2 More to Go!!!

Labels: ,

0


Assalamualaikum wbt...

Lambat sungguh Cik Kz update entri hari ini. Pulang dari kolej, Cik Kz kemas barang-barang yang Cik Kz beli di pasar, basuh ikan, sidai baju. Kemudian Cik Kz terlena sehingga ke petang. Nasib baik sempat bangun sebelum asar dan sempat masak untuk berbuka.

Menu berbuka Cik Kz hari ini simple sahaja. Sekadar ayam masak kunyit (akhirnya!) bersama labu masak lemak. Cik Kz masih gagal mencari nanas untuk dimasak lemak bersama ikan masin. Tidak mengapa esok atau lusa masih ada. Insya Allah.

Tengok gambar sahajalah ya. Resepi ayam masak kunyit ini lebih kurang seperti Cik Kz buat ikan goreng kunyit tempoh hari. Untuk resepi labu masak lemak pernah Cik Kz tepek di sini dahulu.

Ayam goreng kunyit..

Labu masak lemak..

Hari ini 1 paper lagi sudah selesai. Tinggal lagi dua paper - surgery dan medicine. Kemudian kita enjoy!!! *oopsss*. Cik Kz perlu keluar ke bandar. Membeli segala jenis pesanan dari saudara mara tidak lupa juga dari bonda Cik Kz yang tercinta. Cik Kz juga mahu menempah baju untuk dibuat blouse dan jubah (kalau berjaya jumpa kain yang menambat hati)

Baiklah, Cik Kz rasa cukup dahulu rasanya untuk Cik Kz merepek. Lain kali Cik Kz sambung lagi.

Till then, wassalam...

0 Response to "2 More to Go!!!"

Post a Comment