Farewell Sister Vinu...
Labels: Life
0
Assalamualaikum wbt.....
Misi Cik Kz sekarang adalah menghabiskan segala entri tertangguh yang berkepuk sebagai draft. Ok. Cik Kz tau Cik Kz jarang update blog. Cik Kz tak rajin. huhuhuhu. Baiklah berbalik kepada title entry ni, group kecil Cik Kz (5B) telah membuat sedikit farewell makan-makan for Sister Vinu which was held on 30 June (sekarang dah 8 Julai baru mau update ka???). Eh, bukanlah makan-makan yang grand pun setakat puding roti aja. Cik Kz konon-konon nak masak mee goreng sekali mee goreng dalam mimpi je. Bad me. :(
Sister Vinu ni kira sister yang paling kamcing dengan group Cik Kz sepanjang posting di O&G. Sepanjang posting malam di department tersebut memang dengan Sister Vinu. Macam-macam yang diajar sampai semua benda kami boleh buat including IV cannula, draw blood, urinary catheterisation etc.. (benda basic je pun tapi tak selalu dapat buat) Sekali ajar then terus sister bagi buat semuanya. Best sangat-sangat.
After this takda la sister yang sekamcing ni lagi. Ramai lagi yang kamcing but we gonna miss sister Vinu... Cik Kz pasti rindu saat-saat kena cepuk dengan sister (Cik Kz memang selalu kena cepuk. almost everyday kot.huhuhu tambah kalau faham apa yang dia duk gossip bersama dengan sister lain). Rindu juga kena tarik sebab tak bagi nak rehat untuk tidur, kena teman sister siapkan progress report. hahaha. Ok. Kalau ingat jadi rindu. Nanti jadi sedih pula kan.
sesi suap fruit cake yang dibawa oleh Sister Vinu..
informal picture..
jadi formal balik sebab Dr. Sonia suruh jangan sengetkan badan..
Cik Kz respect la Sister Vinu. Berhenti ya. Resign sebab nak tumpukan perhatian kepada family. She is hold the highest position kat LDPR tu but dia sanggup lepaskan jawatan tu. Pengorbanan tu. Apa-apapun, kami semua doakan Sister Vinu happy-happy sentiasa dan sentiasa bahagia dengan familynya..
Baiklah. Kena rehat ni. Malam nannti sambung posting malam di surgical department. Tapi (ada tapi lagi.hehehe) kena kemas bilik dan mendobi baju dahulu. Serabut ayam bilik Cik Kz sekarang ni. heee.. :P
Till then, wassalam






0 Response to "Farewell Sister Vinu..."
Post a Comment