Kelakarnya....
Labels: Life
0
Assalamualaikum wbt...
Amaran! Entri ini bakal berbau sinis. Well, ada satu persoalan yang Cik Kz rasa macam kurang best untuk mempersoalkannya.
Rahsiakan pertunangan dan hebahkan perkahwinan
Bermaksud, kalau mahu bertunang tu kita tak perlulah sibuk-sibuk menghebohkan kepada orang ramai yang kita hendak bertunang. Sebabnya, mungkin kalau tak jadi kahwin nanti maka dapatlah malu *ouch*. And then hebahkan perkahwinan sebabnya itukan perkara baik a.k.a. mendirikan masjid and supaya tidak menimbulkan fitnah. Rite?
So, persoalannya, apakah motif mahu tunang sembunyi-sembunyi kalau sudah terang lagi bersuluh kamu bercouple dan dating depan orang ramai dengan bercakap kurang sejengkal macam mahu bercium??? haish. Dan apakah motif konon-konon mahu berahsia dengan alasan tidak pasti walhal pada masa yang sama sudah ada satu tarikh yang definite? Motif? Rasa sungguh funny! Sangat kelakar ok! Boleh gelak guling-gulingnya lah!!!
Bukan Cik Kz jeles atau apa cuma Cik Kz kurang gemar dengan situasi ini. Meyampah. Diulang sekali lagi menyampah ok! Tak yah lah nak tutup wall ke apa kalau orang sudah tahu. Konon nak berahsia tapi alahai. huhuhuu....
Opss emosi lebih. Mohon maaf kalau ada yang terasa. But, satu pesan Cik Kz, kalau mahu bertunang or kawin apa salahnya jemputlah kawan yang terdekat tu (termasuk housemate yer). Maklumkan pada mereka dan janganlah perkara itu diketahui dari mulut orang lain dahulu dan ya orang kata kita harus berbahasa. Jemputlah mana tahu jika lapang boleh juga menghadirkan diri. Betul tak??
Till then, wassalam....
note: terasa


0 Response to "Kelakarnya...."
Post a Comment