Jalan-jalan Mid Valley
Labels: Family
2
Assalamualaikum wbt....
Inilah corat-coret Cik Kz tentang weekend Cik Kz tempoh hari (kelmarin). Cik Kz bersama askar-askar kecil (adik-adik) ke KL. Destinasi yang dituju adalah Mid Valley Megamall. Adik-adik sangat bersemangat terutama si comel Mijie. Bersiap sangat awal sesudah subuh. The journey begin at 7.30am. Kami ke sana menaiki bas. Yes, Cik Kz memang tidak drive walaupun ada lesen beso. Seram dan Cik Kz tak pandai dengan jalan-jalan di KL kalau naik train komuter, lrt semua tu Cik Kz oklah.
So entry kali ini banyak dengan gambar-gambar yang berjaya disnap. Kita biarkan gambar berkata-kata yer. hihihi.. :D
Di stesen monorail Titiwangsa. Adik-adik bermain teka-teki peta. Cuba cari Low Yat di mana..
Again, tak jumpa-jumpa lagi...
Sampai di Mid Valley, Cik Kz dan adik-adik menanti kedatangan my sayangs Cik Ainun and adik Cik Kz yang berada di Poli Shah Alam (Ina). Sesambil menanti sempat juga adik-adik memborong pelbagai roti dari kedai Roti BOy. Kami decide untuk menonton wayang cerita Magika. But before that kita lunch dulu. Adik-adik sangat kelaparan. Cik Akaknya pun lapar juga. hehehe..
Magika.. memang penuh magis...
Ok.. ini takda kerja namanya... :D
Wating for the food..... Muka budak lapar... :P
Kami makan di McD. Macam-macam menu diorder and ini kali pertama adik-adik menjamah makanan McD
Airnya pula.. Jemput minum semua....
Fries yang sungguh banyak....
Satukan untuk memudahkan proses memakan. Oh, macam gunung fries pula.. hehehe... :D
Adik Mijie bila makan dah tak mau layan orang tangkap gambar...
with my kesayangan.. Cik 'Ainun dearie... :)
Adik..jangan meragam yer.. bosan tunggu monorail nak ke Titiwangsa...
Alhamdulillah kami berjaya mengejar bas pulang ke Temerloh. Selalu sangat sampai on time. Dan Cik Kz memang kurang gemar kalau mahu travel yang memerlukan penggunaan komuter sebabnya ianya akan melewatkan dan menambah masa perjalanan. Hari itu pun nyaris-nyaris miss bas lagi..
Sampai di Temerloh, usai urusan semua (bersihkan diri, solat) terus pergi makan-makan. Mak tak masak di rumah. Singgah sebentar di benkel Along before ke kedai makan di Mentakab. Kerapu masak 3 rasa memang terbaiklah. hehehe.
Miss Ija dengan posing sengalnya...
Adik Mijie still in the mood tak mahu pandang kamera...
Cik Kz bersama 2 gelas besar fresh orange.. hehehe...
Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Manage untuk membeli barang-barang untuk bonda dan ayahanda tercinta. Untuk diri sendiri Cik Kz sekadar mahu berjalan-jalan sesambil membawa adik-adik tour around KL. Next mission to Times Square (dah lama adik-adik request). Harapnya Cik Kz berkesempatan untuk memenuhi hajat adik-adik selagi Cik Kz tidak terikat dengan komitmen kerja.
Baiklah, masa untuk memasak. Sementara adik-adik belum pulang dari sekolah bolehlah Cik Kz merasa untuk memegang lappy kalau tak rampasan kuasa akan berlaku. huhuhu..
Till then, wassalam... :)


Suka jalan2...hehe
saya pun sangat suka jalan-jalan...
hehehehe :D