Kari Telur Pecah Bersawi dan Tauhu
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt...
Panjang sungguh nama resepi ni. Jangan takut pula mahu mencuba kerana terfikir caranya pasti kompleks. Walhal ini adalah salah satu resepi mudah juga. Cik Kz ketidakrajinan untuk memasak semalam. Lagi 15 minit nak berbuka baru terhegeh-hegeh masuk dapur dan masak. Konon hendak masak sambal telur alih-alih inilah yang terhasil dari campakan tangan Cik Kz. Rasanya sedap juga dan yang pasti semasa memasak baunya semerbak. Jom tengak resepi main redah Cik Kz ni.. :P

Bahan-bahan
2 biji telur
1 sudu besar serbuk kari daging/ikan
4/5 ulas bawang putih (hiris halus)
Sawi (ikut suka banyak mana dan dipotong seperti biasa)
1 ketul tauhu (dipotong sederhana kecil dan digoreng garing)
2 sudu santan pekat
Sedikit minyak dan air
Garam dan serbuk pati ayam
Cara memasak
1. Tumis bawang putih dan kemudian masukkan rempah kari. Kacau sehingga naik bau kari tersebut dan masukkan 1 sudu santan. Masukkan sedikit air dan ratakan masakan.
2. Pecahkan telur satu demi satu. Tambah sedikit air (sehingga telur tenggelam sedikit). Masak sehingga telur masak (kalau perlu terbalikkan telur maka terbalikkanlah ya). Tambah santan pekat.
3. Jatuhkan sawi dan tauhu. Gaul sebati. Masukkan garam dan serbuk pati ayam. Bila sawi sudah layu dan rasa sudah ok tutup api.
Tak sampai 15 minit dah siap menu ni. Boleh dicuba bagi mereka yang buat last minute decision (macam Cik Kz). Alhamdulillah kenyang. Semalam Cik Fadh pun ada datang ke rumah menghantar spaghetti udang. Sedap sungguh. Rezeki di bulan Ramadhan.
Baiklah, Cik Kz mahu take a short nap sebentar. Kuyu pula mata ni (walhal dah tidur banyak hehehe). Nanti harus ke hospital lebih awal. Ada spotters.
Till then, wassalam... :)



0 Response to "Kari Telur Pecah Bersawi dan Tauhu"
Post a Comment