Showing posts with label Ramadhan 1432. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 1432. Show all posts
Diari Ramadhan 25
Labels: Ramadhan 1432 coretan hati Cik Kz
0
Assalamualaikum wbt.....
I ate this for iftar. Eh. bukan few hours after iftar. Masa berbuka masih belum siap memasak. So, berbuka dengan kurma dan air then solat. Siap memasak Cik Kz rasa penat dan berehat seketika. Rehat-rehat pun sedar dah pukul 10 malam kot. Terawih sendiri sahaja then barulah makan makanan berbuka. Alhamdulillah, rezeki untuk hari ni : fetuccini goreng basah
Alhamdulillah 1 more to go before boleh balik. So, tadi selepas selesai paper OBG Cik Kz keluar di sekitar B.E.L Road. Misi pertama membeli handphone yang dipesan oleh adik Cik Kz. Done!.
Misi kedua membeli beras yang dipesan oleh kawan Cik Kz. Done! But then Cik Kz beli papad juga sebagai ole-ole from India cause Cik Kz dan kehabisan idea nak beri apa. Nak bagi manisan takut tak makan pula kan. Takut tak kena selera membazir pula. hehehe..
Ada misi tidak berjaya lagi. Tambahan kepada pesanan yang tersedia. Membeli stok papad untuk mak Cik Kz yang sangat bersemangat memasak nasi minyak untuk open house nanti. Esok misi akan dilaksanakan sebaik sahaja selesai exam OBG paper 2. Dan misi mencari buah delima untuk mak Cik Kz. Ok. Untuk atuk sekali.
Then, balik Malaysia la apa lagi kan. hahahaha...... :P Tak sabar yay!. Esok kena settlekan semua evaluation form submission, recheck markah and then hantar log book. Semua sudah settle (alhamdulillah). Ok. Now perlu hadap buku gynae ni pula. Nanti ada yang blurr jawab exam macam tadi boleh pula melayang jap kan. huhuhu...
Till then, wassalam.... :)
Diari Ramadhan 24
Labels: Ramadhan 1432 coretan hati Cik Kz
0
Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah dah habis dah 2 paper surgery. So, tinggal lagi 2 paper. Obstetrics and Gynaecology. Ini bermakna lagi 2 hari Cik Kz akan pulang. yay!!!!!
After exam surgery tadi Cik Kz went out for a while to buy something for family. Mak suruh beli something but when Cik Kz asked why she just replied. Beli aje la. Kalau tak ada bagitau ok. What is it? Tengaklah pic di bawah ye.....
Its a henna a.k.a inai. Mak pesan suruh beli. So Cik Kz pun carilah henna serbuk. Kalau ikutkan ada je inai pokok di rumah atuk but then sah-sah masing-masing kurang kerajinan nak menumbuk inai di hari raya ni. Adalah tu adik-adik Cik Kz yang ingin beraya sakan. Siap berinai bagai.
Insya Allah mak Cik Kz nak masak nasi minyak for hari raya. weeee. That's so rare actually but then best juga sebab dah lama tak makan nasi minyak air tangan mak Cik Kz. Tak sabar ok!
Baiklah, haruslah mengundurkan diri untuk persediaan next paper. 2 more then I'm done. Boleh balik dengan hari yang separa gumbira.. hehehe...
Till then, wassalam... :)
Diari Ramdhan 23
Labels: Ramadhan 1432 coretan hati Cik Kz
0
Assalamualaikum wbt....
Gambar kat bawah ni semua gambar dinner Cik Kz. Untuk dua hari exam ni. So unhealthy kot. Ketidak-kerajinan untuk memasak. Mood fluctuated dan rasa cam tak berapa nak rajin untuk makan. Just craving for air je. Boleh kurus tak kalau macam ni before balik raya? hahaha... :P
2 keping daging burger Ramli, 2 batang sosej dan 1 biji telur dadar. Makan dengan sos cili life, mayonis dan blackpepper sauce..
maggie asam laksa... all favourite time....penuh dengan sayur-sayuran dan juga ada bunga kantan di situ yer.. hehe.. :P
Alhamdulillah, Cik Kz done with paper Medicine. Just pray for the best. Pening kepala memang tak habis lagi. Esok dan lusa paper surgery pula then comes the OBG. Then balik kot!!!! hahaha...
4 papers = 4days of going back to Malaysia!!!
yay!
Baiklah, Cik Kz nak habiskan dinner Cik Kz yang tak seberapa ni. Then, sambung study surgery kena baca ortho juga untuk esok.
Till then, wassalam... :)
Diari Ramadhan 22
Labels: Ramadhan 1432 coretan hati Cik Kz
0
Assalamualaikum wbt
Headache! Sakit kepala menjawab soalan medicine hari ni. ya Allah PBL style ni memang menyesakkan otak betul untuk memikirkan segala probable diagnosis.
Soalan long essay tadi cukup buat Cik Kz migraine. Cik Kz sendiri jadi confuse dengan jawapan Cik Kz. It's a lil bit rare soalan actually (bagi Cik Kz la) for other Cik Kz tak tau la kan. Yang lain boleh juga la jawab dan menghentam bagai but funny thing is Cik Kz boleh lupa how to label the HIV structure. Lukis bukan main lagi bila tang label terkial-kial. hahaha.. funny me!
Memandangkan bahagian CNS done now kena focus more on CVS. Kali ni siapa la yang setup soalan ye. Dr. Indu setup soalan memang penuh dengan soalan CNS yang rare la kan. Kalau tengok dalam senarai common case yang diberi Dr. Asha rasanya tak adalah pula lateral medullary disease tu kan..aiyaaa... So, should Cik Kz read rare case in CVS???
Sakit kepala tak habis lagi ni. Ikutkan hati mahu je tidur lagi but since tak mau jadi kes terkejut dengan soalan lagi so adalah baik Cik Kz study and study lagi then habis exam tidur.
Baiklah, nak sambung study dermatology and psychiatric pula. Jangan esok jadi kes depression pula ye!
Till then, wassalam... :)
note: headache..syuh..syuh..main jauh-jauh la..
Diari Ramadhan 21
Labels: Ramadhan 1432 coretan hati Cik Kz
0
Assalamualaikum wbt.....
All the best to perintis batch!!
till then wassalam....
Cik Kz ketiduran sepanjang malam kerana mengalami sakit kepala dan rasa sangat weak.
Hope paper hari ni (Medicine Paper 1) ok la...(jangan keluar soalan aneh-aneh)
All the best to perintis batch!!
till then wassalam....
Diari Ramadhan 20
Labels: Ramadhan 1432 coretan hati Cik Kz
0
Assalamualaikum wbt....
Selesai sudah 1 paper. Done with kanak-kanak. Soalan versi baru which is clinical based question. If you got wrong diagnosis then the whole answer is wrong ok! berkerut dahi masa menjawab soalan sebab takut mana tau salah diagnosis ke kan. After selesai exam, Cik Kz and Cik Seti decided to go out. At first Cik Kz bercadang nak pergi ke CS je but then Cik Seti comes out with the idea of going to Chickpet to buy sarees since both of us memang nak buat sarees hunting. CS pergi next time in between exam which is yang mana paper rasa tak terbeban. We went there by autorickshaw je cause tak berapa nak pasti route and to prevent sesat..
Ramai manusia di Chickpet and kami masuk ke our favourite shop only. Senang tak payah serabut and of course those uncles memang dah cam muka kami ni ha. Bab discount is not a big problem anymore. Boleh dapat a very cheap and cheap price la.
Cik Kz bersama longgokan sarees....
Sempena Ramdhan ni (orang sini sebut Ramzan), material kain kebanyakannya adalah chiffon. Dari light chiffon, pure chiffon, crepe chiffon, laser chiffon and etc... and beaded (dalam bahasa sini chunky) type sarees banyak. Memang rambang mata. Nak beli yang chunky rasanya macam tak berapa nak sesuai kot. hehehe. Just beli yang light chiffon (for siblings) and jacquard material je.
light chiffon untuk adik beradik perempuan...
hasil tangkapan...
dah siap masuk dalam box gabus..packing siap-siap...
Alhamdulillah done with sarees. A few things lagi kena beli. But tengok kesempatan masa as I said if paper yang tak terbeban and then the mood after exam ok then baru keluar ke bandar especially CS tu if not tak ada la kot. huhuhu. To other barang boleh beli dari kedai dekat-dekat rumah je.
For Cik Kz, I have special place to buy certain things sebab due to price and kepuasan membeli. For example:
- CS (Commercial Street): kurta, kain salwar kamiz, sourvernior (such as Taj Mahal), shawls, then boleh singgah ke Russel Market to buy sayur-sayur yang exotic (yang jarang jumpa kt Yeshtwanpur)
- Mantri Mall : household (minyak, gula, garam...etc..)
- Chickpet : sareesssssss!!!!!
- Brigade Road : gadjet (ada nokia, bb store), daun pandan (kat Nilgiris) and Bangalore t-shirt, fridge magnet
- Yeshtwanpur : pasar beli sayur dan barang basah
- City Super Market (B.E.L Road) : beras basmathi (memang banyak sangat-sangat diskaun)
It's ok for me to spend more money on auto or duit minyak skuter cause I know in turn bila dah tolak duit auto semua tu still Cik Kz untung lagi cause I can get much much cheaper price for same item yang beli di kedai lain. Tak kisahlah jauh ke apa ke janji puas hati and rasa berbaloi. Nanti tak ada la kes merungut barang mahal pastu tak berbaloi. Right?
Baiklah. Cik Kz need to do something first. Then nak rehat. I need a rest. A very good rest. Esok ajalah sambung study kan. Lagipun tadi berhujan juga sementara tunggu auto untuk balik. Rasa seram sejuk pula sekarang ni
Till then, wassalam...
note: rasanya entry terpanjang untuk diari Ramadhan kali ini...
Diari Ramadhan 19
Labels: Ramadhan 1432 coretan hati Cik Kz
0
Assalamualaikum wbt...
Exam fever starts now!!!
1 week battle in the examination hall...
May Allah ease my way....
amin.....
Menjemput Bidadari
Labels: General , Motivation , Ramadhan 1432 coretan hati Cik Kz
0
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga
Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri
Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari...
Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata
Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri
Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan
Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna
Diari Ramadhan 17
Labels: Ramadhan 1432 coretan hati Cik Kz
0
Assalamualaikum wbt..
Hari ini iftar makan makanan bergoreng lagi. Hoyeah mee goreng basah maa... nyum-nyum. My last stock mee kuning. Lama tak Cik Kz simpan? hehehe.. Ok banyak Cik Kz bawa hari tu sebab tu lambat sedikit nak habiskan tu.
Resepi? Sama je macam kuew teow goreng. Letak udang juga. Memang musim makan udang sekarang ni pastu habis muka macam allergic jer but betul ke Cik Kz allergic udang? Dulu masa sekolah dulu memang tak boleh nak makan naik gatal satu badan then jadi macam bintat gegata tu. But kali ni just gatal sikit-sikit yang boleh tahan la. Tak allergic kot..hehehe...
Baiklah, tak boleh nak coret banyak-banyak. Cik Kz sangat cuak dengan exams ni. adoi la...
Till then, wassalam....
note : where is BB service center kat malaysia yer????
Diari Ramadhan 15
Labels: Ramadhan 1432 coretan hati Cik Kz
0
Assalamualaikum wbt....
Sekarang sudah mula sesi blackout di sini. Untuk hari ni saja Cik Kz tak tau la berapa kali kan. Sebelah pagi memang tak tau coz Cik Kz in the hospital.
The best is tengah-tengah malam tadi masa khusyuk study pasal liver ni tiba-tiba tup blackout. Ok fine. Ingat sekejap la kan. 15 minutes later electric ada semula. Happy. But it just for 5 minutes kot then blackout again. Semangat berkobar lagi ni so bertahan lagi. But after an hour still tak ada elektrik lagi.
What to do. Tarik selimut. Selubungkan diri sahajalah. Bergelap gelita ni. Tak kan nak study guna cahaya from lappy kan nanti bertambah rabun pula mata nanti. Not so cool and nice la nanti. Dah la Cik Kz memang kurang gemar bercermin mata walhal memang ada sepasang pun (for astig problem)
Malas nak merungut lebih la kan. It just. Incredible India. huhuhuu....
Baiklah, till then, wassalam... :)
Diari Ramadhan 14 + Kuew Teow Goreng
Labels: Ramadhan 1432 coretan hati Cik Kz
0
Assalamualaikum wbt....
Hari ni berbuka dengan kuew teow goreng. Mula buat tu basah lagi bila time berbuka jadi kering pula. So, final recepi become kuew teow goreng. Ada udang beso-beso tu. nyum-nyum. This is the last stock of kuew teow. But it's ok. Nanti dah nak balik kan. yay!!!!! hehehehe...
Tepek gambar aje lah yer. Rasanya pernah dah Cik Kz letak resepi kuew teow goreng ni. Ala. Kalau tak letak pun resepi lebih kurang sama je dengan mee goreng cuma Cik Kz tumis dulu udang, ayam and daging. Pastu Cik Kz cover kuali dengan tutup kuali for a while then masak macam biasa. The other different thing is Cik Kz pakai kicap pekat since my kicap stok yang konon pekat (tak sepekat kicap pekat ni) dah habis. Lagi best rupanya. Dah warna kuew teow lagi sangat cantik. hehehe.
sila jangan jeles....hehehe... ok tau kat malaysia banyak kuew teow...tak yah jeles lah yer...
Oklah. Cik Kz tepek la resepi ya. Rasa macam tak best je tak letak resepi kan sebab rasa cam apa eh (sebab tengok gambar dulu tak comel kot dan baru perasan resepi lain. hahahaha)..Jom tengok resepinya ok!
Bahan-bahan
1 bungkus kuew teow
100 g isi ayam - potong dadu
100g udang (Cik Kz letak dalam 5 ekor udang beso-beso)
100 daging - hiris nipis
2 ekor sotong (saiz sederhana besar- hiris nipis)
1 ketul fish cake - hiris nipis
2 sudu besar cili kering yang telah dikisar *
1 labu bawang besar - belah 6 *
5 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat (boleh kurangkan)
2 sudu besar kicap manis
Sayur-sayur - sawi, kobis, lobak, kacang panjang, tauge
1 biji telur
Garam, gula dan serbuk pati ayam
Cara memasak
1. Kisarkan bahan bertanda *. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan udang, ayam, daging dan sotong. Biarkan sehingga masak (tutup kuali dengan penutup). Masukkan bahan yang telah dikisar. Masak sehingga kuah hampir pekat.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap dan kicap pekat. Masak sehingga sebati and kuah agak likat. Kemudian pecahkan telur dan kacau perlahan. Masukkan sayur (kecuali tauge). Gaul sebati. Masak sehingga sayur sedikit layu.
3. Masukkan kuew teow dan sebatikan. Masukkan tauge. Masukkan garam, gula dan serbuk pati ayam secukupnya. Ratakan masakan. Dan biarkan (jangan kerap kali kacau nanti kuew teow hancur)
4. Masak sehingga kuew teow jadi lembut (since kuew teow Cik Kz a lil bit frozen. kalau yang biasa masak sampai masakan tu ok. nampak sebati and rata). Bila rasa sudah ok tutup api..
udanggggg...nyummmmmmm......
I like udang (ok tiba-tiba). Sekarang Cik Kz kerap makan udang. Rasa nikmat bila makan udang yang fresh ni tau. hehehe.. Baiklah. Nak study la pula. Dekat dah sangat-sangat exam ni. Pastu nak balik raya lak kan. hahaha... Kata mak, stok kuih tart nenas Cik Kz dah siap. yay! thanks to mak and my sis, Ina. Cik Kz memang lemah la bab buat kuih raya ni. Tak berapa nak rajin ok. Lagi satu selalu kena marah ngan adik hahaha. So, kita biarkan aje dia yang buat sorang-sorang and Cik Kz handle benda lain kan..kan..kan... :D
Till then, wassalam... :)
Diari Ramadhan 13
Labels: Ramadhan 1432 coretan hati Cik Kz
0
Asssalamuaikum wbt..
Alhamdulillah dah 14 hari dah puasa. Hari ni Cik Kz masak nasi ayam penyet (macam dalam previous entry). Actually nak buat satu je entry senang but then rasa cam tak best jer. Since Cik Kz memang terlebih rajin nak menaip so jadilah 2 entri.
Hari ini Cik Kz tak buat apa pun. Habiskan masa di rumah je. Study. Study. Study. Naik juling mata ni ha. But harus bertahan. Tak lama dah kan nak habis. Sikit je lagi. Then I'm free. ok. At least for a while la kan. hehee..
Ikut hari ada lagi 2 minggu Cik Kz akan pulang. yay! hahaha. Bila sebut cuti bukan main semangat. Bila study bukan main liat lagi. heeee.. Adatla kan. Nak balik jenguk mereka yang tersayang. miss them much much!
Baiklah, tak boleh nak taip lebih-lebih. Dah habis masa untuk merehatkan diri. Study time.
Till then, wassalam... :)
Diari Ramadhan 12
Labels: Ramadhan 1432 coretan hati Cik Kz
0
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah dah sebelas hari puasa kan. Pejam celik dah nak separuh dah Ramadhan tahun ni. Tak lama lagi Nuzul Al-Quran pula akan tiba dan seterusnya malam terakhir di mana salah satu malam itu terselit Lailatulqadar... :)
Hari ni Cik Kz keluar ke bandar (again). Banyak berhabis tu. Tapi bukanlah tahap membazir, it just satu keperluan (cewah ayat cover).
Iftar Cik Kz di Hae Kum Gang. Kenyang sungguh orang tak makan nasi ni ye. Alkisah rumah kehabisan gas dan tak dapat nak beli gas baru. Maka kelaparan la semalam. Bukan tak ada makanan cuma tak boleh nak masak secara proper and its really menyeksakan (ha merungut lagi!)
A bit ketenangan boleh keluar lagi. Lama sangat terperuk di rumah. Hujung minggu di rumah. Bukanlah shopping itu satu kemestian cuma bagi Cik Kz kadang-kadang kita perlu berjalan tengok alam, tengok orang supaya rasa lebih tenang. Ok. Memang la serabut ramai orang but then bila tengok gelagat orang kita kadang-kadang tak sedar yang kita boleh tersenyum rite?
Baiklah, since Cik Kz so tired banyak jalan, Cik Kz perlu rehat lebih awal then baru bangun untuk sahur and study skit. Exam memang just around the corner. Banyak tak cover lagi ni...
Till then, wassalam... :)
Diari Ramadhan 11
Labels: Ramadhan 1432 coretan hati Cik Kz
0
Assalamualaikum wbt...
Hari ini Cik Kz banyak-banyak stress, banyak-banyak menguji kesabaran Cik Kz. Fuhh... tarik nafas dalam-dalam dan istighfar banyak-banyak. Cool down skit. But rasa serabut then Cik Kz decide untuk keluar ke bandar jalan-jalan. But Cik Kz tau bila macam ni Cik Kz akan end up beli banyak barang.
So, Cik Kz went to Mantri Mall. Jalan-jalan. Pusing mall tanpa arah tujuan. Nak makan tengah puasa. Belum berbuka. Then, masuk ke Spar. Habis! hahaha. Cik Kz rembat 2 set tupperware. Ok bukanlah brand tupperware sebab susah skit nak cari brand tu kat sini, then beli food items banyak-banyak, angkut minyak sampai 3 liter etc...
hasil tangkapan...
Untuk iftar Cik Kz beli KFC sebabnya kat rumah gas habis dan katanya gas takkan ada delivery until esok harinya. But yang pelik kedai gas buka je maybe pekerja tu nak mengelat la tu. hehehe...
Terapi berjaya. A lil bit lega la juga. Takda la hot-hot dan. hahaha. I know the best therapy is actually to be as much as closer to Him. Recite al-Quran and zikr rasa tenang terus..
Baiklah, time to study lagi. Till then, wassalam.. :)
Diari Ramadhan 10
Labels: Ramadhan 1432 coretan hati Cik Kz
0
Assalamualaikum wbt.....
Well nothing much to say just Cik Kz is not feeling very well lagi. Aiyaa.. lama sangat sakit. Physical and mental illness. heee...
Just pray to Allah that I'll get well soon. Kadang-kadang sakit lama-lama as in demam lama-lama ni best juga sebab boleh cuci dosa. :)
As for iftar Cik Kz just makan daging burger Ramli yang Cik Kz angkut form Malaysia. Makan dengan salads then makan banyak-banyak kurma. Nak masak memang super tak ada mood pula. Tengok la untuk iftar esok macam mana. Rasa macam nak keluar ke bandar. Jalan-jalan. Ada hati nak keluar walaupun keadaan diri tak berapa nak ok. hehehe
Baiklah, sambung tidur semula. Asyik-asyik tidur aje. But it is not a deep sleep pun sebab almost every hour Cik Kz akan bangun...
Till then, wassalam... :)
note: sakit luar nampak..sakit di dalam...sendiri tanggung la...
Diari Ramadhan 9
Labels: Ramadhan 1432 coretan hati Cik Kz
0
Assalamualaikum wbt....
Main hujan lagi hari ini. Berhujan masa on the way ke hospital. Bila sampai area hospital (turun dari flyover) tak ada hujan pun ya. Memang kering betul area hospital. Bila sampai dengan baju and kain yang basah orang di kawasan hospital pun aneh dengan Cik Kz dan Cik Seti. But what to do. Memang berhujan lebat pun. Buat selamba sahajalah kami.
Hari ini, alhamdulillah settle 2 log book sudah berhantar. Tinggal surgery dan medicine sahaja. Surgery dari pukul 2 menanti doctor sehingga jam 5 tidak muncul. Rupa-rupanya on leave. Nice! Semalam pesan pada kami supaya datang sebelah petang for presentation and proposal submission sekali on leave maa.. adess. Patutlah dah tawaf hospital sampai ke OT tak jumpa-jumpa. *kesabaran*
As for iftar Cik Kz masak kuew teow kungfu bak kata mak tak habis-habis dengan kungfu dia. hehehe. Kali ni alhamdulillah successful untuk bahagian kuew teow. Jadi cantik molek seperti yang sepatutnya. Alhamdulillah. Ada banyak lagi dan boleh dibuat lauk bersahur sekali.
For toninght Cik Kz kena siapkan log book for elective pula. Kalau dah siap nanti boleh hantar terus pada doktor hari esok. Senang settle awal lega, tak terkocoh-kocoh lagi.
Baiklah, kena sambung buat kerja but before that kita minum air neslo dulu. hehehe...
Till then, wassalam... :)
Diari Ramadhan 8
Labels: Ramadhan 1432 , Recipes coretan hati Cik Kz
0
Assalamualaikum wbt....
Despite of not feeling very well, Cik Kz merajinkan diri untuk ke pasar juga petang tadi. Sebabnya Cik Kz terlalu teringin nak makan ketam. Rasa macam mengidam nak makan ketam masak lemak cili api lepas tu letak daun kunyit sekali. Mesti rasa lain kan. Cik Kz ada banyak stock dry tumeric leaves as kononnya bawa sebab kononnya tak balik raya la kan. So ala-ala niat di hati nak buat rendang sambut raya di bumi India yang permai ni.
But end up niat sekadar niat sebabnya Cik Kz bakal balik lagi. ahahaha. Tak sampai. Eh sampai sebulan dari balik hari tu Cik Kz balik lagi. weheeew. Kali ini arahan dan permission dari a very-very big boss. Yes abah! thanks sangat-sangat. Sayang abah!
So, let see the picture la. Resepi ketam masak lemak cili api ni pun Cik Kz dah pernah tepek sebelum ni. Boleh godek-godek from here.
masak lemak ketam...pilih yang jantan ye sebab banyak isi..baru puas hati makan..
Alhamdulillah rezeki. Walaupun memang lah sangat kelam kabut but then Cik Kz puas hati. Terlepas hajat. Ada lagi satu keinginan yang tak tertunai lagi. Insya Allah dalam masa terdekat ini bakal terlaksana. Oh tekak. Masa sakit macam-macam rasa teringin ye.
Baiklah, haruslah Cik Kz meneruskan sesi menulis sambil menaip proposal untuk elective. Our lovely Dr. Anoop mahu versi proposal bukan versi surat rasmi. Adess...
Till then, wassalam... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
















