Ikan Pari Bakar

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah setelah mengidam teringin sangat-sangat (dah lama pendam keinginan) nak makan ikan pari finally Cik Kz berjaya juga membeli ikan pari di pasar. yay!. heeee.... Alhamdulillah. Mula-mula terfikir mahu buat asam pedas sure marvellousnya lah but then tuka buat bakar je (kita bako je!!!!). Jom tengok resepi ikan pari bakar ni. Resepi untuk perap yang Cik Kz suka hati campak itu ini :)

Bahan-bahan
1/2 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh serbuk kari
Garam, gula secukupnya

Cara membuat
1. Basuh ikan pari sebersihnya. Kelar sedikit di bahagian isi ikan. Rendam seketika dengan air bersama asam keping dan tuskan. 
2.Kisarkan segala bahan di atas (campur semua sekali harung)
2. Masukkan ikan pari ke dalam bekas/mangkuk dan masukkan bahan kisaran. Gaul sebati. Perap selama 2-3 jam.
4. Alaskan frying pan dengan daun pisang. Letakkan sedikit minyak dan letak ikan pari. Bakar sehingga ikan masak. 

Enak dimakan bersama air asam atau sambal kicap. Memang meletoppsssssssss

Alhamdulillah. blurpp. Rezeki untuk hari ini. Cik Kz makan bersama air asam. Sedap hingga menjilat jari. Kenyang. Lama tak makan nasi. hehehe. Ada baki separuh ikan. Cik Kz ingatkan isinya sedikit sekali ya Allah alhamdulillah boleh tahan banyak juga. Kenyang kami berdua. Esok boleh sambung makan lagi tapi kali ini bersama dengan sambal kicap pula. 

Baiklah semua. Ramadhan kian hampir. Apa persiapan kita ye????

Till then, wassalam.. :)

0 Response to "Ikan Pari Bakar"

Post a Comment