. Budak kecik tu kalau merajuk memang seksa semua orang. Sakit jiwa jadinya.

Ok. Cukup selingan sementara nak me'refresh' otak.

Till then, wassalam.. :)

Alhamdulillah...

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah lappy Cik Kz finally sudah ok! yay! hehehe...
Cuma yang sedihnya sebab Cik Kz tak pasti picure yang ada dalam external HDD berjaya diselamatkan ke tak

Lappy yang lama
but dalamnya super baru
Masa ambil tadi memang bau kilang
Fan juga sudah dicuci, terasa tidak lagi panas..hehehe...

Alhamdulillah
YM pun dah jadi normal (2 tahun tanpa YM yang normal)

All in all Cik Kz puas hati...syukur

Baiklah, time to study..till then,,wassalam... :)

Back to Land of Gandhi

Labels:

0


Assalamualaikum wbt

Sudah kembali semula ke bumi India
Masa untuk menyarung kembali white coat
Menggantung semula stetoskop di bahu
Melawat pesakit
Menulis progress note
Menyiapkan case
Presentation
Seminar
etc....
*boring life*
hahaha...

Cik Kz rasa a lil bit fresh.
Hope everything will be fine. insya Allah

Till then, wassalam.... :)

Wordless Wednesday..

Labels:

0


Calar..

Labels:

0


Assalamualaikum..

waaa...sedihnyer hari ni. *stress*. BB crack! huh! terjatuh dari tempat tinggi and Cik Kz tak tau BB yang jatuh and tak perasan ada crack until kat kedai mak bila belek-belek BB. Sedih sangat-sangat!!! aigooo...

Pixie pula bercalar. Mungkin sebab terkena pagar rumah yang terbuka sebab tidak berkunci (kena tiup angin kencang petang tadi. mungkin.) Tambah lagi satu sedih. 

Hari calar balar bagi barang kesayangan Cik Kz. Jangan hari ini hati jadi calar balar sudahlah. 

Kena tutup mata saja pada crack di BB dan juga calar pada pixie...arrrrrrrrrrrrrr

Till then, wassalam.... :(

Home

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...


alhamdulillah..
it just good to be home...
moga segala urusan akan selesai dan terlaksana...

may Allah ease everything... 

till then,wassalam.. :)

Wordless Wednesday...

Labels:

2



i miss them..
so much.... (T__T)

What I Ate For This Whole Week

Labels: ,

0


Assalamualaikum wbt...


Entri kali ini sangat banyak gambar. Semuanya gambar makanan ye. Apa yang Cik Kz makan sepanjang seminggu ni. Minggu ni almost setiap hari ada sahaja Cik Kz makan diluar. Bermula dengan hari Cik Kz settlekan hal RP...Tak yah cakap banyak, kita tengok gambar sahaja lah ye...
chicken maharaja a.k.a. big mac India.. breakfast untuk 2 hari berturut-turut..

swensens ice cream..at Mantri.. makan masa ambil kunci Cik Seti..

choc fundae set..together with 9 scops of ice cream dalam gambar di atas...

froyo...Cik Kz makan sedikit je..tak minat sebab masam...huuu..

steak ala 20ft..makan di restoran 20ft..

Hae Kum Gang...side dishes....sedappp...nyumm...

egg and tofu... ok..nama penuh tak ingat dah...

beef chulpan..ini memang terbaik!!!!


kann pung gi....

beef apa ntah rasa unik..macam daging burger..

non-veg mini thali at Casino Restaurant...

mix club at Kobe..

chicken and cheese sizzler..nyummy... :)

Some pictures gambar terbalik. Cik Kz tak tahu macam mana mahu rotate lagi. Bila upload still jadi senget juga. Layankan aje lah yer..

Baiklah, Cik Kz nak makan mee goreng fetuccini goreng basah pula..

Till then, wassalam... :)

Farewell Sister Vinu...

Labels:

0


Assalamualaikum wbt.....

Misi Cik Kz sekarang adalah menghabiskan segala entri tertangguh yang berkepuk sebagai draft. Ok. Cik Kz tau Cik Kz jarang update blog. Cik Kz tak rajin. huhuhuhu. Baiklah berbalik kepada title entry ni, group kecil Cik Kz (5B) telah membuat sedikit farewell makan-makan for Sister Vinu which was held on 30 June (sekarang dah 8 Julai baru mau update ka???). Eh, bukanlah makan-makan yang grand pun setakat puding roti aja. Cik Kz konon-konon nak masak mee goreng sekali mee goreng dalam mimpi je. Bad me. :(

Sister Vinu ni kira sister yang paling kamcing dengan group Cik Kz sepanjang posting di O&G. Sepanjang posting malam di department tersebut memang dengan Sister Vinu. Macam-macam yang diajar sampai semua benda kami boleh buat including IV cannula, draw blood, urinary catheterisation etc.. (benda basic je pun tapi tak selalu dapat buat) Sekali ajar then terus sister bagi buat semuanya. Best sangat-sangat.


After this takda la sister yang sekamcing ni lagi. Ramai lagi yang kamcing but we gonna miss sister Vinu... Cik Kz pasti rindu saat-saat kena cepuk dengan sister (Cik Kz memang selalu kena cepuk. almost everyday kot.huhuhu tambah kalau faham apa yang dia duk gossip bersama dengan sister lain). Rindu juga kena tarik sebab tak bagi nak rehat untuk tidur, kena teman sister siapkan progress report. hahaha. Ok. Kalau ingat jadi rindu. Nanti jadi sedih pula kan.

sesi suap fruit cake yang dibawa oleh Sister Vinu..

informal picture..

jadi formal balik sebab Dr. Sonia suruh jangan sengetkan badan..

Cik Kz respect la Sister Vinu. Berhenti ya. Resign sebab nak tumpukan perhatian kepada family. She is hold the highest position kat LDPR tu but dia sanggup lepaskan jawatan tu. Pengorbanan tu. Apa-apapun, kami semua doakan Sister Vinu happy-happy sentiasa dan sentiasa bahagia dengan familynya..

Baiklah. Kena rehat ni. Malam nannti sambung posting malam di surgical department. Tapi (ada tapi lagi.hehehe) kena kemas bilik dan mendobi baju dahulu. Serabut ayam bilik Cik Kz sekarang ni. heee.. :P

Till then, wassalam

Bubur Nasi Sup Fucuk

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Macam semacam je pula nama menu kali ni kan. Cik Kz asalnya mahu masak bubur nasi but terasa sangat dull pula. Tambah baru lepas muntah few times (rasa tak sedap badan) so I need to eat something before ada yang pengsan kelaparan. Fikir punya fikir rasa macam menarik kalau buat sup fucuk tapi kita buburkan sup tu. Jom la tengok resepinya..

Bahan-bahan
Sedikit fucuk - patahkan kecil-kecil dan rendam
Sedikit suhun - rendam bersama fucuk
1 biji kentang - potong 8  or 12 
1 biji telur
1 mangkuk kecil beras (basuh dahulu)
1/2 labu bawang besar - tumbuk halus
Sedikit bilis (tak sampai segenggam) - ditumbuk halus
1 sudu biji lada hitam - tumbuk halus 
Sedikit garam dan minyak
Air

Cara memasak
1. Tumis bawang besar dan bilis sehingga naik bau. Kemudian tambahkan air secukupnya.
2. Masuk fucuk, suhun, kentang dan beras. Masa pada api perlahan sehingga kentang empuk. Tambah air sekiranya nasi masih lagi belum menjadi bubur. Masukkan lada hitam
3. Bila nasi dah jadi macam bubur, masukkan telur dan biarkan (jangan kacau nanti telur jadi pecah. tak comel nanti)
4. Perasakan dengan garam. Bila rasa sudah ok. Tutup api. Makan bersama dengan sambal kicap.


Since Cik Kz rasa macam nak dehydrated I put lots of salt actually. Takda la terlampau banyak sangat but kemasinan itu sudah pasti. Alhamdulillah jadi berselera juga nak makan. Dapat juga cover apa yang keluar tadi. 

Now, Cik Kz rasa mahu rehat. I need rest. Nanti ada lagi orang tak pergi shift malam. Ada lagi yang pergi tak sampai 1 jam sudah balik semula sebab tak sihat. Takut nanti diri sendiri pula yang jadi patient..huuuuuuu...

Till then, wassalam.. :)

Wordless Wednesday...

0




Happy Doctor's Day..

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...


MBBS has been chosen as the TOUGHEST course among all the courses including BCOM, Bca,MBA, IAS, IPS n ENGINEERING; by the Guinnes Book of World Recrds, on 18 MAY 2011. It has 64 university exams + 130 series exams + 174 assignments within 5.5 years (max 1000 working dys). 
Happy Doctors Day
*petikan ayat di FB*

Hari ini sambutan Hari Doktor di sini (tempat lain ada yang sambut on 30 March)

Di kesempatan ini 
Cik Kz ingin mengucapkan Selamat Hari Doktor
Buat semua doktor-doktor di dunia ini

Teruskan berkhidmat tanpa jemu
Seikhlas yang mungkin

Fighthing!!!! :D

till then, wassalam.. :)

Nasi Goreng Kunyit dan Telur Masak Sos

Labels:

0


Assalamualaikum wbt.....

A simple version nasi goreng kunyit versi ala Cik Kz. hehehe. Ok Cik Kz tak rajin nak menaip panjang-panjang. So tengok resepi teruslah ye..

Bahan-bahan
1 mangkuk nasi
100 g isi ayam - potong dadu (boleh tambah bahagian tulang juga)
1/2 labu bawang besar - tumbuk halus
5 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji cili api - hiris serong or tumbuk. boleh tambah jika mahu lebih pedas. kalau tak nak letak pun tak apa.
Sayur - ikut suka letak sayur apa (Cik Kz letak kobis, lobak, cendawan, capsicum..)
1 sudu teh kunyit
Sedikit lada hitam, garam dan gula

Cara masak
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar dan cili api. Masak sehingga naik bau
2. Masukkan ayam dan serbuk kunyit. Sebatikan. Masak sehingga ayam masak. Jatuhkan sayur dan sebatikan.
3. Masukkan nasi. Gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Bila rasa sudah ok dan sayur agak layu tutup api.


Cik Kz makan bersama telur masak sos. Resepinya sungguh simple sahaja. Just goreng telur, then masukkan sos cili dan sos tomato pluss sedikit cili giling. Tumis sampai garing dan tambah air. Bila dah nak pekat jatuhkan telur mata kerbau dan bawang besar (yang sudah dipotong 6). Masak sehingga kuah betul-betul likat. (versi kurang rajin menaip ni)

my dinner plate.

Cik Kz jadi kurang rajin menaip sebabnya bila nak post entry ni asyik failed aja. Jadi entry bertangguh pula. Baiklah. Got another thing to be done. Nanti Cik Kz update lagi yer..

Till then, wassalam.. :)