Bubur Nasi Sup Fucuk

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Macam semacam je pula nama menu kali ni kan. Cik Kz asalnya mahu masak bubur nasi but terasa sangat dull pula. Tambah baru lepas muntah few times (rasa tak sedap badan) so I need to eat something before ada yang pengsan kelaparan. Fikir punya fikir rasa macam menarik kalau buat sup fucuk tapi kita buburkan sup tu. Jom la tengok resepinya..

Bahan-bahan
Sedikit fucuk - patahkan kecil-kecil dan rendam
Sedikit suhun - rendam bersama fucuk
1 biji kentang - potong 8  or 12 
1 biji telur
1 mangkuk kecil beras (basuh dahulu)
1/2 labu bawang besar - tumbuk halus
Sedikit bilis (tak sampai segenggam) - ditumbuk halus
1 sudu biji lada hitam - tumbuk halus 
Sedikit garam dan minyak
Air

Cara memasak
1. Tumis bawang besar dan bilis sehingga naik bau. Kemudian tambahkan air secukupnya.
2. Masuk fucuk, suhun, kentang dan beras. Masa pada api perlahan sehingga kentang empuk. Tambah air sekiranya nasi masih lagi belum menjadi bubur. Masukkan lada hitam
3. Bila nasi dah jadi macam bubur, masukkan telur dan biarkan (jangan kacau nanti telur jadi pecah. tak comel nanti)
4. Perasakan dengan garam. Bila rasa sudah ok. Tutup api. Makan bersama dengan sambal kicap.


Since Cik Kz rasa macam nak dehydrated I put lots of salt actually. Takda la terlampau banyak sangat but kemasinan itu sudah pasti. Alhamdulillah jadi berselera juga nak makan. Dapat juga cover apa yang keluar tadi. 

Now, Cik Kz rasa mahu rehat. I need rest. Nanti ada lagi orang tak pergi shift malam. Ada lagi yang pergi tak sampai 1 jam sudah balik semula sebab tak sihat. Takut nanti diri sendiri pula yang jadi patient..huuuuuuu...

Till then, wassalam.. :)

0 Response to "Bubur Nasi Sup Fucuk"

Post a Comment