Diari Ramadhan 3

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Untuk hari ke-3 Ramadhan Cik Kz tahun 1431 Hijrah, Cik Kz rasa diri Cik Kz sangat toxic, lethargic, penat yang pastinya. Cik Kz hanya banyak rehat semasa posting. Berdiri pun terasa seperti terumbang ambing. Cik Kz sedikit risau dengan tahap kesihatan Cik Kz sekarang ini. Sakit perut sudah mula terasa sedikit demi sedikit. Harapnya tidak berlarutan.

Untuk berbuka Cik Kz tidak masak apa-apa pun pada mulanya. Hanya berbuka dengan air masak sahaja. Cik Kz tidur selepas pulang dari seminar. Bangun untk berbuka, solat dan tidur semula. Dan bangkit kembali untuk terawih.

Di surau tadi ada disediakan moreh iaitu kek batik dan kuih lapis. Cik Kz sempat menjamah 2 potong kek batik dan ianya sangat manis. Terus pening kepala Cik Kz dan sekarang Cik Kz sudah mula rasa sakit tekak. Ada tanda-tanda mahu demam. Harap janganlah demam. Bertambah penat badan Cik Kz nanti.

Pulang ke rumah terus Cik Kz geledah kotak stok makanan Cik Kz dan hasilnya Cik Kz masak maggi asam laksa. Cukuplah untuk buat tekak Cik Kz terasa sedikit ok dan menaikan selera semula. Dan Cik Kz juga makan keledek goreng hasil air tangan Cik Ilhami. Alhamdulillah kenyang.

Sekarang Cik Kz mahu meneruskan misi menulis log book. Oh ya, blackout masih lagi terjadi pada hari ini. Dan Cik Kz update blog ini pun setelah elektrik muncul kembali. Entah bila akan sampai begini. Esok India sudah merdeka selama 62 tahun tapi rasanya masih di takuk yang lama. Kurang maju.

Till then, wassalam... :)

0 Response to "Diari Ramadhan 3"

Post a Comment