Dental Posting
Labels: Life
0
Assalamualaikum wbt...
Hari ini bermulanya posting baru iaitu denal posting. 2 minggu akan bertapa di OPD Dental Department. Untuk hari ini banyak observe dan main-main. Banyak kes menarik juga but banyak main (nampak sangat bosan). So Cik Kz dan rakan-rakan sempat snap a few pictures yang kami sendiri kurang mahir apakah peralatan or items tersebut. Let see those pictures. Mungkin anda boleh membantu kami yang banyak main dalam OPD tadi.. lalala....

Yang ini colour determination untuk buat artificial teeth. See ada warna biru and pink. Bak kata Cik Seti: Hijau takda ker???? lalala... Ada macam-macam rupa lagi but ini paling menarik perhatian kami semua...

Yang ini.. erm..macam-macam ada. ..Mostly benda yang Cik Kz tak berapa nak tahu. Kecuali yang artificial teeth tu. Ada powder untuk buat paste for filling.

Ini segala macam rupa driller or filler or ntah apa yang patut digelar. Erk, Macam-macam rupa ada. Jakun sekejap Cik Kz dan rakan-rakan. Dari saiz besar sampai la ke saiz yang kecil.

Ha, ini macam berus yang untuk ratakan gigi setelah buat filling. Kalau tengok betul-betul macam ada kertas pasir kat bawah dia. Yang berwarna-warni itu Cik Kz enggak tau dech. Tidak bertanya pada doktor pula tadi. Next posting ok. :D
Kalau perasan kan kat gambar-gambar tu ada tulisan. Cik Kz cuba-cuba buat watermark (cewah). Ada ke orang ambil gambar dari blog Cik Kz? Tidak pasti. But Cik Kz perasan banyak kes kecurian gambar dari blog. Tidak patut. Cik Kz sendiri terasa kesusahan untuk menangkap gambar then kepayahan membuat watermark tersebut. Tak patut sungguh aktiviti tidak murni tersebut.
Baiklah, Cik Kz update lagi kemudian ya. Got something important to do now.
Till then, wassalam... :)


0 Response to "Dental Posting"
Post a Comment