Diari Ramadhan 6
Labels: Ramadhan 1432 , Recipes
0
Assalamualaikum wbt......
Moh tengok gambar kat bawah ni. Ada kecur air liur tak? hahaha. Macam apa sahaja gelaknya. Ok. Itu tanda Cik Kz semakin sihat. Alhamdulillah boleh dikatakan demam kebah. Lepas berbuka tadi badan Cik Kz naik panas lagi. Terus Cik Kz rehatkan diri dan alhamdulillah now dah ok la juga. I'm awake to finish up all workloads yang bersepah, bersusun dan tak tersusun. heee...
baked honey chicken...Cik Kz style...
Atas tu adalah menu berbuka Cik Kz. Ala-ala western sedikit hari ini. Niat asal nak buat ayam penyet tapi ada bahan yang kurang di rumah ni so to be continued la jawabnyer. Resepinya so simple : perap ayam bersama madu, gula, garam, sos cili, kicap, lada sulah, lada hitam, serbuk cili dan serbuk kunyit. Perap dalam 2-3 jam then bakar sampai masak. Bahan-bahan agak-agak sahaja ye.
Cik Kz makan bersama baked potato, salads, coeslow and nasi goreng cina. Asal tak mahu makan nasi but then rasa nanti boleh pengsan tak makan nasi tengah sakit-sakit ni. Dah la semalam berbuka dengan maggie je. Tu pun nasib la rasa nak makan time demam ni.
Baiklah. Cukuplah dulu kot diari Ramadhan hari ini. Tak banyak Cik Kz buat hari ini melainkan merehatkan diri sepanjang hari sebab rasa tak larat nak buat apa sangat. Esok ada 2 presentations and kena submit segala bagai log books la and macam-macam la. adess..
Till then, wassalam... :)


0 Response to "Diari Ramadhan 6"
Post a Comment