Apabila Harta Dipandang Tinggi

Labels:

2


Assalamualaikum wbt..

Cik Kz semalam perasaan akan kewujudan video ini di FB. Sangat ramai rakan-rakan Cik Kz post the same video. Tertarik untuk Cik Kz menontonnnya. Masya Allah. Sabar je lah species yang macam ini. Tak boleh pakai pun.

Ada apa pada harta andai hati tidak bagus. Harta itu tidak boleh dibawa sampai mati, tidak boleh masuk liang lahad bersama pun. Mati nanti masih lagi dibungkus dengan kain kafan, sama sahaja semua orang tidak kira menteri besar, orang atasan atau orang miskin. Kain putih itu juga yang membalut diri kelak. Tak kekal pun harta ini. Bila-bila sahaja Allah boleh tarik jika Dia mahu.

To others yang tak pernah lihat lagi video ini silalah tonton. Harap ambil pengajaran. Mohon sangat-sangat tidak tergolong dalam species materialistik ini. amin...


Apa komen anda semua? Sungguh tidak baik perempuan itu kan. Species rare yang sudah menjadi semakin common. Bahaya. Harap kita semua (golongan wanita) tidak mengikut jejak langkah begitu. Kalaupun duit itu penting jangan sampai kita memandang rendah pada orang yang kurang berkemampuan dari kita. Jangan hina juga tau. Tak baik ye semua. Ingat tau. Not very good la that kind of perangai. Tak baik..isk..isk..isk..

Till then, wassalam...

note: Cik Kz tak pandang rupa dan harta. Janji hati baik dan jujur serta faham Cik Kz

2 Response to "Apabila Harta Dipandang Tinggi"

  1. Liza says:

    mmg dah menjadi semakin common, duit dah jadik nombor satu skrg...tanda2 akhir zaman kot?

    Cik Kz says:

    agaknya..sekarang banyak orang pandanag harta
    tak kira laki ke perempuan ke..dua-dua la..
    apa nak jadi la..huhuhu..

Post a Comment