Diari Ramadhan 14 + Kuew Teow Goreng

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Hari ni berbuka dengan kuew teow goreng. Mula buat tu basah lagi bila time berbuka jadi kering pula. So, final recepi become kuew teow goreng. Ada udang beso-beso tu. nyum-nyum. This is the last stock of kuew teow. But it's ok. Nanti dah nak balik kan. yay!!!!! hehehehe...

Tepek gambar aje lah yer. Rasanya pernah dah Cik Kz letak resepi kuew teow goreng ni. Ala. Kalau tak letak pun resepi lebih kurang sama je dengan mee goreng cuma Cik Kz tumis dulu udang, ayam and daging. Pastu Cik Kz cover kuali dengan tutup kuali for a while then masak macam biasa. The other different thing is Cik Kz pakai kicap pekat since my kicap stok yang konon pekat (tak sepekat kicap pekat ni) dah habis. Lagi best rupanya. Dah warna kuew teow lagi sangat cantik. hehehe.

sila jangan jeles....hehehe... ok tau kat malaysia banyak kuew teow...tak yah jeles lah yer...

Oklah. Cik Kz tepek la resepi ya. Rasa macam tak best je tak letak resepi kan sebab rasa cam apa eh (sebab tengok gambar dulu tak comel kot dan baru perasan resepi lain. hahahaha)..Jom tengok resepinya ok!

Bahan-bahan
1 bungkus kuew teow
100 g isi ayam - potong dadu
100g udang (Cik Kz letak dalam 5 ekor udang beso-beso)
100 daging - hiris nipis
2 ekor sotong (saiz sederhana besar- hiris nipis)
1 ketul fish cake - hiris nipis
2 sudu besar cili kering yang telah dikisar *
1 labu bawang besar - belah 6 *
5 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat (boleh kurangkan)
2 sudu besar kicap manis
Sayur-sayur - sawi, kobis, lobak, kacang panjang, tauge
1 biji telur
Garam, gula dan serbuk pati ayam

Cara memasak
1. Kisarkan bahan bertanda *. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan udang, ayam, daging dan sotong. Biarkan sehingga masak (tutup kuali dengan penutup). Masukkan bahan yang telah dikisar. Masak sehingga kuah hampir pekat.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap dan kicap pekat. Masak sehingga sebati and kuah agak likat. Kemudian pecahkan telur dan kacau perlahan. Masukkan sayur (kecuali tauge). Gaul sebati. Masak sehingga sayur sedikit layu.
3. Masukkan kuew teow dan sebatikan. Masukkan tauge. Masukkan garam, gula dan serbuk pati ayam secukupnya. Ratakan masakan. Dan biarkan (jangan kerap kali kacau nanti kuew teow hancur)
4. Masak sehingga kuew teow jadi lembut (since kuew teow Cik Kz a lil bit frozen. kalau yang biasa masak sampai masakan tu ok. nampak sebati and rata). Bila rasa sudah ok tutup api..

udanggggg...nyummmmmmm......

I like udang (ok tiba-tiba). Sekarang Cik Kz kerap makan udang. Rasa nikmat bila makan udang yang fresh ni tau. hehehe.. Baiklah. Nak study la pula. Dekat dah sangat-sangat exam ni. Pastu nak balik raya lak kan. hahaha... Kata mak, stok kuih tart nenas Cik Kz dah siap. yay! thanks to mak and my sis, Ina. Cik Kz memang lemah la bab buat kuih raya ni. Tak berapa nak rajin ok. Lagi satu selalu kena marah ngan adik hahaha. So, kita biarkan aje dia yang buat sorang-sorang and Cik Kz handle benda lain kan..kan..kan... :D

Till then, wassalam... :)

0 Response to "Diari Ramadhan 14 + Kuew Teow Goreng"

Post a Comment