Jalan-jalan Hari Sabtu

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Pada tarikh 2 Oktober 2010 bersamaan hari Sabtu (yang lepas) adalah hari sibuk sekeluarga Cik Kz. Bermula jam 8 pagi Cik Kz dan family sudah keluar dari rumah. Destinasi pertama adalah Restoran Kasim. Tujuannya adalah untuk makan roti canai. Sedap roti canai kat situ. Harga pun murah. Kena serbu awal-awal sebabnya lepas sahaja jam 8 am memang full kedai tu and mesti sudah habis roti canainya. 

 Mijie yang tidak mahu bergambar..aneh..


After selesai makan-makan then kami semua ke Mentakab untuk menempah cermin mata baru mak. Harga dia erkkk.. kesabaran but berbaloi-baloi. Cik Kz ambil kesempatan untuk pose dengan few frames (tak beli pun mata Cik Kz sudah ok!). Let see the pictures

 malu-malu kucing untuk pandang camera..hahaha..

 my lovely sisters...

 bonda tersayang.. 

 abah tercinta....

Habis sahaja sesi menempah cermin mata terus ke pasar raya TF borong barang-barang untuk di bawa pulang. Kali ini tak banyak yang Cik Kz beli sebabnya baru sahaja pulang and angkut barang banyak-banyak masa cuti raya tempoh hari. 

Then, balik ke rumah. Tukar baju dan bersiap-siap ke kenduri kahwin anak kepada kawan merangkap customer tetap gerai mak and abah Cik Kz. Cantik pengantinnya but as usuallah Cik Kz with the askar kecil tak snap pictures mempelai sebaliknya pictures kami sahaja banyak ditangkap. hehehe.. :P

 warm up before tangkap segala gambar..

 with beloved bonda... :)

 the lovely ina..

 wani yang sweet... :)

Penat. Balik dari kenduri singgah sebentar di bandar. Cik Ina mahu membeli barang-barang keperluan untuk subjek LK. So berjalanlah kami memakai baju kebaya and kurung di bandar di dalam suasana hujan. Macam memori daun pisang pula bagi kami adik beradik. 

Sebelah malamnya makan di luar beramai-ramai. Makan ikan bakar yang super duper sedap. Tak pernah makan ikan bakar versi yang seperti dikukus tetapi dibakar. Memang sedap. Harga pun berbaloi-baloi. Habis makan ke bandar specifically ke Kubang Gajah. Pelikkan nama tempat ini. Cik Kz dengar pun mula-mula berkerut dahi. Itu adalah nama lain bagi taman tasik (agaknya) yang dibina berhampiran dengan Bukit Angin. Ada expo dan konsert dari pihak Metro (akhbar tempatan). Singgah sekejap sekadar untuk melihat suasana.

Not bad cuma bising. Suasana pun kurang selesa mungkin sebab penuh dengan lecak akibat hujan pada petangnya. Ada ramai artis AF. Yang sempat Cik Kz dengar nyanyiannya adalah Bob AF2 dan Nubhan. The rest habiskan dengan berjalan-jalan di booth sahaja. Harga barang-barang ok tak terlalu mahal but harga baju t'shirt labuh mahal sangat-sangat. Cekik darah! 

 Kami kecuali Ija.. lari entah ke mana...

 Itu Bob AF2.. cinta terhalang..best suara dia...

Balik ke rumah terus Cik Kz bersihkan diri dan kemas barang-barang untuk dibawa pulang. Cepat Cik Kz siap kemas barang. Then menonton movie karate kid bersama adik-adik tercinta.

Deep inside my heart, Cik Kz rasa berat hati mahu pulang. Rasa macam susah nak lepaskan adik-adik, mak and abah. And probably my mission still incomplish. Perlu pulang lagikah? Rasanya cukuplah buat masa ni. Harus ditahan homesick tersebut 

Kena biasakan diri. Bukankah nanti mahu apply kerja di seberang Laut China Selatan tu?? Kalau jadilah. Kalau tidak di Semenanjung pun ok kan. 

Baiklah, masa untuk mengulangkaji pelajaran. Ada exam lusanya. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Buat Cik Kz dan rakan-rakan. For those yang masih di Malaysia. Happy holiday. 

Till then, wassalam.. :)

0 Response to "Jalan-jalan Hari Sabtu"

Post a Comment