Ikan Kembung Masak Lemak

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Ok Cik Kz a bit kerajinan sedikit hari ini. Mungkin kerana berpuasa dan harus makan lauk yang sedikit heavy ketika berbuka but mestilah sesuatu yang simple untuk dimasak. Tambah pula teringin mahu makan masakan berlemak since kat rumah dulu almost setiap hari ada masakan lemak.

So godek-godek peti ais jumpalah ikan kembung lalu dimasak lemak. A bit pedas dan masam sedikit sebab memang purposely Cik Kz buat macam tu. Abah kata lagi sedap kalau ikan kembung masak lemak dimasak sedikit masam. Resepi lebih kurang sama macam di sini cuma tambah lagi sekeping asam gelugor dan juga terung telunjuk. So kita tengok gambar ajelah yer... :)

zoom dekat-dekat...

zoom jauh-jauh..hehehe...

So Cik Kz makan bersama dengan sayur goreng berserta tauhu telur. Sedap rasa manis-manis sedikit. Jom tengok resepinya...

Bahan-bahan
1 ketul tauhu telur - dipotong tebal-tebal
1/4 buku kecil kobis - dipotong sederhana saiz
5/6 batang kacang buncis - dipotong serong
1/2 biji lada benggala - hiris tebal
1 batang lobak merah - dihiris nipis
1/2 labu bawang besar - mayang halus
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula

Cara memasak
1. Goreng tauhu telur sehingga sedikit garing dan asingkan. Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan semua sayur dan masak sehingga sedikit layu. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Biarkan selama 3 minit.
3. Masukkan tauhu telur dan sebatikan. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Bila rasa sudah ok tutup api

itu dia tauhu telur...

Cik Kz kenal tauhu telur ini pun semasa di Lembah Beringin dulu. Mak Cik Kz tak pernah masak di rumah since kami adik beradik memang tidak gemar makan sebarang bentuk tauhu. So bak kata mak daripada membazir so baik jangan dimasak.

Bila cuba makan di kolej rasa ya Allah lembut dan sedapnya. Terus jatuh hati. Hari tu pulang ke Malaysia sempat Cik Kz ambil beberapa ketul tauhu ini buat stok ke India so that takda la nanti mengigau nak makan tauhu telur. hehehe..

Baiklah, time untuk study sesambil dengar lagu dari Maher Zain. Wah, sekarang aura Maher Zain melanda di Malaysia. Sangat famous sekarang mamat tu. hehehe...

Till then, wassalam.. :)

0 Response to "Ikan Kembung Masak Lemak"

Post a Comment