Diari Ramadhan 4

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Finally demam sudah Cik Kz. Hampir seharian Cik Kz berada di atas katil. Mahu menghadap laptop juga tidak rajin. Rasa sungguh tidak larat. Walhal laptop itu hanya di atas meja di hujung katil sahaja. Berselubung sepanjang hari.

Sepatutnya Cik Kz keluar ke bandar pada hari ini menemani rakan Cik Kz for sarees hunting tetapi Cik Kz sungguh tidak berdaya. Sudah separuh jalan (hingga ke Vijaya Bank) then Cik Kz berpatah balik. Sungguh tidak larat.

Di rumah Cik Kz preparekan segala document yang diperlukan untuk memperbaharui residential permit. As Cik Kz told before the procedure now is far-far complicated. Esok mungkin ada pakcik polis akan datang ke rumah untuk inspect rumah ini. So, jemput datang. Cik Kz sudah berusaha mengemas rumah sebaik mungkin (except for those books yang sangat banyak itu).

Jadi untuk membuat RP procedure pertama haruslah ke 'Single Window' di Commissioner Office di Embassy Road. Perlu ambil form untuk police report dan check list (mudahkan kerja nanti). But before that kena make sure all the documents such as RP, passport, buku bank, electrical bill, admission offer letter (original dan photocopy).

Staple.. liquid dan pen.. perlu dibawa ye. Sediakan payung sebelum hujan..anything can happen there..

Passport, buku bank. offer letter, borang for FRO and all the xerox copy..

Sudah siap kita masukkan ke dalam fail. Mudahkan kerja dan tiada kes tercicir.. :D

Setelah selesai di single window harus bergerak ke balai polis. Angkut en polis balik ke rumah untuk inspection. Then, harus menghantar pulang polis tersebut ke balai polis dan menanti report keluar. Then baru boleh proceed ke next step which is apply for renewal of RP.

Total hari yang diperlukan adalah 2 hari. Cik Kz harap Cik Kz boleh bersabar dengan kerenah orang India. Paling mencabar adalah di Commissioner Office nanti. Rakan Cik Kz tidak berjaya memperoleh multiple entry for her/his RP gara-gara kesengalan orang di pejabat tersebut.

Moga segala urusan Cik Kz dan rakan-rakan pada esok hari berjalan dengan lancar. Cik Kz harus tidur. Kalau tidak nanti Cik Kz tidak bangun sahur. Dan sebelum tidur Cik Kz perlu makan ubat terlebih dahulu (perkara paling Cik Kz anti sepanjang hidup Cik Kz).

Oh ya, Cik Kz a bit tertekan. Stress. Jiwa kacau.

Till then, wassalam.. :')

0 Response to "Diari Ramadhan 4"

Post a Comment