Nasi Goreng Kunyit dan Telur Masak Sos

Labels:

0


Assalamualaikum wbt.....

A simple version nasi goreng kunyit versi ala Cik Kz. hehehe. Ok Cik Kz tak rajin nak menaip panjang-panjang. So tengok resepi teruslah ye..

Bahan-bahan
1 mangkuk nasi
100 g isi ayam - potong dadu (boleh tambah bahagian tulang juga)
1/2 labu bawang besar - tumbuk halus
5 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji cili api - hiris serong or tumbuk. boleh tambah jika mahu lebih pedas. kalau tak nak letak pun tak apa.
Sayur - ikut suka letak sayur apa (Cik Kz letak kobis, lobak, cendawan, capsicum..)
1 sudu teh kunyit
Sedikit lada hitam, garam dan gula

Cara masak
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar dan cili api. Masak sehingga naik bau
2. Masukkan ayam dan serbuk kunyit. Sebatikan. Masak sehingga ayam masak. Jatuhkan sayur dan sebatikan.
3. Masukkan nasi. Gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Bila rasa sudah ok dan sayur agak layu tutup api.


Cik Kz makan bersama telur masak sos. Resepinya sungguh simple sahaja. Just goreng telur, then masukkan sos cili dan sos tomato pluss sedikit cili giling. Tumis sampai garing dan tambah air. Bila dah nak pekat jatuhkan telur mata kerbau dan bawang besar (yang sudah dipotong 6). Masak sehingga kuah betul-betul likat. (versi kurang rajin menaip ni)

my dinner plate.

Cik Kz jadi kurang rajin menaip sebabnya bila nak post entry ni asyik failed aja. Jadi entry bertangguh pula. Baiklah. Got another thing to be done. Nanti Cik Kz update lagi yer..

Till then, wassalam.. :)

0 Response to "Nasi Goreng Kunyit dan Telur Masak Sos"

Post a Comment