Tuna Bowties
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt....
Pheww..penat memikirkan macam mana mahu menghabiskan lebihan bowties (pasta) yang Cik Kz terlebih rebus malam tadi. So as for breakfast errr brunch hari ini Cik Kz buat kuah tuna. A very simple dish but memang terlebih kenyang. Jom tengok resepinya....
Bahan-bahan
Bowties Pasta (Cik Kz guna brand San Remo)
1 tin tuna mayonis
1 sudu cili blend
1 batang cili hidup - hiris halus
1 biji tomato - potong dadu
1 labu bawang besar - mayang halus
5/6 ulas bawang putih - dihiris halus atau ditumbuk
Sedikit minyak, garam dan serbuk perasa
Cara memasak
1. REbus bowties sehingga empuk (lebih kurang 10-15 minit) dan tus.
2.Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili blend dan masak selama 5 minit.
3. Masukkan tuna dan gaul sebati. Pastikan api perlahan. Masukkan tomato dan cili hidup. Masak selama 5 minit.
4. Tambah sedikit garam dan serbuk perasa kemudian tutup api. Hidangkan bersama bowties yang telah direbus
Tara simplekan. Actually memang Cik Kz kurang rajin mahu masak-masak but mengenangkan bowties yang tak terhabis tu nanti jadi suatu pembaziran pula. Penat tu angkut special dari Malaysia sebabnya sebungkus pasta brand San Remo di Malaysia baru harganya RM4.90 but in India ni kalau dah diconvert to RM mau jugak dalam berbelas ringgit. Mahal kot.
So, enjoy the menu. Sesuai untuk orang yang nak cepat macam Cik Kz.. hehehe...
Till then, wassalam.. :)


0 Response to "Tuna Bowties"
Post a Comment