Saya Bukan Robot!!!!
Labels: General
2
Assalamualaikum wbt...
Sebelum Cik Kz menulis dengan lebih panjang lebar mari kita hayati situasi-situasi di bawah..
Situasi 1
A: Apa khabar?
B: Kurang sihat sikit. Demam dan batuk-batuk
A: Aik.. doktor pun boleh sakit ker?
B: Saya manusia juga la! *dalam hati*
Situasi 2
A: Macam mana exam hari tu? Boleh buat tak?
B: Alhamdulillah tapi ada juga yang susah, mencabar betul..
A: Aik, kata study. Takkan tak INGAT. Kata doktor
B: Doktor pun boleh lupa la!!!!! *dalam hati*
Situasi 3
A: Ngah, cuba tengokkan tangan Pak Uda ni.. Rasa semacam je
B: Kenapa boleh ada bengkak ini. Sejak bila jadi macam ni? Makin teruk tak?
A: Aik tanya Pak Uda pulak. Awak tu kan belaja doktor mestilah tau semua benda kan.
B: Err.. Nak tahu pasal sakit ni dulu baru boleh nak bagi rawatan macam mana
A: Itu pun kena tanya ke. Doktor apa macam ni. Belajar ke tidak. Mesti lupa la tu...bla..bla..bla...
B: *sabar je la*
Kesabaran...
Cik Kz tahu. Menjadi seorang doktor atau belajar di dalam bidang kedoktoran perlu banyak kesabaran. Sementelah menjadi rujukan buat ahli keluarga yang mengadu sakit-sakit, mengharap diberi nasihat dan rawatan (on the spot!). Kalau dijawab lambat-lambat mulalah omelan kecil akan terbit.
Kadang-kadang mereka ini terlupa akan hakikat bahawa doktor/bakal doktor tersebut adalah seorang manusia biasa. Bezanya mungkin kerana status itu. Tetapi doktor tidak lari dari mengalami sakit-sakit. Demam, sakit kepala mahupun batuk-batuk itu perkara biasa yang bakal doktor akan alami. Sama seperti manusia lain. Janganlah menganggap doktor itu akan sentiasa sihat walafiat. Kami bukan robot yang sihat. Mesin pun ada kalanya rosak dan 'tidak sihat'
Kapasiti minda juga sama dengan manusia lain. Memori juga punyai hadnya. Janganlah kerana digelar doktor, mindanya ingat segala benda di muka bumi ini. Tidak boleh terlupa langsung. Doktor itu tidak sempurna. Masih sama seperti insan lain. Masih mengalami situasi bukan LUPA tetapi tidak INGAT.
Hakikatnya, ramai menganggap doktor seperti robot. Sihat sentiasa. Tidak akan sakit dan tidak boleh sakit. Kapasiti memori yang sangat hebat (superb). Ingat segala macam benda. Tahu segala macam perkara. Pendek kata hebat serba serbi *wonderman*
Bagi Cik Kz, doktor itu tiada bezanya sangat. Cuma profession itu sahaja berbeza. Lain profession lain kehebatannya. Berkot putih bertemankan stetoskop belum menjamin seorang doktor itu adalah seorang yang sangat hebat. Cerdik di minda tidak semestinya bagus secara klinikalnya.
Harapnya, Cik Kz tidak lagi mendengar atau mengalami situasi sedemikian. Cik Kz rasa sungguh tidak adil jika doktor dihakimi sedemikian. Doktor itu MANUSIA bukan ROBOT!
Till then, wassalam..


lumrah manusia
ya.lumrah begitulah..