Nasi Ayam
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt....
Ini adalah late entri (again). Cik Kz sempat taip title sahaja then zzzz. Ketensionan punya pasal. Kesabaran ajalah. So, menu ini Cik Kz ubah sedikit cara masak ayamnya. Lain dari kebiasaan. Cik Kz cuba resepi baru lepas Cik Kz blogwalking di blog Mat Gebu. Marvellous betul tengok ayam tu. Nama resepi ayam tu pun sangat unik. Terbayang-bayang. So Cik Kz ke pasar bersama Cik Seti beli ayam and taraa.. jadilah nasi ayam ini. Jom review resepi but as usual Cik Kz ada ubah sedikit mengikut keadaan dan barang yang ada di sini. Jom..
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (dipotong kepada 2)
1 batang serai (hiris halus) *
3/4 ulas bawang putih *
1 sudu teh jintan manis *
1 sudu teh jintan putih *
1 sudu besar ketumbar *
3 sudu besar madu
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu teh majerin
Garam secukupnya
Cara membuat
1. Rebus ayam terlebih dahulu (kalau tak mahu rebus pun tak mengapa. Cik Kz rebus sebab nak bagi ayam cepat masak dalam microwave oven and Cik Kz rebus bersama hasil kisaran bawang merah+bawang putih+halia+serai. Nak rebus kosong pun ok aje). Tuskan dan asingkan
2. Kisar halus bahan bertanda *. Lumurkan pada ayam. Tambah kicap pekat dan madu. Gaul sebati. Masukkan garam secukupnya. Perap selama 2 jam
3. Panaskan oven. Since Cik Kz pakai microwave oven, choose option grill. Setkan masa selama 15 minitdan bakar ayam tersebut. Bakar ayam sehingga masak (lebih kurang 30 minit). Setiap 15 minit sapukan sedikit air perapan pada ayam.
4. Air perapan yang berlebihan tadi dimasak dalam kuali sehingga pekat. Tambahkan sedikit majerin dan garam secukupnya.
Nasi
Bahan-bahan
1 1/2 cawan beras
Air rebusan ayam
1 labu bawang besar *
3/4 ulas bawang putih *
1 batang serai -dititik
1 inci majerin
Garam dan kuib pati ayam
Air
Cara memasak
1. Basuh beras sehingga bersih dan tuskan.
2. Kisar bahan bertanda *. Tumis bahan tersebut di dalam periuk sehingga naik bau. Masukkan beras dan air secukupnya (lebih kurang 3 cawan air). Jatuhkan serai
3. Masukkan garam secukupnya dan 1 ketul kiub pati ayam. Tanak nasi pada api sederhana. Bila nasi hampir masak perlahankan api dan masukkan majerin. Kacau sedikit nasi. Tutup periuk dan tanak nasi sehingga masak.
Sedap tapi kurang masin sedikit ayam tu. Cik Kz takut mahu campak garam lebih-lebih. hahaha. Makan dengan kenyangnya. alhamdulillah rezeki. Esok misi lebih penting. Berusaha!!!!!
Till then, wassalam.. :)


0 Response to "Nasi Ayam"
Post a Comment