Daging Kunyit Sempoi

Labels:

3


Assalamualaikum wbt..

Menu ini Cik Kz masak dalam versi yang sangat express. Lapar sangat (sebab berbuka dengan air tawar je) dengan letih lagi Cik Kz tidak rajin untuk memasak dengan sangat hebatnya. Simple and quick recipe untuk mereka yang sudah kesuntukan masa (within 15miutes dah siap dah). Jom zoom resepi...

Bahan-bahan (untuk makan 1 orang)
100g daging batang pinang (hiris halus)
1 labu bawang besar (mayang bulat-bulat)
4/5 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 sudu serbuk kunyit
1/2 biji lada benggala
2 batang sosej (dihiris halus)
2 biji cili api (dibelah tengah)
Garam dan serbuk pati ayam

Cara memasak
1. Gaul daging bersama kunyit dan garam. Panaskan kuali dan goreng daging dan sosej sehingga masak. Asingkan ke tepi kuali.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili api sehingga naik bau. Satukan bersama daging dan gaul sebati. Jatuhkan lada benggala. Masukkan garam dan sebuk pati ayam. Bila rasa sudah ok tutup api.

Senang kan. Sesuai bagi mereka yang mahu cepat dan tersangat lapar (macam kes Cik Kz semalam). Kenyang. Cik Kz makan bersama tomyam yang dimasak oleh Cik Ilhami. Dan semestinya ada sambal belacan. Oh sedap. Alhamdulillah rezeki kami pada hari semalam (setelah kepenatan menghadapi segala kesengalan).

Baiklah, Cik Kz perlu mengemas segala barang dan bilik. Cik Kz tidak ke kelas. Penat sangat-sangat. Kalau ke kelas confirm lebih banyak tersengguk-sengguk dan tidur dari mendengar apa yang doktor ajar. So, kena revise sendiri topik-topik hari ini di rumah and siapkan log book for Medicine. Will update the blog later..

Till then, wassalam.. :)

3 Response to "Daging Kunyit Sempoi"

  1. Liza says:

    salam ziarah, simple pun nampak sedap...

    salam, yang ni pun dah cukup menyelerakan dah..

    Cik Kz says:

    wa'alaikumsalam wbt...
    liza: simple and mudah disediakan..sedap juga... :)
    kancilbiru: memang sangat berselera. makan bertambah-tambah..hihihi :D

Post a Comment