Jalan-jalan Mantri Square

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Salam Ramadhan sekali lagi Cik Kz ucapkan. Di sini (Bangalore) belum berpuasa lagi. Esok baru bermula 1 Ramadhan di sini. Baiklah, berbalik kepada title entri kali ini sebenarnya pagi tadi Cik Kz bersama-sama Cik Seti dan Cik Ilhami ke Mantri Mall @ Mantri Square (pilihlah yang mana berkenan mahu disebut ya,hihih..). Tujuannya, untuk Cik Kz adalah berjalan-jalan dan mencari barang untuk bilik Cik Kz dan bagi Cik Seti dan Cik Ilhami pula mereka mahu menonton filem Inception.

Memandangkan Cik Kz kurang gemar masuk cinema (sekali sahaja di India dan 2 kali di Malaysia) jadi Cik Kz hanya menanti mereka habis menonton sesambil itu Cik Kz berjalan sendirian di mall tersebut. Habis satu mall Cik Kz tawaf. Bosan sedikit.

Untuk makluman semua, Mantri Mall ini merupakan mall terbesar di India. So, sebab itulah warga tempe Bangalore amatlah berbangga dengan mall ini. Dan mereka dengan sangat bermegah-megah menceritakan kehebatan mall ini. Sabar sahajalah. Rasa mahu menjemput mereka ke Malaysia dan pergi berjalan di Mid Valley sahaja then comparekan sendiri kebesarannya. hehehe.

Kedai masih tutup. gelap..

Keadaan yang masih lengang...

Masih awal (jam 10.30am) dan kedai masih banyak tidak dibuka. Jadi Cik Kz hanya menapak mengikut gerakan tapak kaki Cik Kz. Banyak kedai yang Cik Kz masuk tetapi hanya window shopping dan Cik Kz turun naik mall (dari ground floor ke tingkat 3 yang paling atas) sebanyak 2 kali.

Disebabkan tidak tahu mahu buat apa Cik Kz sempat bersarapan di Au Bon Pain (Cik Kz tidak tahu apa maksud nama itu. Kalau ada sesiapa yang tahu sila maklumkan pada Cik Kz ya) Sedap sup dan muffin tersebut. Cik Kz sangat gemarkan choc muffin di sini cuma kali ini Cik Kz bertukar selera kepada blueberry muffin pula since that muffin baru diperkenalkan di bakery itu. Overall semuanya ok, makanan yang sedap, layanan yang bagus but harganya sahaja tersangat mahal. Jadi mahal bila ditambah dengan tax sebanyak 13.5%. Tetapi tidak mengapa. Yang penting Cik Kz puas hati. hehehe

Cream Chicken Soup dan Blueberry Muffin.. :)

Cream Chicken Soup yang ada banyak sangat ayam..sedap... :D

The bill.... (@_!)

Cik Seti dan Cik Ilhami muncul di Spar tepat jam 1 tengahhari. Masa itu Cik Kz sedang menelek sayur-sayur yang tidak banyak pilihan. Selepas selesai urusan membayar barang-barang yang Cik Kz beli, kami terus bergerak ke kedai ais krim yang sangat disukai ramai iaitu Swensens. Sedap sangat-sangat aiskrim dia. Harga pun berbaloi-baloi. Kalau datang ke sini wajib makan ais krim di sini. :)
Triple Choc Ring a Ding.. memang ding habis.. sedap bangat!!!

Zoom sedikit.. choc ice cream..so delicious.. :D

yang ini namanya.. Strawberry Banana... err.. Cik Kz tidak ingat nama penuhnya.. panjang sangat..

Zoom lagi dekat...

Selepas makan ais krim kami bergegas ke hospital. Perlu attend kelas teori. Dengan jayanya kami merempit (sebab kami ke mall tersebut dengan menaiki skuter). Sempat juga passing barang semasa di traffic light. hehehe. Alhamdulillah selamat sampai di hospital tepat pada masanya (doktor belum masuk kelas).

So, that was the story about jalan-jalan ronggeng ke Mantri Mall for today. Sesungguhnya Cik Kz sangat penat. Dan Cik Kz harus rehat terlebih dahulu. Cik Kz akan sambung menaip entri baru bila Cik Kz bangun untuk sahur nanti ya.

Till then, wassalam.. :)

0 Response to "Jalan-jalan Mantri Square"

Post a Comment