Mushroom Garlic Fried Rice ala Kampung

Labels:

0


Assalamualaikum wbt.....

Waaaaaaaaaaaa.........rasa nak nangis sebab hajat nak makan pure mushroom garlic fried terbatal secara automatiknya disebabkan kecuaian dan keterlebih rajinan tangan menyediakan segala bahan-bahan. Tengok nama menu pun pelik kan. Ada pula ala kampung. Ini disebabkan oleh (terasa macam skema pula) Cik Kz terpotong sayur-sayur yang biasa Cik Kz letak dalam nasi goreng (sawi, kobis, carrot, cauliflower..etc). Siap ada letak daging lagi. Actually mushroom and garlic Cik Kz dah prepare awal-awal lagi (a night before). Bangun pagi mamai dalam kepala fikir nasi goreng..nasi goreng cendawan... tapi tangan pula non stop memotong sayur itu ini. Bila dan campak segala bahan barulah ya Allah punah mushroom garlic fried rice. Ok sedih. (T___T)

Tapi takpalah kan. Dan jadi versi macam nasi goreng kampung but the taste of mushroom and garlic memang sangat kuat. Jom tengok resepinya. Lain kali Cik Kz buat yang propernya. Takda versi mamai or salah letak sayur-mayur lagi yer..

Bahan-bahan
1 mangkuk kecil nasi 
100 g daging batang pinang (potong halus)
4-5 kaki cendawan butang (potong halus)
7-8 ulas bawang putih (tumbuk halus)
Sayur (kobis, sawi, carrot, cauliflower, capsicum) - potong ikut kesesuaian
Cili padi - letak kalau hendak pedas
Sedikit garam, gula dan serbuk lada hitam
Minyak


Cara memasak
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cendawan dan masak sehingga cendawan layu. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk (masa ni ada aroma cendawan + garlic + daging + best!). Masukan cili padi (kalau mahu letak)
2. Masukkan segala sayur dan masak sehingga sayur sedikit layu. Masukkan nasi dan gaul sebari. 
3. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam. Ratakan. Bila rasa sudah sebati tutup api. 


It just a simple recepi actually. Kalau ada dried tomato lagi best. Boleh jadi mushroom tomato garlic fried rice. Best tu. Makanan yang best dimakan kalau di sini (Bangalore). Baikalah selamat mencuba. Kalau nak masak versi original jangan campak segala sayur tu ya. Kalau letak capsicum itu ok lagi, kalau dan kobis, carrot segala bagai tu dah rupa nasi goreng kampung pula. hehehe.. (gelak kat diri sendiri lagi! huuuuuuuuuuu)

Till then, wassalam... :)

note: jangan masak bila keadaan diri masih belum 100% sedar. huuuuuuu

Makan-Makan Bersama Obsterictians & Gynaecologist

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Hari sabtu yang lalu tamatlah posting/clerkship Cik Kz dan rakan-rakan group 5 dan 6 di department OBG. A small farewell party was held in the morning by the department. But untuk entry kali ini Cik Kz akan paparkan gambar sekitar makan-makan yang dianjurkan oleh kami (students) buat the faculty. 

Bagi Cik Kz (so far) department OBG yang terbaiklah. Sibuk but I like it very much sebab banyak dapat belajar dan buat kerja. Plus sisters yang sangatlah baik hati dan banyak membantu sepanjang posting tersebut.  Acara masak-masak disediakan oleh pelajar yang posted in the morning and on-call students. Alhamdulillah semua students berjaya menghadirkan diri and a few PG's were there plus Dr. Rajinesh (the consultant yang paling happening sekali). 

before sesi makan bermula...

mari bergambar terlebih dahulu.heee....

Banyak makanan disediakan dan pastinya adalah juadah masakan Melayu or Malaysia. Actually it was requesterd by the PG's yang bertugas on that night. They really want to taste Malaysian food. So, bila dapat tahu kami rasa tak salah andai kita masakan something for them cause kalau nak dibandingkan ilmu yang diberikan oh sungguh tak terhingga. So, ada apalah pada masak-masak berbanding ilmu yang bakal digunakan nanti kan.. So, layan pictures of  foods yang ada pada malam tersebut

air sirap bandung....besttt

kuih puteri ayu.... we translated it to beautiful princess..hahaha :P

gambar berkumpulan..from left (above): agar-agar mangga, cucur bawang, cucur udang, puteri ayu.. 
from left(below): paprik seafood, veg paprik, kerabu mangga, bread pudding

kuah kacang...

puding roti...

ayam masak madu.....

pajeri terung...

Before acara makan-makan, ada persembahan daripada PG, Dr Anita yang begitu semangat untuk menyanyi lagu melayu. Lagu yang dinyanyikan adalah lagu Kau Ilhamku. Bersemangat beliau berlatih walaupun penat dengan deliveries yang sangat banyak pada sebelah pagi dan petang tersebut. 
last rehersal...

mari menyanyi...kau ilhamku....

As for students, we sang a Kuch Kuch Hota Hai song for the faculty. They were so happy that we knew and can sang that song well. Ok. Cerita KKHH siapalah yang tak tahu kan. Kerat kuku jari ok kalau tak dapat ingat melodinya. hahahaha...


Alhamdulillah everything went well. Doctors love that food very much. Siap minta resepi lagi. Makanan pun almost semua habis. Puas hati sebab they enjoy the makan-makan. Biarpun pada awalnya banyaklah macam-macamnya but in total, best! 

Baiklah. Cik Kz sudah mulakan posting baru department ortho. Bosan sedikit. Mungkin kerana sudah biasa sibuk tiba-tiba tiada kerja jadi bosan dan cepat mengantuk. Harapnya biarlah cuma untuk hari ini sahaja dan selepasnya posting best dan banyak benda boleh belajar. 

Till then, wassalam.. :)

Blogger Sakit

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Akhirnya berjaya juga Cik Kz buka dashboard setelah usaha log in banyak kali. Akhirnya delete all histories, cookies, etc baru boleh log in. 

Tak banyak yang Cik Kz mahu ceritakan. Cik Kz dah mula masak tapi Cik Kz tak tangkap gambar sebab selalunya sibuk ke hospital lepas masak tu. For this week (sampai hari ni je) Cik Kz positng petang. 

Posting petang a lil bit relaxing. Ada 3 kali masa rehat sebabnya masa solat. So alang-alang tu bolehlah berehat kan. So far deliveries pun sehari ada 1 paling maximum 2 kot. So kesian lah for those posting malam sure banyak baby yang nak kena disambut. heeeeee.........

Esok mula posting pagi semula which is sibuk sebab ada presentation, kena buat discharge summary but best bila boleh masuk OT juga (itu time bila-bila pun boleh masuk), and surely boleh buat banyak procedure tu pun kalau la dapat sister yang baik la kan..huhuhu...

Baiklah, nak meneruskan misi menelaah buku sesemabil menanti nasi impit masak. Hari ni makan lontong bersama groupmate..hehehe

Till then, wassalam... :) 

Selamat Hari Lahir Sahabat Terbaik!!!!

Labels:

0


Assalamualaikum wbt.....

Hari ini hari bahagia buat seorang sahabat tersayang...
ok....bukan hari perkahwinan 
tapi hari kelahiran...
tak dapat nak celebrate sama-sama but a wish is a must on her special day... :)


to my dearest mi amore...

SELAMAT HARI LAHIR..

moga kamu sentiasa ceria, happy selalu
maintain cun and hots yer..
 moga dipermudahkan segala urusan kamu
diberikan yang terbaik dunia dan akhirat...


kamu..
adalah sahabat terbaik saya..
sayang kamu sangat-sangat!!!!!!!!!!!!!!!
muahhhhhh...

may this friendship last forever...
amin.....

wassalam.... :)

I Love My Job..

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Kerja dikelilingi dengan orang yang mahu bersalin memang mencabar kesabaran diri. Terdengar jeritan patients yang tidak tahan sakit labour pain memang mampu menggugat diri Cik Kz tentang perihal mahu bersalin nanti. Agaknya macam mana la Cik Kz nanti. Agaknya terpekik lebih teruk dari patients sendiri. Minta jauhkan dari jadi macam tu yer...huhuhu....

Yang lebih menarik bila melihat muka kepuasan ibu-ibu yang bersalin ni. Muka lega. Muka bahagia. Muka ceria menerima orang baru. Of course, babies are cute. Super duper cute kalau buat muka kelaparan. Minus part menangis tu lah ye. 

Semalam sahaja ada 3 deliveries. Cik Kz assist 1 je yang lain kawan-kawan Cik Kz assist since patient bersalin macam ikut turutan. The consultants and PG's memang kelam kabut. Muka memang kepenatan habis-habisan. But bila tengok baby je.. wah..hilang semua penat tau...


Comel kan mereka berkongsi tempat baby ni. This is for the time being before dipindahkan masuk ke maternal ward bersama mak-mak mereka. Ini sementara tunggu mak-maka recover dulu. Agaknya kalau besar nanti mereka bertemu ada tak nanti dikatanya " eh, you ingat tak dulu...kita share tempat baby ngan you la..masa baru pas lahir..ingat tak??".. hahaha.. conversation Cik Kz bersama groupmates ketika tiada kerja selain menanti patients bersalin lagi..

ini baby's patient yang Cik Kz assist..mancung hidungnya....

Hari ini adalah hari terakhir Cik Kz night shift. Harap semuanya berjalan dengan lancar dan tidaklah terlalu sibuk macam 2 hari ni. Cik Kz tak sempat untuk merehatkan diri dan aura demam sudah mula melanda. I need my rest.Ok. At least boleh melunjurkan kaki for a while pun sudah cukup. Ini baru intern. Nanti kalau houseman di Malaysia sure lagi super duper busy. So, jangan merungut dan teruskan bekerja!

I love my job (really??..hahaha). Mahu jadi pakar O&G. Doakan ya.. amin....

Haruslah Cik Kz mengundurkan diri. Mahu masak bubur ikan sebabnya bila nak demam sekarang ni tekak Cik Kz lebih berselera makan bubur. Dah lama Cik Kz tak letak resepi kan. Mungkin bila dah bertukar shift nanti bolehlah Cik Kz share resepi semula. 

Baiklah, till then, wassalam.. :)

note: kena kuat..don't despair and never loose hope..cause Allah is there for you... :)

Be Strong!

Labels:

0


kalaulah hati itu mampu tersenyum sama seperti bibir mengutuskan sebuah senyuman...
pasti tiada istilah...
tawa dalam tangisan.......

"cukuplah bagi kami Allah....
Dialah sebaik-baik tempat diserahkan segala urusan......"


Selamat Hari Guru...

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

pic credit to pak cik google.. 

SELAMAT HARI GURU 
buat semua guru di dunia...

Special thanks to cikgu-cikgu dan lecturers di
SK Bandar Mentakab, SRKTP (Baling), SKTL (Temerloh)
SMKA Al-Khairiah, MRSM MZMS , MRSM Jasin...
UTM, KMNS, KYUEM
IMS of MSU...

juga buat rakan-rakan yang menjadi 'cikgu' dalam hidup Cik Kz..
(banyak belajar daripada kamu semua juga)

last but not least...

Mak and Abah...
cikgu terbaik di dunia..cikgu terawal yang mengajar Cik Kz

Thanks semuaaaaaaaaaaaaaaaaa........ :)

till then...wassalam.... :)

Night Shift....

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Baru hari pertama memulakan night shift. Sangat berjaya untuk tidak tidur. Rakan-rakan groupmate juga berjaya berjaga sepanjang malam hingga ke pagi hari. Mungkin juga bahana Old Town White Coffee dan cappucino. hehehe...

So far, kerja bolehlah relax sedikit. I managed to assist forcep delivery. alhamdulillah. Bila tengok patient berusaha bersungguh-sungguh untuk melahirkan anak rasa seperti what i've done to my mak? is there anything I did and do yang boleh buat mak bersedih? Hendak beranak bukan senang ye. Insaf..insaf... Lepas tu berfikir, nanti kalau nak bersalin nak normal delivery ke c-sec ye..heeeeeeeeeeee... :P

a gynaecologist to be...insya Allah... :)

Bila balik rumah tak ingat apa dah. Nampak bantal sahaja. Tidur rehatkan diri dan bersiap pula untuk malam ni. Ok. Hari ni Cik Seti masak bekal untuk makan malam. alhamdulillah. Harap ada banyak kerja malam ni so that boleh belajar banyak perkara :)

Cik Kz mahu kemas bilik yang sudah macam tongkang pecah. Semalam tak sempat kemas betul-betul sebab program penuh dari pagi sehingga ke pagi tadi. Ada buat makan-makan sedikit untuk birthday housemate. Gambar Cik Kz tidak snap as I was busy makan (kebetulan semalamnya tidak makan seharian)..hehehe

Baiklah, till then, wassalam....... :)

Passcard

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Hari ini Cik Kz akhirnya berjaya mendapat passcard hospital. Kata rakan Cik Kz this is only temporary card. Next time akan dapat kad lain yang lagi canggih (agaknya kot). Ok la card ni. Cuma gambar macam berbekas dengan stapler je (berlubang). Nama Cik Kz pun tak muat (tu la nama panjang lagi.hahaha). Tapi kan lagi best kalau kat status tu ditulis junior clerkship. Entah mengapa pihak admin tulis macam tu. Cik Kz harap pada kad baru nanti (tu pun kalau ada la kan) dibetulkan la status tu yer.. lalalala... 

the passcard..for the time being kena punch card seawal 7am..waaa.........

Hari ini Cik Kz berulang-alik ke OPD dan labour room. 2 deliveries tapi Cik Kz tak assist pun sebab sedar-sedar eh, kepala baby sudah muncul keluar and the doctor pun kelam kabut tambah pula nurse ketika itu tak berapa ramai di labour room (kes kena hantar patient masuk ke OT). Kena tengking ok! hahaha.. Kena tengking sebab doktor kelam kabut. hahaha.. menarik!

my patient's baby... comel kan baby boy ni... so cute...... :)

Bila sudah lapar dan tidak makan ketika lunch break (sebab lebih rela tidur dari makan), makanya jam 3pm terus balik dan singgah ke KFC. Alhamdulillah rezeki ada orang belanja Cik Kz makan. yay!!!!! Kenyang kot. hahaha...Dah lama tak makan KFC di sini. Tapi alhamdulillah balik cuti hari tu sempat makan cheezy wedges so tak ada la mengidam sangat nak makan bila di sini...

the chicken zinger meal with 1 piece chicken sets... untuk Cik Kz dan orang yang belanja Cik Kz... tq so much


Baiklah itu sahaja coretan untuk hari ini. Rasa bersemangat pula mahu berblog (dengan tiba-tibanya). Mungkin sebab FB dah deactivate (tiada lagi masa dihabiskan dengan bermain game). Nanti Cik Kz update tentang kisah cuti Cik Kz ya. Tapi bila tu...tengok pada kerajinan tangan untuk menaip... hehehe 

Till then, wassalam... :)

Junior Clerkship

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Penat. Itu sahaja yang mampu Cik Kz luahkan ketika ini. Cik Kz telah pun memulakan sesi junior clerkship or boleh juga dikatakan sebagai intern. Shift untuk minggu ini bermula seawal jam 7am dan habis pada jam 3pm. Ok la kot sebab in between ada juga masa senggang untuk berehat dalam 10 minit. 

For 3 weeks Cik Kz akan berada di department O&G. Sepanjang 2 hari ini Cik Kz berada di labour room. Menarik kot. Penat tu rasa berbaloi sangat-sangat. Esok akan bertugas di ward pula but Cik Kz fikir mahu menjengah-jengah ke labour room juga sebabnya Cik Kz masih tidak berkesempatan untuk assist delivery. 

Night shift Cik Kz will be started this Sunday. Probably for a week. Kalau ada off in between, alhamdulillah. Kalau tak ada, ok bersiap sedia untuk pengsan. hehehe.. 

Just a short update. FB pun Cik Kz deactivate for the time being. Konon mahu meneutralkan diri daripada bermain dengan segala macam games. Paling utama untuk membuang addiction terhadap game CityVille (Cik Kz boleh menghadap game ni selama 4jam tanpa henti ok!). hehehe...

Baiklah, till then, wassalam... :)

Selamat Hari Ibu

Labels:

1


Assalamualaikum wbt...

Bila tiba hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei pasti orang ramai berebut-rebut mahu wish Selamat Hari Ibu kan???

So, Cik Kz pun mahu ambil kesempatan untuk mengucapkan :


SELAMAT HARI IBU

buat semua ibu di seluruh dunia
tak kira apa juga panggilannya
umi, mama, ma, mak, emak, mummy, ibu, induk...etc....
gelaran itu tetap membawa satu makna 
ditujukan kepada insan yang mengandungkan kita selama 9 bulan

Mak, 
you're the best
terbaik antara yang terbaik...
cintamu membawa ke syurga...
amin...

note: harapnya sekeping hati itu mampu dilembutkan..doa..doa dan terus berdoa..

Just The Way You Are...

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

wah..mood apakah ini. 
selalunya kita dengar versi lelaki menyanyikan untuk wanita rite?
now mari dengar versi untuk lelaki pula..
kita tengok masih sweetkah liriknya or tidak.. :)


Oh his eyes, his eyes
Make the stars look like they're not shining
His hair, his hair
Falls perfectly without his trying
He's so wonderful
And I tell him every day
Yeah I know, I know
When I compliment him
He wont believe me
And its so, its so
Sad to think he don't see what I see
But every time he asks me do I look okay
I say
When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause boy you're amazing
Just the way you are

Oh you know, you know, you know
Id never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the same
So don't even bother asking
If you look okay
You know I say
When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are

And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause boy you're amazing
Just the way you are
The way you are
The way you are
Boy you're amazing
Just the way you are

note: best lagu ni..terima seadanya seseorang itu (pasangan anda).. cause you're amazing..just the way you are... *wink*

Jangan Menitiskan Air Mata...

Labels:

0


Assalamualaikum wbt.....

Cik Kz nak share 1 video dengan semua..
mari kita hayati bersama ya...


till then, wassalam....

Selamat Hari Lahir

1



Selamat Hari Lahir 
but diri Cik Kz..

ringkas sahaja doanya
Moga Cik Kz lebih tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang..
Moga Cik Kz masih mampu mengecapi bahagia yang diimpikan...
dunia
dan 
akhirat...
amin.....