Murtabak
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt...
Lambat sungguh untuk Cik Kz mengupdate blog. Cik Kz super duper sangat penat yang amat sangat (erk rosak tatabahasa ni). Untuk potluck pada 31 Ogos (hari ini sudah 2 September), Cik Kz diminta untuk memasak murtabak. So, mengulilah Cik Kz pada hari tersebut setelah pulang dari dental hospital. Alhamdulillah, nasib baik sempat siap kerja-kerja menguli. Mari kita view resepi. Paling simple dan semua orang pasti boleh membuatnya.

Inti
Bahan-bahan
250g daging/ayam (dikisar)
5 biji kentang (dipotong dadu kecil-kecil)
1 labu bawang besar *
4/5 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar cili kering (yang telah dikisar)
Sedikit rempah (kayu manis, bunga lawang dan cengkih)
100ml air
Sedikit minyak, garam, gula dan serbuk pati ayam
Kisar bahan bertanda *
Cara memasak
1. Tumus bahan blend dan rempah sehingga naik bau. Masukkan serbuk kari (daging dan ikan) bersama cili blend dan kacau sebati. Masukkan daging yang diblend. Masak sehingga daging tersebut empuk/masak
2. Masukkan kentang. Ratakan. Masukkan air (pastikan kentang tersebut tenggelam). Masak sehingga kentang empuk dan air kering.
3. Masukan garam, gula dan serbuk pati ayam secukup rasa. Bila rasa sudah ok tutup api.
Murtabak
Bahan-bahan
250g tepung gandum
1 biji telur (untuk buat kulit)
12 biji telur (untuk memasak murtabak)
2 sudu besar susu pekat
Sedikit garam dan gula
Minyak sapi/minyak masak
Cara membuatnya.
1. Satukan bahan dan gaul sebati sehingga doh tidak melekat di tangan. Bulatkan kecil-kecil dan salutkan dengan minyak sapi/masak (supaya tidak melekat). Susun dalam bekas dan tutup (perap) selama 2 jam atau lebih.
2. Bersihkan tempat untuk menebar. Sapukan sedikit minyak masak (untuk memudahkan proses penebaran). Ambil 1 doh kemudian ratakan sehingga nipis. Kalau pandai menebar bolehlah menebar (Cik Kz tak pandai so Cik Kz buat ratakan sampai la betul-betul nipis)
3. Panaskan non-stick pan. Letakkan sedikit minyak. Dalam satu bekas lain (cawan) masukkan inti dan telur, kacau sebati. Letakkan kulit yang telah ditebar di atas pan dan dengan segera masukkan ini ke atas kulit tersebut. Ratakan inti dan lipat kulit agar bentuk segi empat terhasil.
4. Masak sehingga keperangan atau sedikit garing. Lakukan sehingga habis doh dan inti.
Penat juga membuat murtabak ni tapi hasilnya sangat berbaloi-baloi. Cik Kz gembira bila melihat rakan-rakan Cik Kz gembira dapat makan murtabak tersebut. Rasa penat itu berbayar.
Baiklah. Selamat mencuba semua..
Till then, wassalam.. :)


0 Response to "Murtabak"
Post a Comment