Mee Goreng

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah. Hari ini genap 8 hari Ramadhan di bumi India. Menu berbuka hari ini ialah mee goreng. Cik Kz cuma mampu menjamah sedikit sahaja mee tersebut selebihnya dihabiskan oleh Cik Seti. Tekak Cik Kz masih lagi menyatakan segala makanan itu pahit. Sungguh tidak best kot. huhuhu. Jom tengok resepi mee goreng tersebut. Simple sahaja. Cepat dan mudah disediakan.

Bahan-bahan
Mee (lebih kurang 1/2 bungkus mee kuning)
2 sudu besar cili kering kisar (dikisar bersama 1 labu bawang besar)
Sotong/ayam/daging/ udang (Cik Kz guna sotong dan ayam yang dipotong kecil-kecil) - kuantiti terpulang
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos cili
Sayur-sayur (bunga kobis, lobak merah, kobis dan lada benggala)
1/2 ketul tauhu (potong petak kecil dan digoreng kekuningan)
Sedikit minyak
Garam, gula dan serbuk pati ayam

Cara memasak
1. Rebus mee seketika dan tuskan.
2. Panaskan kuali dan goreng ayam sehingga empuk. Asingkan ke sisi kuali. Tumis hasil kisaran (cili kering dan bawang merah) sehingga naik bau. Campurkan gorengan ayam tadi dan masukkan sotong.
3. Bila sotong sudah agak-agak masak, masukkan sos cili dan kicap pekat. Kacau sebati. Masukkan semua sayur (kecuali lada benggala). Sebatikan masakan.
4. Bila sayur sudah empuk, masukkan mee dan ratakan. Jatuhkan tauhu. Masuk garam, gula dan serbuk pati ayam. Bila rasa sudah ok tutup api. Masukkan lada benggala dan gaul sebati.


Tara... siap sedia untuk dimakan...

Tambah sosej dan telur mata kerbau..barulah ada umphh!! hehehe.. :D

Sedap dimakan ketika panas bersama telur mata kerbau. Cik Kz goreng sosej sekali konon-konon mahu membangkitkan selera makan tetapi oh tekak yang tidak best ini merundum terus nafsu makan Cik Kz. Sedih rasanya. Last-last Cik Kz makan roti bersama tuna sahaja. Itupun tidak ada rasa yang singgah di lidah Cik Kz.

Oh ya, berkenaan tempahan rak buku dan meja jepun as expected those 'tempe' memang sengals dan menguji kesabaran Cik Kz. Funny bila call and they said the driver masuk hospital. Bila Cik Kz cakap hah terus dikatanya transport tiada and bila Cik Kz mula tinggi suara sedikit dikatanya tidak siap lagi. Memang haruslah Cik Kz ke kedai tersebut dan urge 'tempe' itu supaya siapkan dengan segera or else please return back my deposit. Pelik Muslim tetapi mungkir janji (ramai saja orang macam tu), cakap berbelit putar sekalian alam.

Baiklah, tamat sudah masa untuk kemerepekan Cik Kz di blog. Kalau ada yang tidak suka Cik Kz update blog ini Cik Kz minta maaflah ya. This is my blog and I think I have to right to write what I want, my thoughts and everything (but still within the limit). Kalau rasa sakit mata janganlah datang jengah ya. lalalala....

Till then, wassalam... :)

note: bukan mudah hendak puaskan hati semua orang kerana finally hati sendiri yang akan terluka...

0 Response to "Mee Goreng"

Post a Comment