Kembali Pulang...
Labels: Life
0
Assalamualaikum wbt....
Sudah hampir seminggu selamat tiba di bumi India ini. Hari pertama ke hospital sangat memenatkan. Sudah lama tidak berdiri dengan kadar yang lama. Mana tidaknya, pulang ke rumah asyik berbaring-baring di atas sofa. Paling lama berdiri pun 30 minit dek kerana memasak. 4 jam berdiri sungguh meletihkan. Pulang dari hospital rebah di katil dahulu. Penat sungguh lagaknya.
Seperti biasa, balik ke kampung halaman berkilo-kilo stok makanan dibawa. Tempoyak juga dibawa bersama tau, bahan utama untuk masakan ikan patin nanti juga untuk sambal tempoyak yang lazat itu.. hehehe
Terasa a bit kelakar bila mengenangkan peristiwa di klia semasa mahu boarding. Pabila seorang pekerja kastam meng'scan' hand luggage Cik Kz
" Dik keropok lekor yer"
Hahaha... Sengih sahaja Cik Kz ketika itu. Kebetulan orang terakhir yang beratur. Nasib baik kakak itu lepaskan saya. Manalah tahu kalau-kalau keropok lekor tidak dibenarkan dibawa ke atas. Haru dibuatnya. Terkenang-kenangkan kerepok lekor itu.. hihihi...
Kelas sudah bermula dengan jadual yang agak berbeza. Lebih santai tapi masih pack. Jadi padat bila pada hari tersebut ada rotation. Perlu berada di hospital seawal jam 8 pagi dan pulang setelah jam menunjukan pukul 4.30 petang.
Semeter baru bersama azam baru. Moga hati lebih kuat. Apa yang telah dilalui, moga dijadikan sebagai satu sumber kekuatan. Harus lebih berusaha dan terus berusaha. Tidak lama lagi mahu pulang. Cuma secebis kesabaran perlu disandarkan.
Oh ya, Cik Kz tidak rajin memasak sekarang ini. Maka tiada lagi resepi baru buat sementara waktu ini. Tunggu mood itu datang kembali. Mungkin setelah segala penat hilang terlebih dahulu.
Mahu rehat sebentar. Hari ini sungguh penat. Hari Sabtu tetapi berada di hospital hingga lewat jam 3 petang.
Till then, wassalam...


0 Response to "Kembali Pulang..."
Post a Comment