Pagi yang cerah
Labels: Life
0
Assalamualaikum wbt...
Pulang nanti banyak program yang tersusun. Semuanya untuk mereka. Ingin menunaikan hajat mereka selagi termampu. Takut nanti tidak berkesempatan. Biarlah diri ini membahagiakan diri mereka kerana itu adalah suatu saat yang teramat manis.
note: counting the days....
Alhamdulillah. Sudah 3 hari di tahun baru. Masih diberi kesempatan bernafas di bumi-Nya. Program hari ini biasa-biasa sahaja. Berada di rumah mengemas bilik, mendobi baju-baju. Terasa rindu pada keluarga di kampung. Namun, harus ditahan lantaran dek cabaran dari mak yang mencabar siapa yang lebih rindu, Cik Kz rindukan mak atau mak rindukan Cik Kz. Memang rindu tapi terpaksa ditahan. Tambahan pula tinggal beberapa hari sahaja lagi akan tiba di hadapan pintu rumah. Kejutan buat keluarga tercinta. Harapnya diri ini mampu bersabar.
Pulang nanti banyak program yang tersusun. Semuanya untuk mereka. Ingin menunaikan hajat mereka selagi termampu. Takut nanti tidak berkesempatan. Biarlah diri ini membahagiakan diri mereka kerana itu adalah suatu saat yang teramat manis.
note: counting the days....


0 Response to "Pagi yang cerah"
Post a Comment