Masak Lemak Lodeh dan Rendang Daging
Labels: Aidilfitri 1432H , Recipes
0
Assalamualaikum wbt.....
Entri ini ada la continuation dari entri kuah kacang tersebut. Terasa seperti mahu menepek resepi kuah lemak lodeh dan juga rendang daging. Almaklumlah, kononnya nak pulun menatap lappy lama-lama hari ni before lappy dipandang sepi untuk persediaan final MBBS exam (cuak!!!) . Apa-apa pun jom tengok resepi dulu ye.. Cuak-cuak ni kita layan kemudian je... :)
Masak Lemak Lodeh
Bahan-bahan
1 paket santan serbuk (sini stok santan kotak dah takda..)
1 labu bawang besar *
4 ulas bawang putih *
Sedikit halia *
1 keping tempe - hiris sederhana nipis dan goreng
1 keping fucuk - kerat sederhana kecil dan kemudian rendam
1 genggam su'un - rendam
1 batang lobak - hiris bulat
1 batang serai - dititik
3-4 batang kacang buncis- potong serong
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak
1. Kisarkan bahan bertanda * dengan sedikit serbuk santan. Panaskan periuk dengan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau
2. Bancuh lebihan serbuk santan sedikit pekat. Tuang ke dalam periuk dan jatuhkan serai, sayur, fucuk dan suhun
3. Masak pada api perlahan sehinga sayur hampir empuk. Jatuhkan tempe dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Bila rasa sudah ok tutup api.
set makan malam.....
Rendang Daging
Bahan-bahan200g daging batang pinang
1 labu bawang besar *
5 ulas bawang putih *
2 sudu besar cili giling *
1 batang serai *
1 1/2 inci halia *
1 inci lengkuas
1 paket santan serbuk - bancuh sedikit pekat
2 sudu besar kerisik (boleh kurangkan or tambah sedikit ikut kesesuaian)
1 helai daun kunyit - hiris halus
Sedikit gula melaka (lebih kuang 1/4 daripada saiz yang kecil)
3 sudu besar kicap pekat
Sedikit minyak, garam dan gula
Cara memasak
1. Kisarkan bahan bertanda * sehingga halus. Panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya. Tumis bahan kicar sehingga garing dan naik bau.
2. Masukkan daging dan tutup kuali degan penutup. Masak pada api perlahan selama 10 minit.
3. Masukkan gula melaka dan kicap pekat. Kacau sebati. Masukkan santan dan biarkan daging masak pada api yang perlahan.
4. Biarkan sehingga kuah hampir kering. Masukkan kerisik dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Bila kuah hampir kering masukkan daun kunyit.
5. Masak sehingga rendang menjadi kering dan pecah minyak. Tutup api.
enak di mkan bersama nasi impit..teringat suasana kampung. rindu!!!!
Alhamdulillah. Memang Cik Kz mengidam. Agaknya bahana seminggu beraya makan menu yang sama (almost sama) so balik India jadi craving for the same meal. Nasib baik bahan-bahan available kalau tak ada yang frust menonggeng tak boleh nak masak kan. Apa-apa pun selamat mencuba.
Till then, wassalam.... :)


0 Response to "Masak Lemak Lodeh dan Rendang Daging"
Post a Comment