Daging Masak Kicap
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt...
Menu ini buat untuk makan bersama masak lemak. Cik Kz cuba call mak Cik Kz semalam kononnya mahu bertanyakan menu apa yang best (nak resepi baru sebenarnya) untuk dimasak. But then, bonda tercinta tak angkat call. Maka Cik Kz ikut suka suki main campak-campak masak ikut tangan sahaja. Jom tengok resepinya.. :)
Bahan-bahan
200g daging batang pinang
3 sudu besar kicap
1 sudu cili giling *
1 labu bawang besar *
5 ulas bawang putih *
Sedikit halia *
1 batang serai *
Daun limau purut
Tomato, Capsicum
1 labu bawang besar (potong bulat)
Air, garam, gula dan serbuk perasa
Cara memasak
1. Kisarkan bahan bertanda *. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis hasil kisaran bersama daun limau purut. Bila agak kering tambah air dan jatuhkan daging. Masak pada api yang perlahan.
2. Bila kuah sedikit kering tambah kicap dan kacau sebati. Masukan tomato dan capsicum. Masak sehingga daging empuk.
3. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Jatuhkan bawang besar (yang dipotong bulat). Masak sehingga bawang sedikit layu dan tutup api.
Lain sedikit rasanya mungkin sebab ada letak serai sekali. Tambah pul ada daun limau purut. Saja Cik Kz tambah serai sebab kebetulan stok serai yang comel-comel saiznya terlalu banyak. Rasa sakit mata je kat tempat simpan tu. Baik guna lagi bagus..hahaha..
Baiklah semua, nanti Cik Kz update lagi. Mahu selesaikan segala entri bertangguh. aigoo...
Till then, wassalam.. :)


0 Response to "Daging Masak Kicap"
Post a Comment