Sambal Tumis Udang
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt...
Ini menu semalam juga. Macam-mcam yang Cik Kz masak semalam sampai penuh meja. hehehe. Varietykan masakan bak kata mak Cik Kz. Selera ahli-ahli rumah semuanya berbeza. Ada tak makan udang so prefer ayam. Ada kurang gemar udang dan ayam so prefer ikan. So jadinya meja makan itu macam-macam ada. Nasib baik bab sayur semuanya boleh masuk. Kalau tidak alahai pening mahu pelbagaikan sayur.
Baiklah, lagi bercerita panjang pula entri. Ini pun curi-curi update sebelum askar-askar kecil balik. Kalau sudah balik memang susah untuk Cik Kz memegang laptop sendiri. So sad. Jadi, resepinya adalah...
Bahan-bahan
250 g udang (saiznya sederhana besar or ikut suka)
15 tangkai cili kering yang telah direbus terlebih dahulu
2 labu bawang besar *
4/5 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
5 sudu besar minyak
2 sudu besar air asam jawa
Garam, gula dan serbuk pati ayam
Sedikit air (untuk mengisar bahan-bahan)
Cara memasak
1. Bersihkan udang. Buang kepala udang dan tuskan.
2. Kisarkan bahan bertanda *. Panaskan kuali dengan minyak. Tumis bahan kisaran sehingga hampir kering. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar dan kemudian masukkan udang.
3. Tumis sehingga pecah minyak dan udang masak. Masukkan garam, gula dan serbuk pati ayam. Bila rasa sudah ok tutup api.
Simple resepi ini. Kalau tengok banyak minyak digunakan. Kata mak Cik Kz minyak itu perlu sedikit banyak (lebih daripada biasa) untuk proses menumis. Baru hasil tumisan jadi cantik. Macam mana cantik tu Cik Kz pun blurr.
Menu bersama sambal tumis udang tersebut adalah...
Ayam masak kunyit.. specially for adik Mijie...
Sayur bayam masak air untuk semua
Dan juga sambal tempoyak (yang ini tidak ditangkap gambarnya). Ada lagi ayam masak kicap dan juga masak lemak kulit rambai. Penuh meja makan. Happy. Semua orang gembira Cik Kz pun turut gumbira..lalalala...
Baiklah, masa iklan sudah tamat. Sesi penggunaan lappy oleh askar-askar kecil yang bersiap sedia untuk merampas lappy Cik Kz (mereka sudah pulang dari sekolah).
Till then, wassalam.. :)


0 Response to "Sambal Tumis Udang"
Post a Comment