Corat-coret Cuti
Labels: Family
0
Assalamualaikum wbt....
Sudah seminggu lebih pulang ke Malaysia, maka sudah seminggu lebih jugalah blog ini bersawang. Nasib baik tidak ada sawang labah-labah muncul..hehehe...
Zoo Negara... Sampai sahaja di KLIA dan bertemu adik-adik, masing-masing sibuk bercerita mahu ke zoo dek kerana Along telah berjanji mahu membaawa mereka ke sana. Usai segala urusan terus sahaja ke zoo. Adik-adik kelihatan sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama mereka ke sana. Itulah hakikatnya. Kalau diikutkan Kuala Lumpur-Temerloh itu tidak jauh tetapi kesempatan itu yang tidak kunjung tiba.
Selesai menjelajah zoo, tiba masa untuk pulang. Adik mula merengek mahu ke Lentang pula. Cik Kz sudah kepenatan. Seharian tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sanggup adik berjaga sepanjang perjalanan semata-mata mahu memastikan abah akan singgah ke Lentang. Dan misi tersebut berjaya. Mandi-manda sesuka hatilah mereka petang itu. Tepat jam 4 kami semua berangkat pulang.
Tiba di rumah, saat paling terindah. Bersantai dan berehat-rehat. Seronoknya. Tetapi tidak lama. Esoknya (Ahad) ke KL. Misi mencari buku-buku dan novel-novel harus diteruskan (gambar dalam next entry ya). Borong novel; sepuluh buah kesemuanya. Al-Quran tajwid juga sempat dicapai.
The best part is I was very tired. Super duper tired sehingga tidak mampu untuk berjalan di Times Square. Just let my sister, Ina and Ainun berjalan-jalan dan shopping. What I did is sitting on the bench, jaga semua barang dan berehat. Ada juga terlentok-lentok. Bahana tidak mendapat cukup rehat dan terlalu mengejar pesta buku..hahaha... :P
Oh ya, cuti ini banyak resepi baru dipelajari. Tapi sayang tidak dapat menangkap gambar kerana my cammy tersayang menunjukkan tanda-tanda kemerajukan. Adakah kerana gurauan mahu membeli SLR terus cammy merajuk??? Jangan merajuk ya cammy. U still the best in my heart. My precious cammy...lalala... :D
Opss.. masa untuk menolong mak membuat kerja di dapur.
Akan bersambung lagi bila kelapangan tiba dan diri tidak letih...
Till then, wassalam...


0 Response to "Corat-coret Cuti"
Post a Comment