Kuih Tepung Pelita

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Kalau ada acuannya sudah tentu ada kuihnya. Betul tak? Sudah lama Cik Kz tak buat kuih ini. Asyik bertangguh je. Memandangkan semalam kerajinan mula merasuk diri Cik Kz maka Cik Kz decided untuk membuat kuih ini. Harga daun pisang yang melampau itu membuatkan Cik Kz sangat teliti dan berhati-hati untuk membuat acuan. Elak pembaziran baru rasa berbaloi membeli. Resepi pernah Cik Kz letak dahulu. Boleh klik sini. But if tak rajin tidak mengapa, Cik Kz copy and paste sekali lagi di sini ya. Jom tengok resepi...zoom...

Bahan-bahan..
Bahagian bawah (berwarna hijau)
2 1/2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
2 helai daun pandan
1/2 sudu camca air kapur
Sedikit pewarna hijau
Gula
*Kisar semua bahan dan tapis (since ada daun pandan so perlu buang serdak daun pandan tersebut)

Bahagian atas (berwarna putih)
2 1/2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
*Kisar semua bahan

Cara memasak
1.Panaskan air di dalam periuk pengukus. Masukkan adunan bahagian bawah (berwarna hijau)ke dalam acuan. Pastikan tidak terlalu penuh. Cukup sekadar separuh atas 1/3 daripada acuan.
2.Masukkan sedikit gula (1 sudu teh). Kukus selama 10-15 minit.
3.Angkat pengukus ke tepi. Masukkan adunan atas (berwarna putih) sehingga memenuhi acuan. Kukus selama 10 minit.

note: Kuih yang telah masak akan kelihatan licin pada permukaannya dan boleh diasingkan dengan mudah dari tepi acuan. Untuk bancuhan ini boleh dapat lebih kurang 20 biji kuih tepung pelita..

Cik Kz suka kalau lapisan hijau itu nipis. Lapisan putih tebal rasa lebih santan, lemak-lemak gitu..sedap makan macam tu..hihihi..

Sudah siap bolehlah makan. Opss.. kena tunggu waktu berbuka dahulu then baru boleh makan. Kalau mahu lebih manis tambah sahaja kuantiti gula tersebut. Sedap dimakan macam itu sahaja. Nyummy...

See, gula meleleh-leleh keluar....sedapnyer...

Terlepas sudah hajat untuk hari ini. Esok mahu buat kuih apa pula yer. Ada keledek bergolek-golek di dapur itu. Malam ini Cik Kz fikirkan resepi ya. Tak esok untuk lusa pun boleh. Anytime yang penting ada orang mahu makan. hihihi..

Till then, wassalam.. :)

0 Response to "Kuih Tepung Pelita"

Post a Comment