Telur Ikan Masak Kicap Pedas
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt....
Cik Kz sudah mula memasak kembali. Resepi simple sahaja sebab Cik Kz sungguh kelaparan sampai rasa nak pengsan (ok sangat exaggerated. hehehe). Belek-belek dalam fridge ada telur ikan yang diberi oleh Puan Fadh (telur ikan apa pun Cik Kz tak pasti). Ada 3 biji semuanya and semuanya beso-beso belaka. Simplest recipe would be masak kicap la kan. Jom tengok resepinya..
Bahan-bahan
3 biji telur ikan
1 labu bawang besar *
5-6 ulas bawang putih *
2 sudu besar cili giling *
1/2 inci halia *
3 sudu besar kicap
1 sudu kecil serbuk kari
1 biji tomato - belah 4 atau 6
Sedikit minyak
Serbuk kunyit, garam, gula dan serbuk perasa
Kisarkan bahan bertanda *
Cara memasak
1. Bersihkan telur ikan. Lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya dan perap selama 5 minit. Panaskan kuali dengan minyak dan goreng sehingga telur sedikit garing. Angkat dan tuskan
2. Dalam kuali yang sama tinggalkan sedikit minyak. Masukkan bahan kisar dan masak sehingga kuah pekat. Tambah serbuk kari dan kicap. Masak pada api yang sederhana sehingga kuah mendidih.
3. Masukkan telur ikan kacau sebati. Jatuhkan tomato. Masukkan serbuk perasa, garam dan gula. Bila rasa sudah ok tutup api.
Cik Kz makan bersama sayur kobis goreng dan nasi putih yang panas. Alhamdulillah sungguh berselera. Rasa telur ikan ini hampir sama dengan rasa ikan. Cuma Cik Kz tak pasti ini telur ikan spesies apa memandangkan Puan Fadh juga tidak pasti tentang hal tersebut.
Baiklah, selamat mencuba ya.
Till then, wassalam.. :)


0 Response to "Telur Ikan Masak Kicap Pedas"
Post a Comment