Dairi Ramdhan 2 + Pajeri Terung
Labels: Ramadhan 1431 , Recipes
0
Assalamualaikum wbt...
Hari ini merupakan hari yang amat kelam kabut buat Cik Kz. Blackout seawal jam 5.30am (waktu subuh) selama sejam dan berselang seli setiap 1 jam (1 jam blackout then 1 jam ada elektrik then blackout semula selama 1 jam). Kesabaran sungguh di kala bulan Ramadhan ini.
Awal pagi tadi Cik Kz ke kolej untuk menguruskan RP (Residential Permit). Prosedur kalu ini amatlah leceh kerana perlu melibatkan pihak polis tempatan. Polis perlu datang ke rumah untuk memastikan student memang benar-benar tinggal di rumah tersebut then a police report will be issued (used for renewal of RP). Leceh sekali.
As for berbuka, Cik Kz masak pajeri terung. Menghabiskan stok terung ungu (apa ya nama dia sebetulnya?) yang Cik Kz beli 2 minggu lepas. Cik Kz masak dalam ketiadaan elektrik so segala cara adalah manual (perlu menumbuk bawang besar instead of blend). Mari tengok resepi yang Cik Kz suka hati sahaja buat di kala ketiadaan elektrik dan kesuntukan masa untuk memasak main course (30 minit sahaja sebelum berbuka)
Bahan-bahan
1/2 kg terung (dibelah 2 setiapnya)
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar kerisik
1 labu bawang merah (kisar halus- Cik Kz tumbuk halus)
3/4 ulas bawang putih (kisar halus)
4/5 sudu besar santan pekat
Sedikit ikan bilis (tumbuk halus)
Garam, gula dan serbuk pati ayam secukup rasa
Sedikit minyak dan air
Cara memasak
1. Panaskan kuali dengan minyak. Goreng terung sehingga layu/kekuningan. Angkat dan asingkan
2. Dalam kuali yang sama, tinggalkan sedikit minyak (dalam 1 sudu), tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan gaul sebati.
3. Masukkan 2 sudu santan (dicairkan) dan masak sehingga terbit minyak. Tambahkan sedikit air dan jatuhkan terung yang telah digoreng tadi.
4. Masukkan lebihan santan pekat dan gaul sebati. Masukkan kerisik dan ikan bilis (yang ditumbuk halus).
5. Masukkan garam, gula dan serbuk pati ayam secukup rasa. Bila rasa sudah ok tutup api.
Cik Kz masak agak kekeringan kuahnya. Tidak cukup bahan juga sebenarnya dan masak dalam keadaan kelam kabut sebab mengejar waktu berbuka. Cik Kz makan bersama ayam masak kunyit tapi versi simple the express one. Lewat sedikit (banyak sebenarnya) Cik Kz berbuka dengan lauk (at first berbuka dengan air masak dan kurma sahaja).
Cik Kz agak kurang rajin untuk mengupdate blog sekarang. Bukan sebab Cik Kz tiada idea tetapi Cik Kz a bit sakit hati dengan situasi elektrik di sini. Kalah chipsmore. 12 jam blackout 12 jam ada elektrik. Bolehkah bertahan? Cik Kz tidak tahu sampai bila akan berkeadaan begini yang pasti Cik Kz amat kurang gemar. Buat Cik Kz jadi kurang rajin sahaja. sob..sob..sob..
Baiklah, Cik Kz pun sudah mula rasa mengantuk. Nanti ada pula yang tidak bangun sahur. Haruslah Cik Kz mengundurkan diri terlebih dahulu tetapi sebelum itu haruslah Cik Kz menyidai baju yang baru berjaya dibasuh (sebab tiada elektrik punya pasal).
Till then, wassalam... :)


0 Response to "Dairi Ramdhan 2 + Pajeri Terung"
Post a Comment