Mushroom Garlic Fried Rice ala Kampung
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt.....
Waaaaaaaaaaaa.........rasa nak nangis sebab hajat nak makan pure mushroom garlic fried terbatal secara automatiknya disebabkan kecuaian dan keterlebih rajinan tangan menyediakan segala bahan-bahan. Tengok nama menu pun pelik kan. Ada pula ala kampung. Ini disebabkan oleh (terasa macam skema pula) Cik Kz terpotong sayur-sayur yang biasa Cik Kz letak dalam nasi goreng (sawi, kobis, carrot, cauliflower..etc). Siap ada letak daging lagi. Actually mushroom and garlic Cik Kz dah prepare awal-awal lagi (a night before). Bangun pagi mamai dalam kepala fikir nasi goreng..nasi goreng cendawan... tapi tangan pula non stop memotong sayur itu ini. Bila dan campak segala bahan barulah ya Allah punah mushroom garlic fried rice. Ok sedih. (T___T)
Tapi takpalah kan. Dan jadi versi macam nasi goreng kampung but the taste of mushroom and garlic memang sangat kuat. Jom tengok resepinya. Lain kali Cik Kz buat yang propernya. Takda versi mamai or salah letak sayur-mayur lagi yer..
100 g daging batang pinang (potong halus)
4-5 kaki cendawan butang (potong halus)
7-8 ulas bawang putih (tumbuk halus)
Sayur (kobis, sawi, carrot, cauliflower, capsicum) - potong ikut kesesuaian
Cili padi - letak kalau hendak pedas
Sedikit garam, gula dan serbuk lada hitam
Minyak
Cara memasak
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cendawan dan masak sehingga cendawan layu. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk (masa ni ada aroma cendawan + garlic + daging + best!). Masukan cili padi (kalau mahu letak)
2. Masukkan segala sayur dan masak sehingga sayur sedikit layu. Masukkan nasi dan gaul sebari.
3. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam. Ratakan. Bila rasa sudah sebati tutup api.
It just a simple recepi actually. Kalau ada dried tomato lagi best. Boleh jadi mushroom tomato garlic fried rice. Best tu. Makanan yang best dimakan kalau di sini (Bangalore). Baikalah selamat mencuba. Kalau nak masak versi original jangan campak segala sayur tu ya. Kalau letak capsicum itu ok lagi, kalau dan kobis, carrot segala bagai tu dah rupa nasi goreng kampung pula. hehehe.. (gelak kat diri sendiri lagi! huuuuuuuuuuu)
Till then, wassalam... :)
note: jangan masak bila keadaan diri masih belum 100% sedar. huuuuuuu


0 Response to "Mushroom Garlic Fried Rice ala Kampung"
Post a Comment