Cara Membuat Acuan Kuih Tepung Pelita

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Tepung pelita memang sedap dimakan. Tambah kalau bulan puasa ni memang favourite kuih mak Cik Kz. So, hari ini Cik Kz tepek gambar demo cara-cara untuk membuat acuan kuih tepung pelita tersebut. Ini versi guna daun pisang ya. Kalau daun pandan itu kena tunggu Cik Kz balik Malaysia baru boleh buat demo. Sini mahu cari daun pandan susah sedikit. Perlu ke bandar yang jauhnya 10km which is Cik Kz tak berapa nak rajin sangat ke sana unless kalau ada keperluan.

Jadi tak perlu cakap panjang-panjang nanti tak best pula. Jom tengok cara-cara membuat acuan kuih tepung pelita.

Bahan-bahan
1 kotak mancis/benda berbentuk segi empat tepat
Daun pisang
Staple bersama ubatnya

Cara-cara membuat acuan tersebut...

1. Pastikan anda mempunyai objek yang berbentuk segi empat tepat untuk dijadikan asas kepada bentuk acuan tersebut. Paling senang guna sahaja kotak mancis yang a bit tebal itu. Memandangkan kat rumah Cik Kz tiada kotak mancil so Cik Kz ambil polisterin dan potong jadi bentuk segi empat tepat...


2. Ambil daun pisang (yang telah dilayurkan sekejap terlebih dahulu) dan potong mengikut ketebalan polisterin/kotak mancis (lihat gambar) tadi. Pastikan kedua-dua bahagian adalah sama (takda yang senget sebelah ya nanti ada pula tumpah kuih tersebut)


3. Lipat bahagian hujung seperti gambar di bawah. Lakukan pada kedua-dua belah polisterin/kotak mancis


4. Kemaskan dengan menstaple bahagian tersebut agar tidak terbuka. Nanti kalau terbuka melimpah ruah pula kuih tepung pelita nanti. Potong lebihan daun pisang. Kalau tak potong nanti tak comel pula acuan kuih ini.


5. Bila sudah selesai, alihkan polisterin/kotak mancis tersebut. Sudah berjaya mendapatkan bentuk petak tersebut. Boleh mula memasak kuih.. hihihi..


Inilah hasilnya. Acuan kuih tepung pelita. Mudah sahaja bukan. Buat banyak-banyak lebih kurang dalam 20 kotak untuk satu bancuhan..


Selamat mencuba. Cik Kz sudah berjaya. Anda pasti juga boleh. Chaiyok!!!

Till then, wassalam... :)

0 Response to "Cara Membuat Acuan Kuih Tepung Pelita"

Post a Comment