Barut bayi
Labels: Life
0
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah. Siap juga projek berhari-hari Cik Kz dan rakan-rakan (Cik Seti dan Cik Ain), membuat barut bayi untuk Ija dan Zaki. Tidaklah secantik mana, tidak jugalah sekemas mana, namun bolehlah digunakan buat sementara waktu sebelum barut baru dibeli dan dibawa dari Malaysia.
Sempat disiapkan sebelum Cik Kz pulang ke Malaysia. Moga Ija dan Zaki memperoleh bayi yang comel dan sihat. Alahai, tidak sempat untuk bertemu dengan bayi itu dek kerana jadual pembedahan jatuh pada 12 Januari sementelah saya pula telah pulang ke Malaysia. Hanya selepas 17 Januari barulah akan bersua.
Baiklah. Harus mengemas barang pula. Esok mahu pulang. Bestnyer!!!! :P
Till then,
Wassalam


0 Response to "Barut bayi"
Post a Comment