Lanun

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Bila duduk seorang, tengah study (yang tak fokus) mulalah fikiran Cik Kz melayang-layang. Teringat perbualan masa balik tempoh hari. Sembang-sembang kami anak beranak semasa mak and abah berehat-rehat...

Wani: mak kita ni ada darah jawa kan. belah atuk sebelah mak kan
Mak: ha'a betul la tu
Angah: kita pun ada darah bugis
Mak: ha'a belah tuk tina mak
Wani : sebab tu mata kita ni mostly sepet-sepet kan
Mijie : orang bugis tu macam mana mak?
Mak : ala yang orang duk kata orang laut tu..ha..macam lanun gitu la kot
Mijie: jadi kita ni lanun la ye mak???


Dan kami semua pun gelak terbahak.bahak...hahahaha.... :P

Innocent Mijie yang blurr lepas digelakkan dan kemudian merajuk. Ok. Pujuk dengan offer makan KFC dan he can use lappy as long as he want boleh senyum semula. Budak kecik tu kalau merajuk memang seksa semua orang. Sakit jiwa jadinya.

Ok. Cukup selingan sementara nak me'refresh' otak.

Till then, wassalam.. :)

0 Response to "Lanun"

Post a Comment