Kuew Teow Kungfu

Labels:

0


Assalamualaikum wbt......

Nama yang unik seunik rasanya. Antara makanan favourite Cik Kz ketika di zaman kolej dahulu. Bila tengok di blog seorang rakan blogger (blognya sekarang tak boleh diaccess), terus Cik Kz jadi rindu mahu makan menu ini. Kebetulan stok kuew teow masih berbaki 1 bungkus lagi terus Cik Kz berperang di dapur. Cik Kz rujuk resepi di sini. Jom kita tengok resepinya dan as usual ada sedikit yang Cik Kz alter ikut taste buds Cik Kz.

Bahan-bahan
1 paket kuew teow
100g daging batang pinang
2-3 ekor sotong 
100g isi ayam - potong dadu
6-7 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 sudu besar sos tiram
2 sudu teh lada sulah
2 sudu teh lada hitam
2 biji telur
1 mangkuk bancuhan air tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
Sayur - cendawan, capsicum, lobak, brokoli, bunga kobis
Garam secukup rasa

Cara memasak
1. Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk dan perasakan dengan 1 sudu teh lada sulah dan lada hitam. Masukkan sedikit garam. Pukul telur tersebut sehingga sebati. Kemudian masukkan kuew teow dan ratakan. 
2. Panaskan kuali dan goreng kuew teow tersebut (macam goreng telur dadar). Boleh buat dua kali goreng (kalau tak mahu saiz terlalu besar). Goreng sehingga sedikit kekuningan, angkat dan letakkan di atas pinggan yang sedikit melengkung (senang bila dah letak kuah nanti)

Cik Kz goreng tak cantik. jadi hancur sebab melekat pada kuali. Seeloknya guna non-stick pan lagi bagus..

3. Untuk kuah pula, rebus daging sehingga empuk dan kemudian hiris nipis daging tersebut. Air rebusan daging disimpan. 
4. Dalam kuali, masukkan sedikit minyak, bila sudah panas tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging, ayam dan sotong. Masak sehingga kesemuanya empuk.
5. Masukkan air rebusan daging, sos tiram, lada sulah dan lada hitam. Kacau sebati. Masukkan sayur-sayur dan masak pada api perlahan
6. Masukkan air bancuhan tepung jagung. Tambah jika kuah tidak pekat. Perasakan kuah secukupnya dan bila sayur sudah hampir layu tutup api. 
7. Tuangkan di atas kuew teow yang telah digoreng tadi. Biarkan kuah sedikit melimpah (baru best tapi jangan sampai melimpah keluar dari pinggan yer..hehe )

kuew teow kungfu..siap untuk dimakan... :)

Alhamdulillah kenyang dan lepas hajat untuk makan menu ni. Bila makan sure teringat kisah lama di kolej. I miss the good old days. Wondering boleh lagikah merasai suasana itu kembali? Tiada yang mustahil bukan?

So far, posting ortho ok lah. Hari ini pulang awal kerana rakan Cik Kz tidak berapa sihat but now Cik Kz pula rasa badan tak sihat. Aura demam datang lagi mungkin kerana berhujan. 

Rejab datang lagi. But sedih sebab Cik Kz miss hari pertama bulan Rejab. Insya Allah esok (jika tidak demam or jika demam dan berkeupayaan) Cik Kz akan berpuasa. 

Moga Rejab kali ini membawa sejuta makna dalam diri Cik Kz dan buat semua..

Till then, wassalam... :)

0 Response to "Kuew Teow Kungfu"

Post a Comment