Kerabu Sotong Sempoi
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt....
Seriously Cik Kz super duper kelaparan hari ni. Adalah menjadi suatu perkara luar biasa bila mana Cik Kz mengambil breakfast. Bangun pagi (lepas mak minta call), bersihkan diri terus mencari makanan di dapur. Cik Kz end up dengan makan burger special, hash brown and baked bean (banyak kot!!).
As for dinner pula, Cik Kz made a very simple kerabu sotong. Tekak memang teringin nak makan kerabu ni dari dulu but bila tengok resepi banyak yang menggunakan sos ikan. Cik Kz tiada stok sos ikan so tanya mak Cik Kz resepi paling simple and sempoi without using fish souce. Maka, terhasillan masakan ini. Jom tengok resepinya..
Bahan-bahan
100g Sotong
1 labu bawang besar (mayang halus)
1 biji tomato (potong dadu)
1 biji limau nipis
2 biji cili padi
Sedikit garam, gula
Cara membuat
1. Sotong dibersihkan dan dipotong nipis. Rebus lebih kurang 5 minit di dalam air yang mendidih dan kemudia tuskan.
2. Satukan sotong, bawang dan tomato. Perahkan limau nipis dan kacau sebati. Tambahkan sedikit garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk disejukan.
Kalau mahu lebih sedap boleh tambah sos ikan dan juga sedikit kelapa parut. Baru betul-betul umphh. Cik Kz makan bersama daging bakar, baked cauliflower and broccoli. Untk daging itu Cik Kz just campur minya zaitun, basil, blacpepper dan sedikit garam. Sedap walaupun sangat simple.
my dinner plate
So, mari mencuba. Resepi mudah dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin kurangkan oily food intake. Mari makan secara sihat. yay!!
Till then, wassalam.. :)
note : pening membuat kira-kira untuk perbelanjaan cuti nanti..aigoo...


0 Response to "Kerabu Sotong Sempoi"
Post a Comment