Kek Pisang
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt...
Kek pisang, my favourite cake ever (pluss choc cake). Ini percubaan kali ke-6 dan alhamdulillah lebih baik dari sebelumnya. Tekstur lebih lembut dan lebih moist. Resepi asal dari sini. Tetapi Cik Kz telah olah sedikit mengikut selera tekak dan stok bahan yang ada di rumah. hehehe.. Jom review resepi tersebut...
Bahan-bahan
1. 4/5 batang pisang - dilenyek (saya blend bersama gula)
2. 1 cawan gula (saya cuma letak 1/2 cawan)
3. 1/3 cawan mentega - dicairkan
4. 1 biji telur - dipukul rata
5. 1 1/2 cawan tepung gandum
6. 1 sudu teh baking powder
7. 1 sudu teh soda bikarbonat
8. 1 sudu teh ovalet
9. 1 sudu teh esen vanilla
10. Secubit garam
Cara memasak
1. Campurkan pisang yang telah diblend dengan mentega.
2. Masukkan esen vanilla dan telur ke dalam bahan campuran tadi. Adun sehingga sebati.
3. Masukkan baking powder, soda bikarbonat, ovalet dan secubit garam.
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga habis. Adun sehingga sebati.
(saya guna pengadun untuk memastikan adunan lebih sebati)5. Sapu loyang dengan mentega dan kemudian masukkan adunan ke dalam loyang tersebut (saya guna loyang berbentuk bulat)
6. Masak pada suhu 175 celcius selama sejam. (jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu ya)7. Setelah masak, sejukkan dan potong. Siap sedia untuk dimakan.. nyum-nyum.. :P
Tadaa... Mudahkan resepinya. Banyak kali Cik Kz cuba buat dan alhamdulillah kali ke-6 ini keknya menjadi seperti yang dihajati. Balik Pahang nanti bolehlah Cik Kz cuba buat untuk keluarga. Selalu beli di kedai sahaja. Itupun kek pisang sekarang tidak seperti dahulu. Sudah kurang rasa pisangnya. Lebih rasa esen vanilla dan tepung sahaja.
Sempat juga hantar sedikit (3/4 kek habis dimakan bersama ahli rumah) kepada Ija semasa menjenguk Aryan. Aryan akan pulang ke Malaysia 1 March ini. Belum sempat snap gambar terbaru Aryan lagi. Tunggulah esok lusa bila demam sudah kebah dan selesema sudah hilang.
20 hari lagi untuk final. Maka haruslah berusaha. Aim for distinction!!. Mampukah Cik Kz?? Chaiyok!!!! Pray for me.. Thank you.. :)
Till then, wassalam....


0 Response to "Kek Pisang"
Post a Comment