Kek Batik

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Kek batik ini memang Cik Kz selalu buat. Tapi kali ini Cik Kz buat sempena Pre-Ezam Makan-makan with Surgeons tempat Cik Kz posting. Memang sudah berhajat lama mahu buat but then bila disebut ada makan-makan maka kerajinan itu menjadi-jadi. Maka, terhasillah kek batik ini. Jom tengok resepi yang Cik Kz peroleh dari bonda tersayang...

Bahan-bahan
1/2 kg biskut marie (dipatahkan sederhana saiz)
1 cawan susu pekat (Cik Kz kurangkan jadi 1/2 cawan sebab di India susunya lebih manis dari Malaysia)
1 cawan gula (Cik Kz kurangkan jadi 1/2 cawan sebab susu sudah manis)
1 cawan serbuk koko + milo (campur keduanya dan cukupkan 1 cawan)
1 cawan butter 
3 biji telur (masukkan ke dalam cawan, kacau dan campur dengan air sehingga cukup 1 cawan)

Cara memasak
1. Campurkan kesemua bahan. Masak pada api yang sederhana sehingga adunan menjadi pekat. Haruslah rajin mengacau supaya adunan tidak berketul-ketul dan hangit. 
2. Bila sudah likat, perlahankan api dan masukkan biskut marie. Kacau sebati dan tutup api. 
3. Masukkan ke dalam loyang (ikut suka saiz apapun) dan mampatkan. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam dan kemudian bolehlah makan..

kek batik yang sudah siap dipotong untuk dimakan..nyummy...

Cik Kz guna loyang bulat untuk kek batik ini dan Cik Kz lapik loyang tersebut dengan plastik terlebih dahulu supaya adunan tidak melekat pada loyang, nanti senang kerja membersihkan. Semasa mampatkan juga Cik Kz lapik dengan plastik supaya lebih mampat. Kalau teksturnya betul nanti adunan langsung tidak melekat pada plastik tersebut dan ianya akan jadi sangat licin.

Kek batik ini jadi favourite Cik Kz bila Cik Kz menapak di India. Selamat Cik Kz di Malaysia Cik Kz tak pernah makan kek batik sebabnya tiap kali mak Cik Kz beli adik Cik Kz pasti akan habiskan sorang, siap sorok lagi sebab tak mahu bagi orang lain makan. Bila sampai sini Cik Kz rasa sendiri mulalah meroyan mintak mak Cik Kz buatkan dan menuntutlah Cik Kz dengan mak Cik Kz. 

Untuk serbuk koko tu boleh variasikan dengan menggunakan homemade chocolate. Sedap juga cuma kena kurangkan lagilah kuantiti gula or susu sebab nanti jadi super duper manis. Tak tertelan dek tekak. Kalau Cik Kz mahu mencari pasal bolehlah makan benda manis-manis then confirm boleh demam. hehehe. 

Baiklah, Cik Kz akan update tentang makan-makan dengan pakar bedah di next entri.

Till then, wassalam.. :)

0 Response to "Kek Batik"

Post a Comment