Kuih Puteri Ayu

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Resepi ini sudah lama diberi mak. Katanya harus dicuba. Buat ketika tengah bosan atau tension semasa study (tension buat kuih??). Mudah cuma perlu lebih rajin. Kebetulan semalam ada potluck bersama-sama batchmates. Ini adalah salah satu menu yang telah dihidangkan. Habis licin (sempat makan 2 ketul sahaja). Jom zoom resepi mak...

Bahan-bahan
A. Untuk adunan bahagian bawah (berwarna hijau)
1. 1 1/2 cawan tepung gandum
2. 1 1/2 cawan gula (boleh kurangkan, ikut tahap kemanisan anda)
3. 1/2 cawan santan pekat + air pandan
4. 3 biji telur
5. 1 sudu teh ovalet
6. 1 sudu teh baking powder
7. Pewarna hijau

B. Untuk bahagian atas (kelapa)
1. 1 biji kelapa yang siap diparut
2. Sedikit garam
3. 1 sudu teh tepung jagung

Cara memasak
A. Untuk bahagian atas ( kelapa)
1. Campuran semua bahan (kelapa+tepung jagung+garam)
2. Masukkan ke dalam acuan dan mampatkan
Tidak perlu terlalu banyak. Terpulang pada setiap individu. Jika mahu kelapa banyak maka letakkan lebih banyak kelapa.

B. Bahagian bawah
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam mesin pengadun. Untuk tepung, masukkan sedikit demi sedikit sehingga tepung habis.
2. Adunkan bahan sehingga sebati
3. Tambah sedikit pewarna hijau supaya kelihatan lebih menarik.
4. Kemudian ambil acuan yang telah berisi kelapa, masukkan adunan ke dalam acuan tersebut. (Jangan isi terlalu penuh kerana kuih akan mengembang)
5. Didihkan air di dalam periuk pengukus dengan api yang sederhana besar.

5. Kukuh kuih selama 15-20 minit. Kuih yang telah masak akan menghasilkan permukaan yang licin.

Dengan menggunakan acuan bersaiz kecil ini, lebih kurang 20 biji kuih puteri ayu dapat dihasilkan


Kuih puteri ayu yang telah siap dimasak...

Kuih ini sesuai dihidang untuk sarapan dan juga untuk minum petang. Kalau dahulu dapat merasa kuih ini ketika di dewan selera asrama. Cik Kz sangat suka makan kuih ini. Rasa lemak-lemak manis dan juga lembut seperti apam (spongy). Jadi, selamat mencuba.

Till then, wassalam..

0 Response to "Kuih Puteri Ayu"

Post a Comment