Diari Ramadhan 19

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah hari ini kelas agak ringan. Tak terasa berat dan lebih santai. Senang sahaja ilmu itu diserap masuk. Untuk hari ini Cik Kz berbuka dengan makaroni goreng sahaja. Banyak Cik Kz masak dan makan. Makan sambil pandang kiri kanan tup-tup dah habis semuanya. Apa lagi kekenyangan dan senak perutlah Cik Kz.


Cik Kz masih tidak dapat membuat permit. Amat risau kerana hanya 1 minggu lagi tempoh yang Cik Kz ada sebelum Cik Kz pulang ke Pahang. Kalau tiada RP tersebut memang confirm tersangkut di airport and at the end Cik Kz terpaksa beraya di sini (tak best kot!!!).

Doakan Cik Kz dan rakan-rakan ya. Moga dipermudahkan segala urusan kami. Kami mahu pulang beraya di kampung halaman. sob..sob..sob...

Esok ada potluck di rumah Cik Kz. Potluck ini sesama batchmate posting Cik Kz. Menu yang Cik Kz kena buat akan Cik Kz kongsi resepinya esok. Jadi, tunggu.... hehehe... :P

Baiklah, haruslah Cik Kz beransur untuk merehatkan diri sekejap. Akan bersambung di kemudian masa ya.

Till then, wassalam.. :)

0 Response to "Diari Ramadhan 19"

Post a Comment