Ikan Patin Masak Berlada
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt..
Hari ini Cik Kz masak menu yang simple sahaja. Kebetulan ada stok ikan lagi di dalam peti. Tidak terasa mahu makan ayam kali ini (minggu lepas sangat banyak makan ayam, overdose!).
Tetapi sebenarnya Cik Kz terleka bercucuk tanam di facebook. *hehehe*. Cik Kz sudah membuka farmville Cik Kz kembali. Susun itu ini sehingga terlupa untuk memasak untuk berbuka. Nasib baiklah lauk dah dikeluarkan dari peti. Berperang di dapur maka terhasillah menu ikan patin masak berlada tersebut. Mari kita tengok resepi..
Bahan-bahan
4-6 ketul ikan patin (atau 5oog)
1 labu bawang besar *
4/5 ulas bawang putih *
5/6 cili padi * (lebihkan jika mahu pedas)
1 sudu besar lada kering (yang telah dikisar) *
2 sudu besar air asam jawa
Sedikit minyak
Garam, gula dan serbuk pati ayam
Kisarkan semua bahan bertanda *
Cara memasak
1. Goreng ikan seperti biasa dan asingkan
2. Tumis bahan yang dikisar sehingga kering
3. Tambah air asam dan gaul sebati. Masak sehingga kering
4. Tambah garam. gula dan serbuk pati ayam. Gaul sebati dan tutup api.
5. Tuangkan ke atas ikan dan sedia untuk dihidang.. :)
Kaedah memasak ini sama sahaja jika kita mahu memasak ikan keli masak berlada. Senang sahaja menunya. Cik Kz peroleh dari mak Cik Kz. Ini cara paling simple yang mak Cik Kz ajarkan Cik Kz mungkin ada cara yang lebih complex tetapi seperti biasa Cik Kz hanya gemarkan benda yang simple but nice *hehehe*
Cik Kz a bit excited tonight. Cik Kz telah berjaya memperoleh apa yang Cik Kz mahu. Nanti Cik Kz post dalam next entri. Juga bersyukur kerana Cik Kz tidak punyai perasaan craving for salty food which indicates Cik Kz tidak hyponatremic yay!
Cik Kz mahu menyambung sesi mengemaskini ladang Cik Kz. Harus disusun atur kembali agar lebih kemas. Cewah. *hihihi*
Till then, wassalam.. :)


0 Response to "Ikan Patin Masak Berlada"
Post a Comment