Kuew Teow Goreng

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Hari ketidakrajinan melanda Cik Kz. Actually Cik Kz memang super duper tidak rajin untuk memasak since sudah makan dengan sangat heavynya di waktu tengah hari tadi. Tetapi mengenangkan kuew teow yang masih berbaki di dalam peti lalu Cik Kz pun masaklah.

Ini versi sempoi. Cik Kz buat masak sesuka hati ikut cara mak Cik Kz masak. Katanya kalau buat macam ni sedap and cepat siap. Sesuailah untuk orang-orang yang di dalam mood tidak rajin (macam Cik Kz). hehehe. Jom tengok resepi... :)


Bahan-bahan
1/2 bungkus kuew teow
100 g isi ayam - potong dadu
1 ketul fish cake - hiris nipis
2 sudu besar cili kering yang telah dikisar
1 labu bawang besar - dimayang halus
5 ulas bawang putih
Sayur-sayur - kobis, lobak, kacang panjang (kalau ada tauge lagi super duper sedap)
1 biji telur
Garam, gula dan serbuk pati ayam

Cara memasak
1. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan cili yang telah dikisar. Masak sehingga cili garing.
2. Masukkan ayam dan fish cake. Masak sehingga ayam empuk. Masukkan sayur. Gaul sebati. Masak sehingga sayur layu.
3. Masukkan kuew teow dan sebatikan. Masukkan garam, gula dan serbuk pati ayam secukupnya. Ratakan masakan.
4. Ketepikan kuew teow ke satu bahagian kuali, masukkan sedikit minyak dan pecahkan telur. Bila telur sudah hampir masak gaulkan sebati bersama kuew teow. Ratakan masakan. Bila sudah ok tutup api.


Cik Kz makan bersama telur mata kerbau, tomato, timun dan limau kasturi. Air perahan buat kuew teow rasa masam-masam and I like it. hehehe..

So, malam ini Cik Kz harus menyiapkan assignment Peads. Ada dalam buku Park yang tebal itu. Teras ketidakrajinan untuk menapak ke luar bilik. Memang super duper kurang rajin betul Cik KZ kan. hehehe..

Baiklah, nanti lagi lama menghadap lappy lagi lambat assignment siap lagi lambat tidur and bangun lambat pula pagi nanti.

Till then, wassalam.. :)

Nasi Lemak

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Cik Kz makan nasi lemak di kala lewat malam. Dekat-dekat pukul 11 baru makan oh apakah!!! Boleh gumuklah macam ni nanti. But berselera Cik Kz makan. By the way, Cik Kz cuma masak nasi sahaja and sambal itu hasil air tangan Cik Seti. Bilis goreng pun Cik Seti buatkan. Telur mata kerbau tu sendirian berhad.

So, rasanya tak perlu lagi letak resepi di sini. Nanti kalau Cik Kz masak sekali lagi baru kita letak resepi ya. For the time being, enjoy the pictures.. :)

Nasi lemak gumuk....

Other view...

Ok, bila dah makan nasi lemak mulalah mata kuyu. Tapi harus gagahkan diri untuk study OBG. Esok clinical skills pasal management of labour, APH, PPH etc.. Banyak yang perlu dihafal tu. Pening kepala. Oh ya, Cik Kz sudah menunjukkan simptom mahu demam. Aigoo....

Baiklah, masa study sudah tiba. Lewat study lewat tidur increase tendency to get fever.

Till then, wassalam... :)

Ikan Kembung Bakar

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Menu tengah malam tadi bila mana Cik Kz dilanda hypoglycemic (again). Lately macam cepat sungguh keadaan tu berlaku. Mula la berpinar-pinar, tremor isk nasib baik Cik Kz tak hyponatremic. So konon-konon nak buat ikan goreng je but then tangan ni laju betul buat ikan bakar. Very the simple one and alhamdulillah kena dengan selera Cik Kz. Jom jengah-jengah resepi gila-gila ini.. hihihi.. :)

Bahan-bahan
1 ekor ikan kembung
1/2 labu bawang besar *
1/2 inci halia *
1/2 inci kunyit hidup *
5 ulas bawang putih *
1 sudu teh lada hitam *
1/2 biji limau kasturi
Garam dan sedikit minyak

Cara memasak
1. Bersihkan ikan dan tus. Tumbuk semua bahan bertanda *. Perah sedikit air limau kasturi.
2. Lumurkan pada ikan. Panaskan non stick pan dan lapik dengan aluminium foil (kalau ada daun pisang lagi bagus). Bakar/masak ikan sehingga masak.

So Cik Kz makan bersama nasi putih dan budu. Untuk budu tu Cik Kz letak tempoyak sedikit oh very the marvellous la. Actually Cik Kz baru betul-betul belajar makan budu di sini. Dulu makan gitu-gitu aje. Sedap tu. Bolehlah request nanti untuk makan di rumah.

my complete meal...

budu..zoom in....

Alhamdulillah untuk rezeki lewat malam. Ok Cik Kz makan nasi and tengah malam. hahaha. Boleh gumuk macam ini. Bila mahu diet balik ini. But dah kena warning no diet-diet. Bukan nak kawin pun dalam masa terdekat ke apa. Kan..kan..kan.. hahaha...

Baiklah, harus mengusahakan kebun Cik Kz dan adik-adik di FB. Ada 5 FB yang perlu Cik Kz handle. Sangat penat. Lenguh tangan.

Till then, wassalam... :)

Nasi Goreng Kampung

Labels:

2


Assalamualaikum wbt....

A late update. Menu ni sebenarnya adalah menu hari Rabu tempoh hari. Lambat Cik Kz update, bertangguh sebab bila upload gambar asyik fail. Simple menu and yes Cik Kz makan nasi itupun setelah puas mak Cik Kz suruh makan. Kalau tak makan nanti angin naik and nanti sakit belakang lagi and so on..so on....lalala...

So, jom jengah-jengah resepinya. Very the simple kejap aje yang penting ketekunan cewah. hahaha... :)


Bahan-bahan (untuk seorang makan)
1 mangkuk kecil nasi
50g isi ayam (potong dadu)
1 sudu besar ikan bilis *
1/2 labu bawang besar *
6 ulas bawang putih *
4 biji cili padi *
1 cili hijau besar (hiris halus)
Sawi, kacang buncis/panjang (suka hati banyak mana)
Sedikit minyak (untuk menumis)
Garam dan serbuk perasa

Cara memasak
1. Tumbuk kesemua bahan bertanda *. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukan ayam dan masak sehingga ayam empuk. Masukkan nasi dan gaul sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran. Ratakan
3. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Tabur cili hijau besar dan gaul rata. Bila rasa sudah ok tutup api.


Cik Kz makan bersama ayam masak kunyit dan telur dadar. Oh marvellous. Kalau ada sambal belacan or sambal tempoyak surely lagi berselera Cik Kz entah-entah siap bertambah aje nanti. hehehe.

Alhamdulillah for the rezeki. Syukur. Hari kesyukuran bagi Cik Kz. Yes, Cik Kz merancang untuk buat makan-makan but bila itu tidak lagi diputuskan and nak masak apa pun Cik Kz still has no idea.

Happy tu happy juga but then still ada exam this November. Jadual final year sekarang penuh dengan exam yang bersusun dan posting yang pendek-pendek so amatlah tidak sesuai kepada mereka yang punyai hajat untuk pulang ke Malaysia (seperti Cik Kz).

Baiklah adalah perlu berhenti merepek di blog kesayangan ini sebabnya haruslah menyelak buku.

Till then, wassalam... :)

Hanya Ingin Kau Tahu

Labels:

0


Assalamualaikum wbt..

Cik Kz baru selesai menonton cerekarama Kontrak Cinta
Cerita yang menarik (and as expected ending pun)

But yang menarik perhatian Cik Kz
adalah lagu di dalam drama tersebut (boleh dengar di bawah)


Mungkin kita tidak lagi berhubung
But Cik Kz pasti
Kamu tetap menjadi silent reader di sini

Terima kasih atas petikan gitar (untuk lagu ini dan lagu-lagu lain)
Suatu ketika yang lalu
Mengiringi nyanyian adikmu (suara seriously sedap)

I do miss that moment......

Till then, wassalam... :')

Alhamdulillah

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Walaupun kadang kala jalan itu sukar untuk dilalui
Penuh dengan ujian dan cabaran 
But it will end with a very sweet memory

Mungkin jalan Cik Kz sekarang penuh liku
Ujian dari-Nya 
Itu tanda Dia sayangkan Cik Kz

Apa-apa pun Cik Kz bersyukur 
Atas ujian tersebut
Kerana Cik Kz jadi lebih kuat..

Thank you Allah
Thank you Allah
Thank you Allah

note: goodbye ENT yahoo!!!!!! now boleh senyum dengan lebarnya.. alhamdulillah... :)

Tuna Bowties

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Pheww..penat memikirkan macam mana mahu menghabiskan lebihan bowties (pasta) yang Cik Kz terlebih rebus malam tadi. So as for breakfast errr brunch hari ini Cik Kz buat kuah tuna. A very simple dish but memang terlebih kenyang. Jom tengok resepinya....


Bahan-bahan
Bowties Pasta (Cik Kz guna brand San Remo)
1 tin tuna mayonis
1 sudu cili blend
1 batang cili hidup - hiris halus
1 biji tomato - potong dadu
1 labu bawang besar - mayang halus
5/6 ulas bawang putih - dihiris halus atau ditumbuk
Sedikit minyak, garam dan serbuk perasa

Cara memasak
1. REbus bowties sehingga empuk (lebih kurang 10-15 minit) dan tus.
2.Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili blend dan masak selama 5 minit.
3. Masukkan tuna dan gaul sebati. Pastikan api perlahan. Masukkan tomato dan cili hidup. Masak selama 5 minit.
4. Tambah sedikit garam dan serbuk perasa kemudian tutup api. Hidangkan bersama bowties yang telah direbus


Tara simplekan. Actually memang Cik Kz kurang rajin mahu masak-masak but mengenangkan bowties yang tak terhabis tu nanti jadi suatu pembaziran pula. Penat tu angkut special dari Malaysia sebabnya sebungkus pasta brand San Remo di Malaysia baru harganya RM4.90 but in India ni kalau dah diconvert to RM mau jugak dalam berbelas ringgit. Mahal kot.

So, enjoy the menu. Sesuai untuk orang yang nak cepat macam Cik Kz.. hehehe...

Till then, wassalam.. :)

Bowties with Cream Sauce

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Hari ini ikutkan Cik Kz memang super duper malas mahu masak. Tak mahu makan juga sebenarnya but then bila Cik Seti datang wah selera itu ada kembali. Sebabnya tengah hari tu Cik Kz sudah makan subway di Bridgade Road setelah selesai membeli antivirus buat Miss Lappy. So paling simple makan pastalah. Cik Kz masakkan pasta (bowties) with cream sauce.


Resepi mudah sangat tak perlulah dikongsi sebabnya Cik Kz pakai cream sauce ready make aje. Senang and Cik Kz sendiri masih belum berjaya membuat cream sauce sendiri. So Cik Kz tambah brokoli, lobak merah, bawang merah and sedikit isi ayam.

So tengok gambar ajelah ye rakan-rakan. hehehe.

Till then, wassalam... :)

Ikan Kembung Masak Lemak

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Ok Cik Kz a bit kerajinan sedikit hari ini. Mungkin kerana berpuasa dan harus makan lauk yang sedikit heavy ketika berbuka but mestilah sesuatu yang simple untuk dimasak. Tambah pula teringin mahu makan masakan berlemak since kat rumah dulu almost setiap hari ada masakan lemak.

So godek-godek peti ais jumpalah ikan kembung lalu dimasak lemak. A bit pedas dan masam sedikit sebab memang purposely Cik Kz buat macam tu. Abah kata lagi sedap kalau ikan kembung masak lemak dimasak sedikit masam. Resepi lebih kurang sama macam di sini cuma tambah lagi sekeping asam gelugor dan juga terung telunjuk. So kita tengok gambar ajelah yer... :)

zoom dekat-dekat...

zoom jauh-jauh..hehehe...

So Cik Kz makan bersama dengan sayur goreng berserta tauhu telur. Sedap rasa manis-manis sedikit. Jom tengok resepinya...

Bahan-bahan
1 ketul tauhu telur - dipotong tebal-tebal
1/4 buku kecil kobis - dipotong sederhana saiz
5/6 batang kacang buncis - dipotong serong
1/2 biji lada benggala - hiris tebal
1 batang lobak merah - dihiris nipis
1/2 labu bawang besar - mayang halus
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula

Cara memasak
1. Goreng tauhu telur sehingga sedikit garing dan asingkan. Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan semua sayur dan masak sehingga sedikit layu. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Biarkan selama 3 minit.
3. Masukkan tauhu telur dan sebatikan. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Bila rasa sudah ok tutup api

itu dia tauhu telur...

Cik Kz kenal tauhu telur ini pun semasa di Lembah Beringin dulu. Mak Cik Kz tak pernah masak di rumah since kami adik beradik memang tidak gemar makan sebarang bentuk tauhu. So bak kata mak daripada membazir so baik jangan dimasak.

Bila cuba makan di kolej rasa ya Allah lembut dan sedapnya. Terus jatuh hati. Hari tu pulang ke Malaysia sempat Cik Kz ambil beberapa ketul tauhu ini buat stok ke India so that takda la nanti mengigau nak makan tauhu telur. hehehe..

Baiklah, time untuk study sesambil dengar lagu dari Maher Zain. Wah, sekarang aura Maher Zain melanda di Malaysia. Sangat famous sekarang mamat tu. hehehe...

Till then, wassalam.. :)

Oh...

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Oh Cik Kz sudah berpinar-pinar. Tak boleh tidur dan terasa amatlah lapar. Cik Kz berusaha untuk tidur awal hari ini but then end up dengan berjaga. Sudah mengira kambing biri-biri (petua orang konon-konon nak bagi mengantuk) still cannot go lah. 

Tambah lagi sengsara bila perut berkeroncong. Bila berjaga memanglah craving for food betul. Hebat penangan kelaparan ini. Tapi betul juga logiknya lapar ini sebabnya mana ada Cik Kz makan pagi and petangnya. So Cik Kz end up dengan menggoreng keropok lekor yang masih berbaki di dalam peti ais..

 siram keropok lekor dengan sos pemberian Cik Seti. Ma Cik Seti buat sos tu sedap sangat.. :)


Makan bersama secawan milo panas. Sedap dan alhamdulillah kenyang. Terubat rasa lapar and now mata makin segar bugar. Haruslah meyelak sebarang dua muka surat buku Ortho. Sebut pasal Ortho sampai sekarang Cik Kz tidak berjumpa dengan doktor. hehehe. Sengal betul kan. Esok lusa insya Allah akan digagahkan diri ke sana. Insya Allah.

Till then, wassalam.. :)

Satur-Day

Labels:

0


lAssalamualaikum wbt...

Pagi Sabtu yang harmoni Cik Kz ke pasar untuk membeli sedikit sayur-sayuran (buat stok kalau boleh sebulan..wahahaha). Terkejut Cik Kz dan Cik Seti pasar begitu penuh and suddenly Cik Kz terfikir hari ini cuti ker? Then, bila Cik Seti katakan ya barulah Cik Kz tersedar. Yang jadi tidak perasan cuti sebabnya Cik Kz tiada rotation pagi tersebut. 

Cuti kali ini adalah kerana satu perayaan di mana Cik Kz pun tidak pasti apa nama perayaan tersebut (India has too many celebrations). Yang pasti pokok pisang berada di merata-rata tempat dan tidak lupa juga pucuk mangga. Let see some pictures yang berjaya Cik Kz snap semasa jalan-jalan di pasar tempoh hari..

those kalung bunga memang cantik but Cik Kz tak pernah cuba membelinya pun..huhuhu..

Opss...salah ambil gambar pula....

ini buah tembikai air (agaknya) turut digunakan dalam perayaan tersebut...

sesi jual beli.....

So, Cik Kz berjaya membeli sedikit sayur. Tak sanggup mahu duduk lama-lama di pasar. Sangat serabut dan sesak dengan orang ramai. After that terus balik Harus memasak nasi ayam untuk makan-makan di rumah En. Ayie dan En. Ikmal di Ranguram Residency. 

Tugas Cik Kz mudah aja. Goreng ayam untuk nasi ayam. hahaha. Simple yet lambat sebabnya ayamnya kecil dan banyak (sabar je la). Then makan di rumah itu sangat best. Ada sate (waduh), rendang daging, kuah kacang Ella, nasi impit, agar-agar dan ada juga sedikit barbeque. Meriah sungguh. Yang pasti kami semua kekenyangan. Rezeki di hari Sabtu... :)

Baiklah semua, till then, wassalam... :)

The Last Song...

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....


Cinta Arjuna
nyanyian asal by Aliff Aziz

But Cik Kz lebih suka versi ini
Lebih syahdu
Lebih menusuk kalbu
Mungkin kerana dengan alunan petikan piano itu...

*sedih*

Selamat mendengar

note: lagu terakhir..seringkali jadi yang menyentuh hati....

Asam Pedas Ayam

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Cik Kz rasa sudah lama Cik Kz tidak memasak secara proper. Setiap hari mostly Cik Kz makan keropok lekor. Kalau extra rajin masak megi and kalau terlebih-lebih rajin masak mee goreng. But hari ini Cik Kz berjaya merajinkan diri ke kedai ayam. Sangat kempunan mahu makan ayam especially asam pedas.

So, here it is. Asam pedas ayam. Ini versi Cik Kz sesuka hati masak sesedap rasa sesuki Cik Kz. Jemput tengok resepi yang simple itu. Semua orang pasti boleh buat.

Opsss...selingan dengan petola goreng. Cik Kz masak tempoh hari buat makan dengan ikan goreng..

Asam Pedas Ayam (untuk makan seorang)
Bahan-bahan
1/4 ekor ayam
12 tangkai cili kering (direbus) *
1 labu bawang besar *
3/4 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1 sudu kecil halba
1 mangkuk air asam jawa
Bendi, tomato, bunga kantan dan sedikit daun kesum
Sedikit minyak
Garam, gula dan serbuk pati ayam


Cara memasak
1. Blend bahan bertanda *. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis halba sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan yang diblen. Masak sehingga pecah minyak
2. Masukkan ayam dan gaul sebati. Pastikan api tidak terlalu panas. Masukkan bendi, bunga kantan dan daun kesum. Gaul dan biarkan selama 5 minit.
3. Masukkan air asam jawa dan sebatikan lauk. Masak selamat 5 minit. Masuk garam, sedikit gula dan serbuk pati ayam secukup rasa. Masak sehingga kuah mendidih dan bendi empuk. Jatuhkan tomato dan tutup api.


Cik Kz makan dengan tempoyak. hehehe. Pelik tak? Tekak orang Pahang gitulah. Tak boleh dipisahkan dengan tempoyak. Dan itulah bahananya bila besar baru belajar makan tempoyak. Macam orang tak pernah makan pula rupanya. hihihi. Kalau ada tempoyak mesti ada telur dadar yang penuh dengan bawang. Barulah ngam dan ada umph. Berselera Cik Kz makan.

Cakap pasal makan ada orang suruh Cik Kz makan. ades. Cik Kz aware yang Cik Kz sangat tidak teratur makan lately. Ikut sempat dan suka hati aje. Mak Cik Kz pun sudah berapa kali sound Cik Kz. If angin naik Cik Kz akan bertambah sakit. But as usual Cik Kz memang tak ambil pusing.

Mungkin esok or minggu depan result keluar. Cik Kz malas mahu komen tentang exam. Cuma Cik Kz doa sangat-sangat Cik Kz dan rakan-rakan semuanya lulus.. amin... Doakan kami ya.

Baiklah, masa untuk study Ortho pula. Next week exam. Both theory and practical. Doc memang tak mahu bagi students duduk senang betullah. huhu

Till then, wassalam.. :)

I Hate Lier

Labels:

2


Assalamualaikum wbt...

As per title of the post

Enough said!!


The END! 

till then, wassalam..

note: kadang-kadang wujud juga ya orang macam tu...oh..drama korea playfill kiss itu so best la..jom tengok.. :)

Bingit!

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Oh bingit sungguh suasana di kala maghrib ini. Kesabaran. Mungkin pesta cahaya sudah bermula. Bunyi gendang sangat kuat kedengaran

Next, bunyi bunga api but belum ada tanda-tanda akan muncul lagi. So, not-so-peace condition right now

Yes, Cik Kz ada exam tomorrow. Need to study but suasana bingit ini benar-benar mengganggu pendengaran Cik Kz. Sabar..sabar..sabar...

Kalau benar pesta cahaya dah bermula alamatnya 4 hari 4 malamlah bunyi mercun akan melatari malam hari nanti. Bising!

Till then, wassalam...

note: tak baik merungut..huhuhu

Cerita Hari Jumaat

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Hari Jumaat yang indah sebabnya Cik Kz tidak ke kelas lagi. Cik Kz akan cuti sehingga selesai semua urusan exam. Hari ini Cik Kz ke kolej mengambil slip exam. So, Cik Kz ride a scooter again. Ok sedikit berbanding semalam. Kurang sudah rasa cuaknya but over-sensitiviy itu masih ada. Asal mahu selekoh saja terbayang guling-guling. huhuhu...

Tutup cerita tu. Untuk dinner Cik Kz masak mee goreng. Kali ini guna mee kuning specially import from Malaysia. Alhamdulillah walaupun dah almost a week mee tersebut still kualiti and rasanya sama. Wah, terubat rindu mahu makan mee kuning. Cik Kz masak half sahaja since makan seorang. My partner in crime still happily enjor her precious moment with the beloved family. Ahad baru pulang ke Bangalore. 

Mee goreng versi close up....

Mee goreng versi jauh sedikit with telur goreng hangit..hahaha...

Malamnya sesi mengkhatam buku. Ok Cik Kz still lambat-lambat lagi baca buku. Merangkak-rangkak untuk buka buku. Oh yes mood kurang rajin melanda which is not good. Harus dan harus rajin! Cik Kz mahu pass exam. Mohon sangat-sangat agar pass. And for that harus rajin. Super duper rajin. Memandangkan harus rajin maka harus stop update (hehehe) 

Till then, wassalam.. :)

Half Day Out

Labels:

0


Assalamualaikum wbt..

Hari ini Cik Kz cuti tapi Cik Kz kurang pasti cuti apa. Apa yang penting boleh berehat-rehat di rumah. Oh ya Cik Kz masih stress, still tidak tenang hatinya. Mohon sangat-sangat pada Yang Esa dipermudahkan segala urusan Cik Kz di sini. 

Jadi, hari ini Cik Kz and the housemates keluar berjalan-jalan membeli barang keperluan rumah kami. Ke mana lagi kalau bukan ke Mantri Mall. Kami ke sana dengan menunggang skuter. And Cik Kz ride that scooter alone. Kena beranikan diri after that accident kalau tidak mesti dibelenggu trauma. Adalah juga rasa seram sejuk tangan. Dalam hati selawat, istighfar dan macam-macam zikir dibaca. Minta tenang hati. 

So, kami lunch di sana di tempat biasa Caffe Pascucci. And here the meal that Cik Kz ate during lunch...
 lemon iced tea...

spaghetti meatballs...

Kenyang teramat sangat. Dah lama Cik Kz tak makan properly since balik dari bercuti. Kalau makan pun cuma keropok lekor. For both lunch and dinner and as usual Cik Kz memang jenis skip breakfast. Tak memasak pun sebab itu blog ni sunyi dengan resepi masakan. huhuhu

Baiklah, Cik Kz rasa sakit balik sebenarnya but hopefully it will recover back. Yes, Cik Kz tidak rajin berjumpa doktor. Nak kata takut tu mungkin lebih kepada takut untuk mengetahui if there is something wrong with me. Apa-apa pun mohon semuanya baik-baik belaka.. :)

Till then, wassalam.. :)

Nak Nangis....

Labels:

0


Assalamualaikum wbt

Baiklah
Soalan exam tadi super duper marvellous punya susah
All questions are new question
except for BPPV itu pun banyak cabang ditambah

So, 
Conclusion
Rasa mahu menangis
Tapi tiada air mata
Cuak menjadi super duper tahap mega

Arrrrr... Pening sudah
Rehat time

Usaha
+
Doa
+
Tawakal 
Itu yang sebaiknya

Till then, wassalam...


note: terfikir, cukupkah usaha itu untuk diberi ganjaran lulus? (T___T)

Kecuakan

Labels:

1


Assalamualaikum wbt..

Cik Kz sangat gemuruh/cuak/nervous dan segalanya
I left my notes at home
Those important notes 
MCQ with answers

Macam mana boleh tak perasan
Mesti notes tu sudah bertaburan jatuh bawah katil (tempat yang Cik Kz jarang check)

Now, 
Menggelabahlah Cik Kz
Print out again all notes
Cari balik semua jawapan
Tambah-tambah touch up extra points

Moga sempat buat semuanya
I need to cool down
Kelam kabut tidak bagus
Tak masuk kalau mahu study. betul tak???

Will update later
(rasa lega sedikit selepas menaip)
Till then, 
wassalam... :)

Jalan-jalan Hari Sabtu

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Pada tarikh 2 Oktober 2010 bersamaan hari Sabtu (yang lepas) adalah hari sibuk sekeluarga Cik Kz. Bermula jam 8 pagi Cik Kz dan family sudah keluar dari rumah. Destinasi pertama adalah Restoran Kasim. Tujuannya adalah untuk makan roti canai. Sedap roti canai kat situ. Harga pun murah. Kena serbu awal-awal sebabnya lepas sahaja jam 8 am memang full kedai tu and mesti sudah habis roti canainya. 

 Mijie yang tidak mahu bergambar..aneh..


After selesai makan-makan then kami semua ke Mentakab untuk menempah cermin mata baru mak. Harga dia erkkk.. kesabaran but berbaloi-baloi. Cik Kz ambil kesempatan untuk pose dengan few frames (tak beli pun mata Cik Kz sudah ok!). Let see the pictures

 malu-malu kucing untuk pandang camera..hahaha..

 my lovely sisters...

 bonda tersayang.. 

 abah tercinta....

Habis sahaja sesi menempah cermin mata terus ke pasar raya TF borong barang-barang untuk di bawa pulang. Kali ini tak banyak yang Cik Kz beli sebabnya baru sahaja pulang and angkut barang banyak-banyak masa cuti raya tempoh hari. 

Then, balik ke rumah. Tukar baju dan bersiap-siap ke kenduri kahwin anak kepada kawan merangkap customer tetap gerai mak and abah Cik Kz. Cantik pengantinnya but as usuallah Cik Kz with the askar kecil tak snap pictures mempelai sebaliknya pictures kami sahaja banyak ditangkap. hehehe.. :P

 warm up before tangkap segala gambar..

 with beloved bonda... :)

 the lovely ina..

 wani yang sweet... :)

Penat. Balik dari kenduri singgah sebentar di bandar. Cik Ina mahu membeli barang-barang keperluan untuk subjek LK. So berjalanlah kami memakai baju kebaya and kurung di bandar di dalam suasana hujan. Macam memori daun pisang pula bagi kami adik beradik. 

Sebelah malamnya makan di luar beramai-ramai. Makan ikan bakar yang super duper sedap. Tak pernah makan ikan bakar versi yang seperti dikukus tetapi dibakar. Memang sedap. Harga pun berbaloi-baloi. Habis makan ke bandar specifically ke Kubang Gajah. Pelikkan nama tempat ini. Cik Kz dengar pun mula-mula berkerut dahi. Itu adalah nama lain bagi taman tasik (agaknya) yang dibina berhampiran dengan Bukit Angin. Ada expo dan konsert dari pihak Metro (akhbar tempatan). Singgah sekejap sekadar untuk melihat suasana.

Not bad cuma bising. Suasana pun kurang selesa mungkin sebab penuh dengan lecak akibat hujan pada petangnya. Ada ramai artis AF. Yang sempat Cik Kz dengar nyanyiannya adalah Bob AF2 dan Nubhan. The rest habiskan dengan berjalan-jalan di booth sahaja. Harga barang-barang ok tak terlalu mahal but harga baju t'shirt labuh mahal sangat-sangat. Cekik darah! 

 Kami kecuali Ija.. lari entah ke mana...

 Itu Bob AF2.. cinta terhalang..best suara dia...

Balik ke rumah terus Cik Kz bersihkan diri dan kemas barang-barang untuk dibawa pulang. Cepat Cik Kz siap kemas barang. Then menonton movie karate kid bersama adik-adik tercinta.

Deep inside my heart, Cik Kz rasa berat hati mahu pulang. Rasa macam susah nak lepaskan adik-adik, mak and abah. And probably my mission still incomplish. Perlu pulang lagikah? Rasanya cukuplah buat masa ni. Harus ditahan homesick tersebut 

Kena biasakan diri. Bukankah nanti mahu apply kerja di seberang Laut China Selatan tu?? Kalau jadilah. Kalau tidak di Semenanjung pun ok kan. 

Baiklah, masa untuk mengulangkaji pelajaran. Ada exam lusanya. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Buat Cik Kz dan rakan-rakan. For those yang masih di Malaysia. Happy holiday. 

Till then, wassalam.. :)