Fettucini Goreng

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Dinner Cik Kz malam ini. Very the simple one lah since Cik Kz was a lil bit kekurangan kerajinan untuk memasak dengan grand dan meriahnya. So, the best solution masak something berasaskan mee/ pasta. Bila tengok ada lagi stok fettucini yang belum digunakan maka terjadilah fettucini goreng ada sempoi lagi simple. Jom tengok resepi...


Bahan-bahan
1 cekak fettucini (boleh guna apa-apa jenis pasta)
200 g daging cincang
2 batang sosej (hiris sederhana tebal)
1 sudu besar cili giling
1 labu bawang besar (mayang halus)
5-6 ulas bawang putih 
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap manis 
Sayur : kobis, bunga kobis, lobak merah, cendawan, capsicum (ikut kegemaran masing-masing)
Garam, gula dan serbuk perasa

Cara memasak
1. Rebus fettucini di dalam air yang telah menggelegak sehingga lembut. Tuskan dan tuangkan sedikit minyak zaitun. Kacau sebati.
2. Di dalam periuk, panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan daging cincang dan goreng sehingga air daging kering. Masukkan sosej.
3. Masukkan sos tiram, kicap manis. Kemudian jatuhkan sayur dan gaul sebati. Masak sehingga sayur sedikit layu. 
4. Masukkan fettucini. Sebatikan. Tambah garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Bila rasa sudah ok tutup api.

Hidangan ini memang agak kering. Kalau mahu rasa lagi umph masa makan jangan lupa perahkan air limau. Sedap. Makan sekali dengan telur mata kerbau dan sayur sampingan seperti timun dan tomato. Sungguh menyelerakan. Simple but nice. 

Baiklah semua.

Till then, wassalam... :)

0 Response to "Fettucini Goreng"

Post a Comment